Projek KOTAK HIJAU

Projek KOTAK HIJAU MENJALANKAN KARNIVAL DAN PROJEK KOTAK HIJAU DENGAN JUALAN BAJA MURAH DAN BERKUALITI TINGGI

Marilah datang beramai-ramai meriahkan karnival!!!
12/11/2018

Marilah datang beramai-ramai meriahkan karnival!!!

Saya kongsikan keratan akhbar 20 November 2017 sebagai rujukan kita semua..FGV Lancar Baja Formula Khas MPOB F2 dan MPOB...
08/11/2018

Saya kongsikan keratan akhbar 20 November 2017 sebagai rujukan kita semua..

FGV Lancar Baja Formula Khas MPOB F2 dan MPOB F2 Super K

Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) menerusi anak syarikatnya, FPM Sendirian Berhad (FPM) hari ini melancarkan dua baja formula khas iaitu MPOB F2 dan MPOB F2 Super K yang menyokong pertumbuhan pokok sawit, mengekalkan nutrien dan menambahbaik keberkesanan serapan air serta kualiti tanah untuk jangka masa panjang.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kump**an FGV, Dato’ Zakaria Arshad telah melancarkan produk berkenaan bersama-sama Pengarah Bahagian Penyelidikan Integrasi dan Pembangunan MPOB, Dr. Ramlee Moslim dan Ketua Pegawai Eksekutif FPM, Samsuddin Yasir.

Menerusi kerjasama dengan MPOB di bawah ‘Perlesenan Formula Baja’, sasaran FPM untuk memasarkan produk ini adalah kepada pekebun kecil sawit di seluruh negara. Ketika ini hampir 40 peratus daripada keseluruhan 5.74 juta hektar ladang sawit di Malaysia diuruskan oleh pekebun kecil.

Dato’ Zakaria Arshad berkata, baja tersebut telah dihasilkan oleh FPM menerusi kawalan kualiti yang ketat menggunakan mineral berkualiti tinggi yang diimport dari Kanada, Rusia, Jerman dan Jepun. Baja berkualiti MPOB F2 dan MPOB F2 Super K menawarkan nutrient lebih seimbang sekali gus membantu pekebun kecil meningkatkan hasil dan pendapatan mereka.

“FPM menyasarkan jualan sebanyak 30,000 MT baja F2 dalam tempoh lima tahun. Berdasarkan kualiti premium yang ditawarkan oleh baja F2 ini, FPM menjangkakan jualan baja berkenaan akan terus meningkat setiap tahun dengan potensi eksport khususnya ke Indonesia,” katanya.

MPOB F2 amat sesuai untuk penanaman sawit di semua jenis tanah manakala MPOB F2 Super K sesuai untuk ladang tanah jenis gambut. Dianggarkan kira-kira 2.6 juta hektar ladang sawit di Malaysia ditanam di tanah gambut.

FPM adalah pengimport dan pembuat baja utama di Malaysia dan beroperasi di Pasir Gudang di Johor, Kuantan di Pahang, Klang di Selangor dan Lahad Datu di Sabah dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 850,000 tan setahun.

Selain itu, FPM juga membekalkan baja untuk ladang getah, nenas dan padi. Dengan kapasiti, prestasi dan kepakaran yang dimiliki FPM, telah meletakkan syarikat ini di kedudukan baik untuk meneroka peluang perniagaan dalam industri baja dan kimia di Malaysia dan peringkat antarabangsa.

Greenwall Sdn Bhd adalah pengedar rasmi baja MPOB F2 dan F2 Super K..kalau nak membuat sebarang tempahan baja sila pm kami ya!

Hai..selamat pagi semua..diharapkan sahabat-sahabat semua berada dalam keadaan sihat!Hari ini sy akan kongsikan kesan-ke...
07/11/2018

Hai..selamat pagi semua..diharapkan sahabat-sahabat semua berada dalam keadaan sihat!

Hari ini sy akan kongsikan kesan-kesan jika kekurangan nutrient kepada pokok kelapa sawit..jadi jika ada tanda-tanda ini pada pokok sawit kesayangan sahabat-sahabat,boleh lah ambil tindakan yang sepatutnya..

