18/02/2021
Untuk mengenali kurma โajwah penawar dari segala racun dan sihir.Sabda Rasul S.A.W:
ุฃูุฎูุจูุฑูููุง ุนูุงู
ูุฑู ุจููู ุณูุนูุฏู ุนููู ุฃูุจูููู ููุงู
ููุงูู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู
ู ู
ููู ุชูุตูุจููุญู ููููู ููููู
ู ุณูุจูุนู ุชูู
ูุฑูุงุชู ุนูุฌูููุฉู ููู
ู ููุถูุฑูููู ููู ุฐููููู ุงููููููู
ู ุณูู
ูู ููููุง ุณูุญูุฑู
TERJEMAHAN: TELAH DIKHABARKAN KEPADA KAMI OLEH โAAMIR IBN SAโAD DARIPADA BAPANYA TELAH BERKATA, BAHAWA TELAH BERSABDA RASULULLAH S.A.W โBARANGSIAPA YANG MEMULAKAN PAGINYA SETIAP HARI DENGAN TUJUH BIJI TAMAR โAJWAH,DIA TIDAK AKAN DI MUDHARATKAN PADA HARI TERSEBUT OLEH RACUN DAN SIHIR.
Jelas disini bahawa memakan kurma โajwah pada waktu pagi (sebelum sarapan) adalah sunnah Rasul S.A.W,dan wajib bagi kita sebagai umatnya untuk meneruskan kelangsungan sunnah ini.
Apakah sebenarnya kurma โajwah ini ? Menurut ibn al-atheer kurma โajwah ialah sejenis kurma yang berwarna agak kehitam-hitaman,yang pada mulanya ditanam oleh Rasul S.A.W di madinah dengan tangannya sendiri.
Al khattaabi p**a menegaskan kurma โajwah berfungsi untuk melindungkan diri daripada racun dan sihir,kerana keberkatannya .Kelebihan ini hanya untuk kurma madinah ini dan bukan untuk jenis yang lain.
Untuk ia berkesan terhadap sihir dan racun,terdapat tiga syarat perlu di ikuti ;
1.Di makan pada waktu pagi,sebelum memakan makanan lain
2.Bilangannya ialah tujuh
3.Kurma jenis โajwah bukan jenis yang lain
Selain dapat menahan dan merawat racun dan sihir,kurma โajwah juga mempunyai pelbagai lagi kelebihan dan kegunaan.
Menerusi kajian saintifik dan perubatan, kalsium,potassium,
sulfur,fosforus,magnesium,zat besi,vitamin B-6,asid folic,protein,gula dan nutrisi serat adalah antara elemen-elemen yang terkandung dalam sebiji kurma โajwah.
Komposisi bahan dalam kurma โajwah ini mempunyai khasiat dan kelebihan tersendiri,contohnya kadar gula (glukos dan fruktos yang mengandungi nilai kalorific yang tinggi) yang tinggi dalam kurma (70%-80%) dapat membantu sistem pencernaan dan amat diperlukan oleh otak.
โAjwah boleh membantu tumbesaran dan menghilangkan kelesuan jika di ambil dengan susu sebelum tidur.Selain itu ia juga baik untuk penglihatan dan mencegah rabun malam.
Pakar pemakanan merumuskan kurma ialah diet yang terbaik bagi ibu yang menyusukan anak kerana bahan dalam kurma mempunyai keupayaan untuk mengurangkan kemurungan atau depression dan dapat memperkayakan susu ibu dengan nutrient yang diperlukan oleh anak untuk melawan penyakit dan kekal sihat.
Apakah sebenarnya rahsia dan hikmah anjuran Rasul S.A.W supaya memulakan hari kita dengan kurma โajwah,menurut penemuan dari kajian yang di jalankan oleh sekump**an saintis,pengambilan kurma pada waktu pagi boleh membunuh cacing dan parasit yang berbahaya di dalam tubuh kita.
Selain itu, rahsia dan kehebatan amalan dalam islam yang berkaitan dengan kurma juga telah disingkap melalui beberapa kajian saintifik yang telah dijalankan,sebagai contoh, nutrient dalam kurma berfungsi untuk menghilangkan rasa lapar,jadi tidak hairanlah mengapa kita di saran untuk memulakan ifthar (berbuka puasa) dengan kurma.
Satu kajian perubatan telah membuktikan bahawa benda manis yang di letakkan di dalam mulut bayi dapat mengurangkan kesakitan dan menormalkan kembali kadar denyutan jantungnya,amalan ini dipanggil sebagai tahnik di dalam islam dan sunat melakukannya dengan benda manis seperti kurma.
Kesimp**annya, telah terbukti bahawa kurma โajwah ialah satu kurniaan Allah yang sangat bernilai dan bermanfaat,jadi sebagai hambaNya wajib bagi kita bersyukur atas kurniaan ini.Dan sebagai umat Muhammad telah menjadi kewajipan atas kita untuk terus melestarikan sunnah baginda ini (memulakan hari dengan memakan kurma โajwah).
Akhir sekali, penulis ingin mengingatkan kepada saudara-saudara seagama agar betulkan iโtiqad dan tanamkan keyakinan dalam diri bahawa As-Syifaโ (Yang Maha Menyembuh) itu hanya Allah dan tiada lain selain Dia,kurma โajwah dan penawar-penawar yang lain hanya musabbab semata-mata. WALLAHU โALAM....