Ah Meng Home Massage - Urut

Ah Meng Home Massage - Urut Home-based Professional Traditional Massage.
- Based in Damansara Damai, PJ
- Full body massage, leg

31/03/2023

ROTI HOMEMADE! 🍞

Bahan-bahan:
* 3 cawan tepung gandum
* 1 sudu makan marjerin
* 3 sudu gula
* 1 cawan susu - full cream, low fat atau fresh yang suam (ikut kes**aan masing-masing)
* 1 sudu makan yis
* Sedikit garam

Cara-cara:
1. Gula digaul bersama susu pilihan anda tadi dan yis.
2. Biarkan bahan tersebut seketika dalam keadaan berbuih.
3. Kemudian, masukkan bahan tadi ke dalam adunan tepung bersama sedikit garam.
Biar adunan nampak cantik
4. Uli bahan tadi seketika sebelum masukkan p**a marjerin dan diuli sekali lagi. Kemudian dibiarkan seketika untuk memberi masa tepung adunan tadi naik cantik.
5. Bentukkan ke dalam bekas dan bakar.
Sempurna!
6. Untuk membakar roti ini, anda disarankan menetapkan suhu pembakar dalam 200 hingga 230 C selama 30 hingga 45 minit sahaja. Tetapi kalau warna roti sudah bertukar kuning seperti di dalam gambar, keluarkan saja

Kredit: Hehiman Sakuan

31/03/2023

Rendang Pedas Ayam
Mesti ramai yang s**a.

Resepi di sini
Resepi
Rendang Pedas Ayam
Bahan
1ekor ayam dipotong kecil.
Bahan kisar dgn 1 cawan air
12-15 ulas bawang merah rose
10 ulas bawang putih
2 ruas jari kunyit idop
3 ruas jari halia
1 ruas jari lengkuas
2 btg serai
4 biji buah keras
1 sdb ketumbar biji sangai dulu
1 sdk jintan manis sangai dulu
1 sdk jintan putih disangai dulu

Cara
Mula masukkan sedikit minyak ke dlm kuali kemudian masukkan
2 btg kayu manis,goreng sekejap,kemudian masukkan bahan kisar.
Masak sehingga wangi,baru masukkan
40-50 btg cili kering direbus dulu, kemudian dikisar,masak lagi sehingga 30 minit,
**(Kakchik haritu makcik masak guna 30 ja cili kering. Rebus dulu baru blend..) tak pedas sgt

Masuk ayam (klu tak mau ayam hancur goreng ayam setengah masak dulu)
Tambah
2 kiub pati ayam
1 sdb gula merah
1 sdb gula putih
2-3 sdb kerisik,
Masuk
Daun limo purut n (daun kunyit dihiris)
Akhir masukkan
1/2-1 kotak kecil santan kotak
Masak biar mendidih sehingga ayam masak.

credit : Makcik Ratu

31/03/2023

RESIPI MEE REBUS

Resepi...
1. Mee kuning (rebus seketika & tos jgn lama² nt kembang sgt)
2. Tahu putih (goreng & potong)
3.daun sup,cili besar hijau@merah,bwg goreng,limau kasturi (hiasan)
4. Telor (direbus)
5. Ayam dada (goreng kemudian tarik² isinya)
Utk kuah..
1. Cili kering,bwg putih & bwg merah,halia (blend hancur)
2. Keledek oren & ubi kentang ( rebus dh empuk toskn blend )
3. Udang kering (blend hancur)
4. Serbuk kari daging & secubit belacan..
5. tepung jagung ( 1 sudu besar)
6.penumis
Panaskn myk,masukkn penumis tumis bhn² cili,masukkn serbuk kari & belacan,dh naik aroma masukkn air,(jika ada daging guna air rebusan daging) masukkn keledek&kentang yg tlh diblend,masukkn udg kering, biarkn mendidih masukkn tepung jagung,pastikn garam gula betol² terasa.. siap,selamat mencuba😘😘

Kredit : SuiSan Aliezsha

31/03/2023

BISKUT BUNGA CINA

350 gm @ 1 paket tepung jagung
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan Planta

1. Kacau Planta dengan susu pekat kemudian masukkan tepung jagung. Uli manja dengan tangan je.. Kalau masih lembik adunan tambah sikit2 tepung jagung.