Product baja di pasaran adalah terlalu banyak..campuran bahan asas baja p**a mengikut kesesuaian jenis tanaman dan juga ...
06/11/2018

Product baja di pasaran adalah terlalu banyak..campuran bahan asas baja p**a mengikut kesesuaian jenis tanaman dan juga keadaan tanah..

Berikut adalah jenis-jenis baja untuk informasi bersama..

Jenis Baja Untuk Kelapa Sawit Yang BaikAnda perlu tahu sebenarnya ada pelbagai jenis baja untuk kelapa sawit yang terbai...
05/11/2018

Jenis Baja Untuk Kelapa Sawit Yang Baik

Anda perlu tahu sebenarnya ada pelbagai jenis baja untuk kelapa sawit yang terbaik. Dan membaja adalah aktiviti utama bagi petani supaya pokok sawit cepat besar dan berbuah banyak. Pokok kelapa sawit yg mendapatkan baja cukup akan mempunyai hasil yang memuaskan.

Pekebun yang mendapat hasil yang sedikit adalah kerana tanah telah kekurangaa kesuburan, serangan penyakit dan serangga perosak yang memakan batang pokok kelapa sawit, cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk, dan baja yang kurang. Adalah penting bagi anda untuk mengetahui jenis baja yang betul dan berkualiti untuk pokok sihat dan buah yang banyak dan besar.

Jenis Baja Untuk Kelapa Sawit

Jenis baja untuk pokok kelapa sawit yang baik ia harus mengandungi urea, NPK, atau N, 5 P2O5, K2O, MgO, B2O3 dan lain-lain.

Kita tahu jenis baja terbaik untuk kelapa sawit yang digunakan oleh petani dan dinasihatkan oleh Kerajaan Malaysia, iaitu:

Jenis baja tunggal untuk kelapa sawit: baja yang terdiri daripada satu jenis unsur sahaja, contoh: urea N46 = mengandungi 46% (Nitrogen), AS21 = mengandungi 21% N, CIRP (cristmas island rock phosphate) = mengandungi 28 hingga 34% P, MOP (muriate of potash) = baja mengandungi 60%.

Jenis baja campuran untuk kelapa sawit: campuran baja tunggal dengan kadar tertentu menurut keperluan pekebun, sebagai contoh MOP (muriate of potash) dicampur dengan urea.

Perhatikan, sebelum mencampurkan beberapa jenis baja tunggal maka ia tidak boleh dicampurkan sesuka hati, kerana campuran beberapa jenis baja tunggal harus selaras dengan keperluan nutrien pokok kelapa sawit. Dan jenis baja campuran mempunyai kelemahan iaitu tidak boleh disimpan untuk jangka masa yang panjang, selepas anda campurkan beberapa jenis baja tunggal kemudian segera taburkan kepada pokok kelapa sawit.

Anda perlu merancang aktiviti membaja seperti 2 atau 3 kilogram baja untuk setiap pokok kelapa sawit dalam setahun, tempoh membaja juga penting dirancang seperti setiap 3 bulan atau 4 bulan dalam setahun.

Masa membaja yang baik ialah apabila tiada hujan, kerana air hujan akan membuat baja hanyut terbawa air.

Kami adalah wakil jualan rasmi untuk baja MPOB..baja yang disediakan adalah baja yang mengandungi nutrient mencukupi untuk kelapa sawit..

KARNIVAL KOTAK HIJAU AKAN KE SABAH..NANTIKAN KEDATANGAN KAMI!!!
03/11/2018

KARNIVAL KOTAK HIJAU AKAN KE SABAH..NANTIKAN KEDATANGAN KAMI!!!

Tanda-Tanda Kekurangan Nutrien Pada Pokok SawitKenalilah kepentingan dan tanda-tanda kekurangan nutrien pada pokok sawit...
02/11/2018

Tanda-Tanda Kekurangan Nutrien Pada Pokok Sawit

Kenalilah kepentingan dan tanda-tanda kekurangan nutrien pada pokok sawit.

NITROGEN (N)
Unsur N merupakan unsur penting untuk pertumbuhan pokok iaitu dalam pembentukan protein dan klorofil bagi meningkatkan kadar fotosintesis.

