02/10/2026
JAGA KESIHATAN, LINDUNGI JANTUNG ANDA ❤️
Kesihatan jantung merupakan salah satu aspek penting dalam memastikan kita kekal produktif, aktif dan menjalani kehidupan yang berkualiti.
Dalam kesibukan bekerja dan menjalani rutin harian, jangan abaikan tanda-tanda amaran serta faktor risiko yang boleh menjejaskan kesihatan jantung.
Amalkan gaya hidup sihat dengan:
✔️ Mengamalkan pemakanan seimbang
✔️ Mengambil makanan tinggi serat
✔️ Memperbanyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran
✔️ Mengurangkan pengambilan minuman manis
✔️ Mengekalkan berat badan yang ideal
✔️ Menghadkan makanan tinggi lemak dan kolesterol
✔️ Melakukan aktiviti fizikal secara berkala
🌫️Selain itu, kualiti udara juga perlu diberi perhatian.
Pendedahan kepada udara tercemar boleh menjejaskan kesihatan, khususnya bagi individu yang mempunyai faktor risiko tertentu.
Marilah kita bersama-sama mengutamakan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan — untuk diri sendiri, keluarga serta warga kerja.
“Jantung Sihat, Kehidupan Lebih Berkualiti.”
Infografik kredit kepada : Berita RTM dan Kementerian Kesihatan Malaysia