11/03/2023
"Katanya, lebih 70 penduduk dari Kampung Parit Lapis Simis, Parit Yusof, Parit Nor dan Parit Warijo terperangkap di rumah dibawa keluar ke kawasan selamat.
Sementara itu, Razali berkata, selain kerenah penduduk, cabaran pengendali bot ialah menentukan kedudukan bot dengan betul.
Katanya, bot atau lori pasukan penyelamat perlu berada atas tengah jalan raya kerana bimbang longkang dan tebing tinggi mengakibatkan kemalangan.
Beliau berkata, laluan air dalam kampung juga berarus dan sekiranya tidak 'tanda' tiang lampu atau petanda jalan yang lain, mereka bimbang bot terlanggar tembok di dalam air atau tunggul sawit yang hanyut.
"Alhamdulillah. Kepuasan dapat menyelamat penduduk tidak dapat digambarkan dengan kata-kata," katanya."
BATU PAHAT: Petugas Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) menghadapi pelbagai cabaran ketika memindahkan mangsa banjir di daerah ini sejak seminggu lalu.