Kekurangan unsur N akan menyebabkan daun bersaiz kecil, berwarna hijau muda kekuningan dan kelihatan pudar (Rajah 1). Apabila kekurangan semakin serius, keseluruhan daun menjadi kuning dan tumbesaran pokok terbantut.

FOSFAT/PHOSPHATE (P)
Unsur P berfungsi sebagai unsur asas terutama untuk pertumbuhan akar semasa peringkat awal pertumbuhan. Ia merupakan komponen struktur asid nuklid dan fosfolipid yang terlibat di dalam pergerakan tenaga dalam proses fotosintesis yang membolehkan pengambilan karbon dioksida dan menukarnya menjadi karbohidrat.

Kekurangan unsur fosfat yang berterusan akan menyebabkan pertumbuhan pokok menirus ke atas, pelepah menjadi pendek dan pengeluaran hasil menurun. Dalam masa yang sama, kekurangan unsur fosfat juga menyebabkan pengambilan unsur N kurang berkesan.

Tanda kekurangan P lebih ketara pada tumbuhan lain yang berada di sekitarnya seperti lalang dan kekacang penutup bumi di mana lai daun lalang berwarna ungu manakala kekacang penutup bumi mempunyai bentuk daun yang kecil berbanding saiz biasa dengan pertumbuhannya jarang-jarang.

Kekurangan unsur P banyak berlaku di mana tanah atas telah terhakis seperti di puncak bukit yang terdedah.

KALIUM (K)
Fungsi K adalah untuk kesuburan dan pengeluaran bunga / buah. Pokok sawit memerlukan nutrien K yang tinggi berbanding dengan nutrien lain. Kekurangan K dapat dilihat tandanya dengan lai daun berbintik jingga dan tanda jaluran putih (Rajah 2).

Penggunaan baja K (kalium klorida) yang berlebihan mempengaruhi pengambilan boron yang akan memberi kesan negatif terhadap kadar perahan minyak. Pengambilan nutrien K yang berlebihan oleh pokok juga akan menyebabkan pengurangan pengambilan Mg di dalam daun. Ini mewujudkan ketidakseimbangan nisbah nutrien K kepada Mg.

MAGNESIUM (Mg)
Magnesium (Mg) merupakan nutrien sekunder yang seiring pentingnya dengan nutrien utama. Nutrien Mg penting sebagai asas pembentukan klorofil untuk kesuburan pokok kerana berkait rapat dengan proses fotosintesis. Kekurangan unsur Mg dapat dilihat pada lai daun di pelepah bawah berwarna jingga kekuningan terutama yang terdedah kepada cahaya matahari (Rajah 3a).


UNSUR SURIH
Selain dari nutrien utama, nutrien sekunder dan nutrien surih juga diperlukan oleh pokok sawit dalam jumlah yang sedikit tetapi diperlukan untuk tumbesaran dan pengeluaran hasil. Nutrien sekunder dan surih tersebut ialah SULFUR (S), BORON (B), ZINK (Zn) dan KUPRUM (Cu). Di kebanyakan jenis tanah, kandungan nutrien ini terutamanya S mencukupi untuk pemakanan pokok sawit.

Nutrien (B) p**a merupakan nutrien tambahan yang penting untuk pokok sawit. Kekurangan B akan memberi kesan kepada struktur daun dan lelipan (pinnae), terutama di tanah yang kurang subur akibat hakisan (Rajah 3b dan 3c). Tanda pada pokok yang berkurangan B adalah pembentukan lai daun berkedut-kedut dan membentuk seperti cangkuk (hooked-leaf). Sumber nutrien B yang biasa digunakan ialah borat.

Unsur surih Zn dan Cu (Rajah 4 dan 5) p**a merupakan nutrien tambahan yang diperlukan oleh sawit di kawasan gambut. Sumber nutrien Zn yang biasa diguna pakai ialah zink sulfat dan sumber nutrien Cu p**a ialah kuprum sulfat. Kekurangan Cu boleh menyebabkan keadaan dikenali sebagai mid crown chlorosis yang akan menyebabkan peat yellows dan akhirnya menyebabkan pelepah bawah menjadi kering.

