16/09/2026
Selamat Hari Malaysia 🇲🇾
Malaysia hari ini adalah hasil usaha dan sumbangan generasi demi generasi. Mereka yang terdahulu telah meletakkan batu-batu asas, kita p**a meneruskan usaha dan generasi seterusnya akan membawa Malaysia lebih jauh.
Dalam kepelbagaian budaya, bahasa dan latar belakang, kita berkongsi harapan yang sama: kehidupan yang baik, peluang untuk kemajuan dan masa depan yang lebih sejahtera untuk anak-anak kita.
Kemajuan bermula apabila potensi diberi ruang untuk berkembang, keupayaan terus diperkasakan dan pintu-pintu peluang dibuka seluas-luasnya. Daripada individu dan organisasi kepada komuniti dan negara, setiap usaha yang membawa perubahan turut menyumbang kepada kemajuan Malaysia.
Sempena Hari Malaysia, marilah kita terus memainkan peranan masing-masing, saling menguatkan dan bersama-sama membawa Malaysia ke hadapan.
Selamat Hari Malaysia daripada Profess Consulting Group. 🇲🇾
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati