02/05/2026
Semalam saya telah menyampaikan sumbangan kerusi batu kepada Surau Nurul Taqwa, Kuil Sree Mahamariaman dan Sekolah Kebangsaan Taman Senangan untuk kegunaan masyarakat setempat.
Sebagai Ahli Majlis, saya sentiasa berusaha memberikan sumbangan dan bantuan kepada mereka yang memerlukan, mengikut keperluan serta memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen saya dalam memastikan kebajikan dan kemudahan rakyat sentiasa diberi perhatian.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Dato Seri Sundarajoo atas sokongan, kepimpinan serta komitmen berterusan dalam membantu rakyat dan memperkasakan pembangunan komuniti setempat.
Semoga kemudahan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh semua.