KAWALAN BIOLOGI UNTUK PEROSAK TIKUSPenggunaan burung Pungguk Jelapang (Tyto alba javanica) bagi mengawal tikus telah mul...
01/11/2018

KAWALAN BIOLOGI UNTUK PEROSAK TIKUS

Penggunaan burung Pungguk Jelapang (Tyto alba javanica) bagi mengawal tikus telah mula direkodkan di Malaysia pada tahun 1969. Burung ini berkemungkinan berasal dari Sumatera / Jawa (Duckett, 2008; Medway and Wells, 1976). Tempoh hayat Tyto alba javanica
dianggarkan sekitar 8-10 tahun. Burang Pungguk Jelapang kebiasaannya membiak dua kali setahun di antara Julai hingga Oktober dan antara November hingga Disember.

Burung ini tidak boleh membina sarang sendiri dan hidup dalam tunggul pokok dan bumbung rumah. Pelet/najis Pungguk Jelapang terdiri dari tulang tikus dan bulu. Kebiasaanya ia mampu memakan 80-120gm mangsa/malam iaitu sekitar 1-2 ekor tikus.

Pop**asi burung Pungguk Jelapang boleh digalakkan dengan mendirikan sebuah kotak sarang bagi setiap keluasan seluas 2-10 hektar. Pungguk boleh menghuni kotak sarang lebih daripada 2.5m. Apabila mengamalkan kawalan perosak bersepadu iaitu penggunaan racun kimia bersama burung Pungguk Jelapang, hanya racun Generasi 1 seperti warfarin boleh digunakan.
tidak digalakkan sama sekali oleh kerana ia amat toksik kepada burung Pungguk Jelapang. Generasi 2 seperti bromadiolone dan brodifacoum

KAWALAN FIZIKAL PEROSAK TIKUSKawalan fizikal melibatkan pemasangan penghalang seperti pagar mata punai atau kolar zink p...
31/10/2018

KAWALAN FIZIKAL PEROSAK TIKUS

Kawalan fizikal melibatkan pemasangan penghalang seperti pagar mata punai atau kolar zink pada pangkal pokok sawit belum matang (25sm x 50sm) dan kepingan zink tersebut hendaklah ditanam lebih kurang 15 sm di dalam tanah untuk mengelak tikus dari mengorak masuk

30/10/2018

KAWALAN TIKUS

Tikus di ladang sawit boleh dikawal menggunakan kawalan kimia, fizikal atau biologi. Kawalan tikus dijalankan sekiranya kerosakan BTS melebihi 5%. Kos input adalah antara RM30 - RM70/hektar/thn.

KAWALAN KIMIA

Racun tikus boleh didapati dalam pelbagai jenama dan bentuk sediaan. Di Malaysia sahaja terdapat lebih kurang 50 jenama yang berdaftar yang sebahagian daripadanya digunakan begitu meluas di ladang dan kebun. Kawalan kimia melibatkan penggunaan racun di dalam umpan makanan tikus. Jenis racun yang sering digunakan dibahagi kepada dua generasi iaitu Generasi 1 dan 2 seperti berikut:

Generasi 1
- Warfarin
- Bromadiolone
- Chlorophacinone

Generasi 2
- Coumatetralyl
- Brodifacoum
- Coumachlor
- Difenacoum
- Difethialone
- Flocoumafen

Umpan racun tikus berbentuk kiub dengan berat antara 4-20g setiap satu. Umpan yang baik berbentuk kiub 2 sm, wax-bound dan senang dilihat di ladang. Umpan diletakkan di setiap pokok dan diganti setiap 4 hari sehingga tikus memakan kurang 20% umpan atau kerosakan tandan kurang daripada 5%. Pelaksanaan kaedah ini memerlukan 4-6 pusingan (400-500 umpan racun/hektar).

Tikus akan menjadi resistan terhadap sesuatu racun sekiranya digunakan berulang kali. Keresistanan kepada warfarin telah menyebabkan penggunaan racun generasi kedua seperti brodifacum (saiz kecil dengan berat 4 g/kiub (penggunaan 4 pusingan setiap 7-10 hari)), bromadiolone ( satu (1) kiub bagi setiap 2 pokok (70-75 kiub /hektar) dan flocoumafen. Racun-racun ini lebih toksik dan berkesan dalam dos yang lebih rendah dan selang masa ulangan yang lebih panjang.