2. Hiasan terp**ang pada masing2. sis guna acuan pecah 14.

Cara bakar biskut raya atas dapur gas:

1. Boleh guna pan, kuali atau periuk bertutup. Alas pelapik besi untuk sokong alas dulang serta dapur gas. Penutup kuali pastikan ada aliran udara supaya biskut naik cantik dan sekata.

2. Tak perlu letak air atau pasir dalam pan. Sebab dah letak alas pelapik besi sebagai sokongan untuk dulang biskut.

3. Sebelum mulakan kerja membakar, panaskan sekejap kuali dan alas pelapik besi dalam 10 mini, kemudian barulah letak dulang untuk bakar biskut.

4. Gunakan api paling kecil sepanjang proses membakar.

5. Sukatan masa membakar ikut jenis biskut. Contoh biskut bunga cina ambil 15 minit / sehingga kekuningan.

6. Tak perlu sapukan minyak pada dulang biskut.

Resepi & foto : Noriza Awang Hamat

31/03/2023

Rojak Mee & Rojak Kuih

Bahan Hiasan:
* Tauhu putih (goreng dan dipotong)
* Kentang (rebus sampai empuk, toskan dan potong)
* Telur rebus
* Taugeh, lada besar dan timun
* Mee kuning

Bahan Kuah:
* 1 paket biskut marie (dipatahkan)
* 3 biji Kentang rebus (dikisar)
* Cili kering, udang kering & 3 ulas bwg putih (dikisar)
* 2 sudu besar tepung jagung

Cara-cara:
1. Tumis sedikit minyak, masukkan bahan kisar dan masak sehingga naik minyak
2. Masukkan sesikit air, selepas mendidih masukkan kentang yang dikisar
3. Masukkan biskut marie, kacau sehingga biskut hancur
4. Masukkan tepung jagung dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa

Bahan Kuih Rojak:
* 2 senduk Tepung gandum
* 2 sudu besar yis
* Daun kucai (optional)

Cara-cara:
1. Satukn tepung, yis dan secubit garam kemudian bancuhkan bahan tersebut, jangan terlalu cair.
2. Masukkan kucai, perap dalam beberapa minit kemudian boleh goreng. Saya goreng menggunakan hujung sudip untuk dapatkan kuih rojak yang panjang2.

Selamat mencuba

Kredit: suisan aliezsha

31/03/2023

KEK KUKUS PANDAN

(1 loyang bulat)

Bahan-bahan
1 cwn gula-
3 bji telur- }mix sampai gebuh & putih
1 sb ovelatte -

1/2 cawan minyak masak }
1/2 cawan susu cair }jangan di lebihkan

Pewarna hijau separuh tutup
Perisa pandan 1 penutup besar }blh ditukar kepada perisa strawberry , vanilla dan warna

2 cawan tepung gandum
1 st baking powder
-SODA BIKARBONAT TAK PERLU!
-PASTIKAN SUKATAN MINYAK & SUSU CAIR TIDAK LEBIH.

CARA-CARA:
1.Mixer gula,telur,ovelatte sampai gebuh &bewarna putih.
2.Masukkan minyak,susu cair,pewarna hijau & perisa pandan.
3.Mixer sampai sebati.
4.Masukkan tepung dan baking powder dan mixer sekejap tapi jangan lama.
5.Stop mixer dan kaup balik bahan tadi.

PERINGATAN:JANGAN LETAK SODA BIKARBONAT.
Kukus kek 30 minit dgn api sederhana & pastikan air mendidih sebelum mengukus.Tutup kepala pengukus dengan kain (balut)

CREAM CHEESE LELEH
1.Cream cheese Tatura 250 gram.
2.Susu cair suku cawan
3.Susu pekat manis setengah cawan.
(ikut manis sendiri)
4.Mixer semua sampai gebu.

-Selepas kek masak ,tunggu kek betul2 sejuk.Untuk layer , kek dengan cheese, keluarkan kek dari loyang letak dalam pinggan potong @ belah tengah dan letak cream cheese.Letak semula kek yg dipotong tadi dan letak cream cheese & ratakan.
-Parut cheddar cheese atas kek..

•Harap blh faham la ya..

