Dhinas Pejuang Takaful

Dhinas Pejuang Takaful Mai LIKE page ini untuk perkongsian mengenai Takaful. Ilmu berkenaan dengan Takaful Keluarga bermula disini

24/12/2025

Kanser adalah 'pemangsa' yang tiada bunyi. Ia merebak secara diam-diam dan timbul secara mendadak.


01/12/2025

Jantung, buah pinggang, paru-paru
tiada pakej sewa beli.
Rosak sekali, “bayaran bulanan” dia
ialah bil hospital, masa hilang dan sakit yang tak boleh diundur.

Rawatan awal yang paling bagus. Pergi klinik sepantasnya untuk mendapatkan nasihat ❤️
21/11/2025

Rawatan awal yang paling bagus. Pergi klinik sepantasnya untuk mendapatkan nasihat ❤️


Ada ramai wanita yang diam.
Pedih bila kencing tapi tahan sebab rasa benda kecil.
Sakit dua saat tapi dibiar berhari-hari.
Takut orang fikir “tak jaga kebersihan”.
Malu nak cerita.
Malu nak pergi klinik.
Malu nak buka mulut.

Padahal UTI yang dibiarkan boleh naik ke buah pinggang.
Bila dah naik, badan mula menggigil.
Demam.
Pinggang rasa ditekan dari dalam.
Ada yang muntah tanpa henti sampai kena drip.
Ada yang terus masuk wad.

Kalau kencing pedih, itu bukan benda memalukan.
Itu tanda tubuh sedang minta tolong.
Lebih cepat jumpa doktor, lebih cepat jangkitan dihentikan.

Jangan tunggu sampai badan rebah baru nak percaya.
Kesihatan bukan latihan.
Sekali rosak, susah nak undur.

Kalau pedih bila kencing hari ini, pergilah periksa.
Benda kecil yang dijaga awal selamatkan buah pinggang bertahun-tahun.

27/10/2025

~ Hibah takaful adalah hadiah semasa hidup antaranya kepada ibu bapa, isteri dan orang yang kita sayang.

Perancangan hibah takaful penting untuk mereka yang ada hutang persendirian, hutang rumah, hutang perniagaan dan keluarga yang disayangi. Waima hutang apa pon boleh selesai dengan memiliki hibah takaful.

Para suami dan usahawan pastikan memiliki Hibah takaful utk penyelesaian hutang.


24/10/2025

Pastikan sijil takaful status "inforce". Sekiranya "lapse" maka tiada tuntutan boleh di lakukan.


17/10/2025

Aritu kawan agen takaful bercerita..

Client takaful seorang perempuan hilang upaya kekal pada umur 55. Jadinya dapat la manfaat hilang upaya kekal RM1.5 juta. Beliau berkenan rumah semi-d area Eco Majestic Semeyih . Terus dia beli satu unit rumah semi-d cash. Tak perlu amek loan bagai. Dah tak perlu bayar instalment.

Walaupun sudah disahkan hilang upaya kekal tapi sekarang dah mula beransur-ansur pulih dan sihat.

Duit dalam jumlah yang besar mampu menggembirakan orang yang sakit apa lagi orang sihat ❤️


03/09/2025

Siapa yang boleh jangka sakit tu nak datang bila ?

Orang yang mengamalkan gaya hidup sihat pon tidak lari daripada penyakit cancer. Daripada sesihat manusia sekarang kesihatan merosot dan memerlukan jagaan rapi daripada keluarga.

Manfaat penyakit kritikal dapat membantu meringankan beban kewangan.


25/08/2025

Hibah Takaful boleh digunakan sebagai instrument perancangan kewangan untuk pengurusan harta pusaka. Menabung jumlah yang kecil bersama takaful untuk perlaksaan harta pusaka di kemudian hari.


23/08/2025

Kanser payudara

Perit sungguh perjalanan seorang kawan berusia 52 tahun. Ada symtom yang "abnormal" seperti bengkak susu tapi tak sakit di usia 52 amat la menyeramkan. Rasa takut dan tak sedap hati tu wujud tiba2.

Pergi hospital buat biopsy. Hospital call selepas 3 minggu dan result biopsy kanser payudara stage 3 😪

Kesakitan dan kesan selepas kimo sungguh menyesakkan emosi. Bukan emosi si pesakit saja tapi dengan orang tersayang.

Breast cancer stage 3 dah boleh tuntut pampasan penyakit kritikal. Manfaat penyakit kritikal dibayar sekaligus untuk meringankan bebanan kewangan pesakit ketika ujian kanser payudara.


20/08/2025

Sekiranya demam berlarutan atau deman pastu makan ubat dan pulih. Selang beberapa hari demam semula dan seterusnya deman lagi.

Hati2 bos manis sebab ada petanda kurang beres. Pastikan buat temujanji dengan doktor di hospital untuk pemeriksaan lanjut. Sekarang ni tau2 je dah cancer tahap 3.


Address

Petaling Jaya
47820

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:00
Tuesday 09:00 - 21:00
Wednesday 09:00 - 21:00
Thursday 09:00 - 21:00
Friday 09:00 - 21:00
Saturday 09:00 - 21:00
Sunday 09:00 - 21:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dhinas Pejuang Takaful posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Dhinas Pejuang Takaful:

Share