11/02/2022
Haiii.. Ni la sumac yang pernah viral haritu pasal boleh membantu pesakit c19 untuk cepat pulih.
Memang ada kastemer JamuJehan pesakit c19 yang makan sumac ni bagi feedback dia cepat baik. Ye lah. Sumac ni tinggi vitamin c. Vitamin c kan bagus untuk simptom penyakit ala-ala selsema macam tu.
5 KHASIAT / PENGGUNAAN SUMAC SECARA TRADISIONAL
Sumac telah digunakan sejak 2000 tahun lalu bagi melancarkan sistem penghadaman serta melawaskan pembuangan air kecil.
Orang native Amerika p**a biasa menggunakan Sumac secara tradisional seperti batuk, sakit tekak serta merawat luka.
Jom kenali rempah Sumac serta kebaikannya untuk badan.
1. Padat Dengan Antioksida
Khasiat antioksida yang terkandung dalam sesetengah sayur-sayuran, buah-buahan dan rempah adalah penting bagi kesihatan badan terutamanya dalam mengelakkan risiko penyakit seperti osteoarthiritis, penyakit jantung serta kanser.
Malah, ia dikatakan mengandungi kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding buah seperti beri acai dan rempah seperti oregano.
2. Tinggi Vitamin C
Amalan orang native Amerika dalam merawat batuk terbukti berkesan dengan menggunakan Sumac.
Ia didapati mempunyai kandungan vitamin C yang cukup tinggi bagi menguatkan sistem imun tubuh.
Khasiat yang ditemui dalam Sumac seperti thymol, geraniol dan carvacrol didapati mampu merawat penyakit seperti batuk, sakit tekak dan sesak dada.
3. Mengawal Paras Gula / Kolesterol
Beberapa kajian awal mendapati sumac juga sesuai untuk diamalkan bagi pesakit diabetes. Sebuah kajian mendapati pengambilan Sumac secara konsisten mampu menstabilkan paras gula dalam darah.
Kajian awal yang diterbitkan oleh Journal Of Research in Medical Science bersetuju dengan potensi tinggi rempah Sumac dalam merawat penyakit kencing manis.
Selain itu, sumac menunjukkan potensi yang baik dalam mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
4. Membantu Melegakan Sakit Otot
Jika anda menggemari aktiviti lasak atau bers**an, pastikan anda mempunyai bekalan rempah Sumac di rumah.
Satu kajian mendapati pengambilan Sumac mampu mengurangkan sakit otot semasa bersenam.
Pelbagai nutrisi termasuk antioksida dalam Sumac berperanan dalam memberikan kelegaan daripada sakit otot secara efisien.
5. Kegunaan Tradisional
Sumac turut digunakan secara tradisional untuk melegakan masalah penghadaman.
Khasiat yang padat dalam Sumac seperti antioksida dan didapati mampu mengatasi rasa tidak selesa perut seperti kembung dan sembelit.
Sumac juga dipercayai mempunyai banyak kelebihan untuk diamalkan oleh kaum wanita. Ia digunakan secara tradisional untuk merawat discaj va**na yang berlebihan.
Ia dikatakan berkesan dalam mengurangkan simptom haid yang teruk seperti senggugut