Wood (1976, 1984, 1988) mencadangkan pengumpanan dijalankan di kawasan seluas mungkin dengan kekerapan setiap 6 bulan (calendar baiting) manakala Ho (1996) mencadangkan pengumpanan hanya dijalankan apabila perlu sahaja, iaitu sekiranya pop**asi tikus meningkat dan kerosakan tandan adalah melebihi 5% (response baiting). Penggunaan kaedah response baiting dapat menjimatkan kos sehingga 78% berbanding
calender baiting.

PEROSAK TIKUS DI LADANG SAWIT Serangan tikus boleh berlaku di mana-mana peringkat penanaman sawit sama ada di peringkat ...
29/10/2018

PEROSAK TIKUS DI LADANG SAWIT

Serangan tikus boleh berlaku di mana-mana peringkat penanaman sawit sama ada di peringkat muda ataupun di peringkat matang. Pada peringkat muda, serangan boleh berlaku dengan cara memakan tisu umbut yang masih muda dan seterusnya mengakibatkan pertumbuhan pokok terbantut ataupun mati akhirnya manakala pada peringkat matang, tikus gemar memakan buah yang telah masak dan kadang kala memakan jambak bunga betina apabila pop**asi telah meningkat terlalu tinggi.

Kerugian akibat serangan tikus dianggarkan sehingga 240 kg minyak/hektar/tahun atau 5% hasil ladang dan boleh mencecah sehingga 10% bagi kawasan yang paling teruk diserang.

JENIS TIKUS

Terdapat tiga spesies tikus yang utama di ladang sawit yang merupakan tikus belukar iaitu Rattus tiomanicus, Rattus argentiventer dan Rattus rattus diardii

1) Rattus tiomanicus
lebih dominan dan boleh memanjat,

2) Rattus argentiventer
kurang memanjat dan menyerang pokok muda

3) Rattus rattus diardii
p**a lebih besar dan boleh mengatasi pop**asi
R. tiomanicus.

Tempoh matang tikus dianggarkan sekitar 3-4 bulan. Sepasang tikus boleh membiak setiap dua (2) bulan dan boleh melahirkan 4-8 ekor anak setiap kali. Sepasang tikus boleh membiak sehingga 2000 ekor setahun.

NOTA : R. tiomanicus boleh mengurangkan hasil minyak sebanyak 5%. Kerosakan pelepah akan mengurangkan 20% buah tandan segar (BTS) pada tahun pertama

PEMANGKASAN (SAMBUNGAN)KATEGORI PEMANGKASAN • Terlebih PangkasDefinisi. Bilangan pelepah yang dipangkas kurang daripada ...
28/10/2018

PEMANGKASAN (SAMBUNGAN)

KATEGORI PEMANGKASAN

• Terlebih Pangkas
Definisi. Bilangan pelepah yang dipangkas kurang daripada yang diperlukan. Daripada kajian yang telah dijalankan, pemangkasan berlebihan boleh menjejaskan hasil pengeluaran BTS. Ini kerana pemangkasan berlebihan mempengaruhi pembentukan jantina bunga, di mana pengeluaran bunga jantan lebih daripada pembentukan bunga betina. Kesan hasil BTS yang rendah akan berlaku dua tahun selepas pemangkasan berlebihan dibuat kerana pembentukan jantina bunga berlaku lebih kurang 20 hingga 24 bulan sebelum sesuatu tandan masak.

• Kurang Pangkas
Definisi. Keadaan di mana bilangan pelepah di atas pokok melebihi dari bilangan yang diperlukan mengikut umur sawit. Rajah 2 dan 3 menunjukkan pokok sawit muda dan matang yang kurang pangkas. Kurang pangkas akan menyukarkan kerja penuaian (memotong tandan) dan penilaian buah masak untuk pokok tinggi serta menyebabkan buah relai tersangkut pada pelepah.

Address

B 701 BLOCK B, OASIS Square Jalan PJU 1A/7A, ARA DAMANSARA
Petaling Jaya
47301

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Projek KOTAK HIJAU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share