04/06/2026
Memo Pejabat
Kepada : Pelanggan yang dihargai
Daripada : The People Department, Click H&A Consultancy Sdn Bhd
Cc : Semua Pelanggan
Tarikh : 4hb Jun 2026
Perkara : PEMBERITAHUAN β Perlaksanaan Skim Lindung 24 Jam Perkeso
Perkara di atas adalah dirujuk.
Dimaklumkan bahawa Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan melaksanakan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) atau βLindung 24 Jamβ berkuatkuasa 1hb Jun 2026. Bagi pelarasan ini caruman pertama mesti dilakukan sebelum 15hb Julai 2026.
Perlaksanaan skim ini bertujuan untuk memberikan perlindungan tambahan kepada pekerja bagi kemalangan yang berlaku di luar waktu dan tempat kerja, tertakluk kepada syarat serta kelayakan yang ditetapkan oleh PERKESO.
Sehubungan dengan itu, pihak kami akan membuat pelarasan berkaitan caruman PERKESO merujuk kepada jadual yang telah disediakan oleh pihak PERKESO melibatkan gaji bulanan pekerja bagi Fasa Pertama iaitu potongan sebanyak 0.75%.
Dilampirkan poster perlaksanaan yang digariskan oleh PERKESO untuk rujukan, ia memberi Gambaran menyeluruh berkenaan Skim Lindung 24 jam Perkeso ini.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada wakil HR tuan-tuan dan puan-puan.
Sekian, terima kasih.