Kredit : Ezzah Nurafiqah

31/03/2023

Kuih cengkaroq ..kuih kegemaran ank teruna kami.....ank² teruna kami memng s**a masak. ..hasil dr air tangan ank teruna no3...😍😍:

Resepi kuih cengkaroq(-utk sekilo beras pulut):-

Sekilo beras pulut
Santan kelapa..sebijik kelapa@santan kotak pun boleh...
Setengah kilo gula merah
Secawan gula pasir..kalau nk manis boleh tambah lg gula
2cawan air
Garam..

Cara ² buat kuih cengkaroq:-

Beras pulut digoreng tanpa minyak@disangai sehingga kekuningan
Kemudian blend beras pulut yg telah digoreng td sampai halus..
Masukkan secawan air dlm kuali
Kemudian mas**an p**ak gula merah ngan gula pasir.kacau sampai gula td betul² hancur
Kemudian mas**an santan dan secubit garam..masak sampai mendidih
Dah mendidih mas**an p**ak beras pulut yg telah dikisar td..pastikan guna api yg kecil sewaktu nk mas**an beras kisar td..kalau nmpk pekat boleh mas**an sedikit lg air.. kalau air xcukup takut nanti kuih cengkaroq kita jd keras. Kita nk lembut² sikit..siapppp🥰🥰🥰
Selamat mencuba😍😍..

Cresit : Sharmila Azri

31/03/2023

KEK PISANG COKLAT

3 biji pisang berangan
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 sudu esen vanilla
1 cawan minyak
Coklat coin secukupnya
Loyang saiz 8 inci

1. Ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat ke dalam 1 bekas, ketepikan.

2. Kisar telur, gula dan esen vanilla selama 6 minit.

3. Masukkan minyak dan kisar lagi hingga sebati.

4. Masukkan pisang yang telah dilenyek kisar sekejap.

5. Tuang bahan kisar ke dalam bekas tepung tadi, kacau sebati menggunakan senduk.

6. Sapu loyang 8x8 inci dengan mentega @ lapik menggunakan baking paper.

7. Tuang adunan ke dalam loyang dan susun hirisan pisang serta coklat coin di atasnya.

8. Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 160°c selama 45-50 minit sehingga masak.

9. Potong ketika kek sudah sejuk, sedia untuk dinikmati.

Resepi & foto : Chef Ninja

31/03/2023

RENDANG TOK ASLI PERAK

BAHAN-BAHAN :

– 1 1/2 kg daging (dipotong dadu mengikut saiz dikehendaki)
– 3 liter santan
– 1 biji kelapa parut (sangai, jadikan kerisik) sedikit isi kelapa (dihiris kecil, jadikan kepingan dan disangai)
– 2 helai daun kunyit beberapa helai daun salam
– 3 batang serai (dititik)
– 1 batang kulit kayu manis
– 4 biji bunga lawang
– 10 biji bunga cengkih
– 1 1/2 keping gula nipah/kabung/melaka
– Garam secukup rasa
– Minyak untuk menumis

Bahan sangai:
– 11/2 sudu makan jintan manis
– 1/2 sudu makan jintan putih
– 2 sudu makan biji ketumbar

Bahan kisar:
– 20 biji cili kering (rendam dulu)
– 1 sudu teh lada hitam
– 10-15 biji bawang merah
– 1 labu bawang besar
– 5 ulas bawang putih
– 3 sm lengkuas
– 5 batang serai
– 5 sm halia
– 3 sm kunyit hidup
– Bahan yang disangai tadi

Caranya:
– Mula-mula perapkan daging dengan sedikit bahan kisar.
– Panaskan minyak dan tumiskan serai, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bahan kisar. Masakkan rempah itu dahulu.
– Masukkan daging yang diperap beberapa jam tadi. Kacau.
– Masukkan santan, gula Melaka/kabung, garam, separuh dar kerisek, daun salam dan daun kunyit yang telah dicarik. Kacau sedikit, biarkan ia masak. `tambah air jika perlu’
– Bila daging nampak empuk, masukkan semua baki kerisik dan kelapa kepingan kecil yang disangai tadi, kacaukan. Masakkan rendang tok ini biar betul-betul kering.

Tips:

TIP
– Rendang Tok ini mesti kering dan ia akan bertukar warna kehitaman.
– Daun salam adalah bahan kesenian rendang Tok.

Kredit : roshidah Abu Bakar shidah

Address

Block N, 118 Vista A. P. T, Jalan PJU 10/2B Damansara Damai
Petaling Jaya
47830

Telephone

0132583588

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ah Meng Home Massage - Urut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share