10/01/2015
KONSEP TAKAFUL UNTUK SEMUA
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Takaful adalah konsep berasaskan fiqh-muamalat berlandaskan syariah islam. Sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya. Ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya.
Keistimewaan Takaful ialah amalan Takaful yang bebas daripada sebarang:
Unsur Riba (faedah)
Maisir (perjudian)
Gharar (tidak jelas)
Berlandaskan Perbankan Islam
Konsep tabarru atau derma yang tidak memerlukan imbuhan balasan kebendaan seperti imbuhan balasan di dalam sesuatu kontrak perniagaan sering dijadikan alasan untuk menyatakan menyertai takaful merupakan satu kerugian. Sebenarnya, apabila kita menderma maka sudah tentu ganjaran pahala yang kita tagihkan di samping niat bahawa sumbangan derma itu untuk sama-sama membantu peserta takaful termasuk kita apabila terkena sesuatu musibah.
Kepada masyarakat Islam, ini akan meningkatkan kesedaran mereka untuk menggunakan instrumen yang berlandaskan syariah berbanding instrumen yang berlandaskan sistem konvensional yang berasaskan riba. Ia juga dapat menimbulkan kesedaran di kalangan umat Islam tentang keperluan kepada pengurusan risiko dalam kehidupan harian mereka termasuk melindungi hayat, kemalangan, kesihatan, cacat kekal dan tabung pendidikan.
Takaful bukan sahaja untuk masyarakat islam. Malah masyarakat yang bukan beragama islam juga telah memilih takaful berbanding konvesional. Mereka lebih cenderung memilih takaful kerana konsepnya bercirikan tolong menolong dan bersedekah. Mereka juga mempunyai pengetahuan yang luas mengenai kepentingan takaful berbanding masyarakat islam itu sendiri.
Pertanyaan / rundingan
Tel/What's app
011-10681976
Nama:
Umur:
Berat:
Tinggi:
Pekerjaan:
Package: