Jom Mohon Halal

Jom Mohon Halal Tips Mohon Sijil Halal, Keselamatan Makanan dan info terkini halal.

21/01/2026

FOKUS PADA PELANGGAN, BUKAN PESAING.

Orang beli bukan sekadar kerana harga murah. Mereka cari trust dan keyakinan.

Bila anda bina hubungan baik dan konsisten dengan kualiti, pelanggan setia takkan lari walaupun pesaing buang harga.

Mereka pilih anda kerana percaya.

Jangan layan price war. Layani trust war. Itu aset paling bernilai.

Good luck.

Bisnes? -Mula dengan betul!

20/01/2026

Jaminan Wang Kembali adalah "senjata power" untuk patahkan semua alasan prospek yang ragu-ragu.

Bimbang tak berbaloi? Kami tanggung risikonya.
Tak pasti dengan produk? Cuba sendiri, puas hati baru simpan.
Takut tertipu? Kepuasan anda dijamin, wang dikembalikan 100%.

Ia buang semua kerisauan dan buat keputusan beli anda tanpa sebarang risiko. 'Nothing to loose' - Tiada alasan untuk kata "tak nak".

Bisnes? - Mula dengan betul!

18/01/2026

Dalam kita buat bisnes kita ni, pernah tak kita tanya pada diri sendiri, kita nak kemana?

Ke mana nak bawa bisnes kita?

Untuk apa kita buat semua ni?

Renungkan.

Bisnes? - Mula dengan betul!

18/01/2026

Jadikan Bisnes Mesin Cetak Duit. Bina sistem di dalam bisnes dari pemasaran, leads sehingga fulfillment tanpa owner perlu ada dalam operasi harian bisnes.

Macam mana nak bina bisnes seperti "mesin cetak duit" yang berjalan secara automatik, membolehkan anda sebagai pemilik fokus pada strategi, bukan terperangkap dalam operasi harian.

Langkah strategik yang perlu di bina antaranya..
Membina Sistem Pemasaran Auto: Menarik leads secara konsisten tanpa anda perlu 'manual work' setiap hari.
Proses Penjualan Tersistem: Menukar leads kepada pelanggan melalui proses yang jelas dan boleh diukur.
Sistem Fulfillment Lancar: Memastikan produk/perkhidmatan dihantar dengan kualiti tinggi walaupun anda tiada di situ.
"Owner's Freedom Blueprint": Cara 'melepaskan' diri dari operasi dengan mengawal KPI, bukan tugas harian.
Alat & Teknik untuk automasi dan pendelegasian yang efektif.
Jangan jadi 'tukang buat semua' dalam bisnes sendiri dan impikan bisnes yang berjalan sendiri sambil anda menikmati pulangan kewangan dan kebebasan masa.

Good luck!

Bisnes? - Mula dengan betul!

16/01/2026

Usahawan Introvert - 5 Perkara Penting Wajib Jaga

Sebagai 'Business driver' - energy sangat penting untuk mengurus bisnes dan membuat keputusan.

Introvert diibaratkan seperti bunga yang mekar sendiri, namun keharuman ketenangan, kedalaman fikir, dan kreativitinya mampu menyentuh dunia bisnes dengan cara yang unik.

Bina bisnes yang berjaya tanpa perlu mengubah siapa diri anda.

Jaga 5 benda ni:
Kenali & Terima Diri Sepenuhnya: Memahami bagaimana 'bateri sosial' anda berfungsi, dan menjadikannya kekuatan dalam mengatur strategi kerja dan rehat. Orang intrivert perlu "bersendiri" untuk cas energy. Bila bersosial, 'Know your limit'.
Fokus Pada Kekuatan Dalaman: Mengoptimumkan kelebihan introvert seperti kreativiti mendalam, analisis yang tajam, dan kemampuan membina hubungan yang berkualiti (banyak kuantiti).
Latih Kemahiran Sosial Strategik: Teknik untuk hadir dan berkomunikasi dengan keyakinan dalam situasi yang penting (seperti pitching atau jaringan) tanpa merasa 'terpaksa'.
Jangan Paksa Diri Jadi 'Orang Lain': Jangan jadi orang lain. Anda tidak akan cukup energy kalau nak jadi extrovert yang kuat bersosial. Be yourself.
Cipta Keseimbangan Dunia Anda: Dunia memerlukan keseimbangan tenaga introvert & ekstrovert. Cara mencipta pasukan atau kolaborasi yang melengkapi, dan mengapa cara kepimpinan introvert sangat berharga. Tak perlu jadi orang lain, sebaliknya bina team yang ada komposisi yang seimbang di antara extrovert dan introvert.
Good luck!

