Miss Humble

Miss Humble ๐—™๐—ฒ๐˜€๐˜†๐—ฒ๐—ป ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป
๐—ฅ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜€ โ€ข ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐˜€๐—ฎ โ€ข ๐—ฉ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—น๐—ฒ
โœจ ๐—ข๐˜‚๐˜๐—ณ๐—ถ๐˜ ๐—ฏ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ต ๐—ฅ๐— ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ

29/04/2026

Tidur lepas Subuh ibarat di selimutkan dengan kulit babi?

24/04/2026

Lepas makan pun Allah ampunkan dosa? โ™ฅ๏ธ๐Ÿ˜ข

19/04/2026

Ibnu Mas'ud ra, dia berkata, "Nabi SAW pada suatu hari pernah melalui depan para sahabat, lalu Baginda SAW bersabda pada mereka, "Apakah kamu tahu tentang apa yang difirmankn Allah SWT?" Mereka menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Pertanyaan Nabi SAW itu sampai 3 kali. Allah berfirman, "Demi kegagahanKu dan keagunganKu, tidaklah seorang melaksanakan solat tepat pada waktunya kecuali Aku memasukkannya ke syurga, dan siapa yang mendirikan solat di luar waktunya, jika Aku mahu, Aku merahmatinya atau Aku menyeksakannya."

(HR at-Tabrani)

19/04/2026

Daripada Abu Umamah, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Aku akan menjamin rumah di tepi syurga bagi seseorang yang meninggalkan perdebatan meskipun benar. Aku juga menjamin rumah di tengah syurga bagi seseorang yang meninggalkan kedustaan meskipun bersifat gurauan, dan aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi bagi seseorang yang berakhlak baik."

(Hadis Riwayat Abu Daud).

19/04/2026

Daripada Abu Hurairah r.a dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, Janganlah dia mengganggu tetangganya. Barangsiapa beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, hendaknya memuliakan tetamunya, dan barangsiapa beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, hendaknya dia berkata baik atau diam."

(HR Bukhari, Sahih Bukhari, Juz 4, No Hadis 6018, 1400H: 94)

15/04/2026

Daripada Abu Hurairah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Dunia adalah penjara orang mukmin dan syurga orang kafir".
(Hadis Riwayat Muslim)

15/04/2026

Daripada Syaddad bin Aus r.a, dia berkata, aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda "Sesungguhnya Allah SWT berfirman, 'Jika Aku menguji salah seorang daripada hamba-hamba-Ku yang beriman, lalu dia memuji-Ku atas apa yang Aku timpakan kepadanya dan dia bersabar, maka dia bangun daripada tempat tidurnya sebagaimana ketika dia dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada kesalahan." Dan Allah SWT berfirman kepada malaikat pencatat amal, "Aku telah menahan hamba-Ku (daripada amal soleh) dan Aku telah mengujinya, maka catatlah kebaikan baginya sebagaimana kebaikan yang dia lakukan ketika dia sihat."

(Hadis Riwayat Ahmad)

15/04/2026

Daripada Abu Hurairah r.a dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Di antara tanda baik-nya Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya."

(Hadis Riwayat at-Tirmizi).

13/04/2026

Daripada Ibnu Mas'ud r.a bahawa ada seorang lelaki mencium seorang wanita, lalu dia mendatangi Nabi SAW dan mengkhabarkan kepada Baginda. Maka turunlah firman Allah, "Dan laksanakanlah solat pada kedua hujung siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan malam. Perbuatan-perbuatan baik itu menghapus kesalahan-kesalahan." Lelaki itu lalu bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah ini khusus untukku?" Baginda menjawab, "Untuk semua umatku."
(Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).

12/04/2026

Daripada Abdurrahman bin Abu Laila, dia berkata, "Ka'ab bin Ujrah menemuiku sambil berkata, 'Mahukah kamu aku beri hadiah, iaitu ketika Rasululllah SAW keluar melalui kami, maka kami berkata, "Sungguh kami telah mengetahui bagaimana mengucapkan salam kepadamu, maka bagaimana kami berselawat kepadamu." Baginda bersabda, "Katakanlah olehmu, 'Allahumma ลžalli 'Alฤ Muhammad Wa'ala Ali Muhammad, Kamฤ ลžallaita 'Alฤ ฤ€li Ibrahima Innaka Hamidun Majid, Allahumma Bฤrik 'Ala Muhammadin Wa'ala Ali Muhammadin Kamฤ Bฤrakta 'Alฤ Ali Ibrahima Innaka Hamidun Majid."
(Hadis Riwayat Muslim)
(Muhammad bin Futuh Al Humaidiy, Al-Jam'u Bayna AลŸ-ลžahihaini, Juz 1, 1423 H/2002 M: 356).

12/04/2026

Daripada Hakim bin Hizam r.a daripada Nabi SAW, Baginda bersabda, "Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah, maka mulakanlah untuk orangยฒ yang menjadi tanggunganmu dan sedekah yang paling baik adalah daripada orang yang sudah cukup (untuk keperluan dirinya). Maka barang siapa yang berusaha mencukupkan dirinya, maka Allah mencukupkannya."
(HR Bukhari)

Address

Petaling Jaya

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Miss Humble posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share