Bisnes? -Mula dengan betul.

14/01/2026

Nilai persepsi buat harga nampak mahal. Tinggikan nilai, harga nampak murah.

+ Perbezaan Kritikal "Harga" vs "Nilai": Kenapa fokus pada nilai boleh ubah permainan jualan anda.
+ Punca Produk nampak "Mahal": Bukan kerana harganya tinggi, tetapi kerana nilai tidak kelihatan atau tidak difahami.
Teknik Komunikasi Nilai: Cara untuk "menunjukkan" dan membenarkan nilai produk dalam pemasaran & perbualan jualan.
+ Psikologi Pelanggan: Bagaimana mereka membuat keputusan berdasarkan persepsi nilai, bukan hanya angka.
+ Contoh Praktikal mengubah naratif dari "mahal" kepada "berbaloi" untuk produk atau perkhidmatan anda. Antaranya: Ubah packaging kalau produk, Ubah segmen pelanggan (B40-M40), Ubah Nama produk, Ubah tempat produk di pasarkan (Harga kedai A tak sama dengan harga kedai B) dll.

Kalau selalu berdepan dengan komplen harga, tingkatkan persepsi nilai dan mengurangkan rintangan harga.

Good luck!

Bisnes? -Mula dengan betul!

13/01/2026

Berniaga dari rumah? Jangan rasa hina!. Janji capai target bisnes, itu yang penting. Jangan rasa kecil hanya kerana "home based".

Bermula dari rumah bukanlah satu langkah ke belakang, tetapi strategi pintar untuk mengurangkan risiko dan membina asas yang kukuh.

Lean bisnes - memulakan dengan sumber minima, fokus pada pembelajaran pantas, dan pelanggan dari hari pertama.

Kelebihan Homebased: Jimat kos operasi, fleksibiliti tinggi, dan potensi skala yang tetap besar.

Ubah mindset dan tampilkan profesionalisme walaupun beroperasi dari dapur rumah.

Bisnes? - Mula dengan Betul!


12/01/2026

Daripada asyik bersaing dalam arena yang sama, baik cipta arena sendiri.

Strategi 'sustainable bisnes' perniagaan moden adalah berhenti membandingkan dan mula mencipta.

Mengapa "Bersaing" Mematikan Kreativiti: Fokus pada pesaing buat anda jadi "follower", bukan perintis.
Anda tetap kalah: Apabila tiada inovasi dan kelainan, cara yang mudah adalah dengan perang harga. Dalam perang harga, tiada siapa yang menang. Yang untung adalah pembeli.
Cipta "Blue Ocean" anda sendiri – ruang pasaran yang tiada persaingan sengit.

Good luck!

Bisnes? - Mula dengan betul!

11/01/2026

Value yang pelanggan dapat lagi tinggi dari apa yang dia bayar. Under promise, over deliver!

Strategi bisnes yang powerful namun kerap diabaikan: mencipta nilai yang tinggi kepada pelanggan dengan kos yang relatif rendah, dan yang paling kritikal—selalu "Under Promise, Over Deliver".

+ Maksud sebenar "Nilai Tinggi, Kos Rendah": Bukan tentang produk murah, tetapi tentang tawaran yang terasa "lebih bernilai" berbanding harga yang dibayar.

+ Kuasa "Under Promise, Over Deliver": Teknik psikologi untuk membina kepercayaan, kesetiaan pelanggan, dan "word-of-mouth" yang hebat.

Good Luck!

Bisnes? - Mula Dengan Betul!

11/01/2026

Pasaran Malaysia ni kecil sahaja. Kenapa tak terokai pasaran luar macam Brunei dan Thailand? Tapi kena ada sijil ni dulu.

Bisnes? -Mulakan dengan betul!

10/01/2026

Untuk kekal dalam bisnes, berikan nilai terbaik kepada pelanggan.

Nilai ini banyak bergantung kepada segmen pelanggan kita.

Ada yang menurut mereka "Value" tersebut adalah:
+Murah
+Mudah
+Cepat
+Banyak
+Dekat dan banyak lagi.

Anda beri "Value" apa yang terbaik kepada segmen pelanggan anda?

Bisnes? -Mulana dengan betul!

09/01/2026

Mengutamakan aliran kewangan dalam pasaran tempatan adalah kunci kepada kestabilan ekonomi negara. Daripada berbelanja di luar, lebih baik menyokong komuniti dan negara sendiri. Wang akan terus berputar dalam negara kita. Affiliate marketing kunci utama untuk ini.

Bisnes? -Mulakan dengan betul!

Address

Kelana Mall
Petaling Jaya
47301

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jom Mohon Halal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jom Mohon Halal:

Share