Micro Biz Synergy

Micro Biz Synergy ๐™๐˜ผ๐™†๐˜ผ๐™‰ ๐™Ž๐™๐™๐˜ผ๐™๐™€๐™‚๐™„๐™† ๐™๐™Ž๐˜ผ๐™ƒ๐˜ผ๐™’๐˜ผ๐™‰ ๐™ˆ๐™„๐™†๐™๐™Š : ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™ ๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ข๐™š๐™ก๐™–๐™ก๐™ช๐™ž ๐™จ๐™ฉ๐™ง๐™–๐™ฉ๐™š๐™œ๐™ž, ๐™ž๐™ก๐™ข๐™ช ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™จ๐™ž๐™จ๐™ฉ๐™š๐™ข ๐™—๐™ž๐™ฏ๐™ฃ๐™š๐™จ ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™š๐™›๐™š๐™ ๐™ฉ๐™ž๐™› ๐™จ๐™š๐™ง๐™ฉ๐™– ๐™—๐™š๐™ง๐™™๐™–๐™ฎ๐™– ๐™จ๐™–๐™ž๐™ฃ๐™œ.

Bukan semua orang gagal sebab tak pandai tapi sebab buat perkara yang sama setiap hari...Pagiiii!!!
03/05/2026

Bukan semua orang gagal sebab tak pandai tapi sebab buat perkara yang sama setiap hari...

Pagiiii!!!

KAT MANA SILAPNYA Sayangnya... Kedai cantik dan selesa, lokasi tepi jalan tapi takde orang. Ketika sampai pukul 9.10 pag...
02/05/2026

KAT MANA SILAPNYA

Sayangnya... Kedai cantik dan selesa, lokasi tepi jalan tapi takde orang.

Ketika sampai pukul 9.10 pagi tadi saya pelanggan pertama.

Order nasi lemak beras basmathi, memang sedap sebab tu saya repeat.

Sehinggalah selepas hampir sejam saya di sini ternyata bilik berhawa dingin yang boleh memuatkan 60 - 80 orang hanya diduduki saya seorang.

Saya kerap juga singgah ke kedai ni, situasinya sama.

Sebelum turun kereta tadi nampak hampir 10 orang staff mereka baru saja habis sesi "morning meeting" rutin biasa biznes f&b.

Memang kental owner kedai ni kan....

7 Punca Mengapa Ramai Individu Masih Belum Berjaya: Ramai orang beranggapan bahawa usaha yang berterusan sudah memadai u...
31/03/2026

7 Punca Mengapa Ramai Individu Masih Belum Berjaya: Ramai orang beranggapan bahawa usaha yang berterusan sudah memadai untuk mencapai kejayaan sedangkan realitinya tidak begitu. Berikut merupakan tujuh punca utama yang sering menjadi penghalang:

1. Tidak Bersedia Dari Segi Mental: Ramai mengimpikan hasil yang besar, namun tidak bersedia untuk menghadapi tekanan, kritikan serta tanggungjawab yang hadir bersama kejayaan. Apabila berdepan cabaran, mudah hilang arah dan motivasi. Hakikatnya, kejayaan menuntut kekuatan fizikal dan mental yang tinggi, bukan sekadar keinginan.

2. Ketiadaan Sistem yang Kukuh: Semangat sahaja tidak mencukupi untuk memastikan kelangsungan sesuatu usaha. Tanpa sistem yang jelas meliputi aspek operasi, kewangan dan strategi, sesuatu perancangan mudah terjejas. Struktur yang baik adalah asas kepada kestabilan jangka panjang.

3. Tidak Mengenali Diri dan Kekuatan Sendiri: Kecenderungan untuk mengikut trend atau orang lain tanpa memahami potensi diri menyebabkan hala tuju menjadi kabur. Apabila tiada kejelasan dalam kekuatan dan fokus, usaha yang dilakukan akan menjadi tidak konsisten dan kurang berkesan.

4. Tidak Sanggup Membayar Harga Kejayaan: Kejayaan menuntut pengorbanan dari segi masa, tenaga, komitmen dan kadangkala keselesaan diri. Namun, tidak semua individu bersedia untuk melalui proses tersebut. Keinginan untuk hasil yang cepat tanpa usaha yang setimpal sering menjadi penghalang utama.

5. Kelemahan Dalam Mengurus Emosi dan Disiplin: Ketidakstabilan emosi serta kurangnya disiplin diri menyebabkan usaha menjadi tidak konsisten. Semangat yang turun naik serta gangguan fokus boleh menjejaskan kemajuan secara keseluruhan. Pengurusan diri yang baik adalah kunci kepada keberhasilan jangka panjang.

6. Ketakutan Terhadap Kegagalan dan Penilaian Orang Lain: Perasaan takut untuk gagal atau bimbang terhadap pandangan orang lain sering menyebabkan seseorang itu tidak berani mengambil tindakan. Keadaan ini akhirnya menghalang perkembangan, sedangkan kegagalan merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran.

7. Tidak Meningkatkan Ilmu dan Cara Berfikir: Persekitaran dan cabaran sentiasa berubah, namun ada yang masih berpegang kepada cara lama. Tanpa usaha untuk menambah ilmu dan memperbaharui pemikiran, s**ar untuk menyesuaikan diri dengan keperluan semasa. Individu yang berjaya sentiasa bersedia untuk belajar dan berubah.

Kejayaan bukan sekadar melakukan lebih banyak perkara, tetapi tentang menjadi lebih bersedia untuk menghadapinya. Dalam banyak situasi, isu sebenar bukanlah kekurangan usaha tetapi ketidaksediaan diri untuk berjaya.

Tip : Untuk mencapai tahap yang lebih tinggi, fokus bukan hanya kepada peningkatan usaha semata-mata tetapi juga kepada pembangunan diri agar menjadi individu yang benar-benar layak untuk berada di puncak kejayaan.

Pagiiii!!!!

Bila dah sampai tahap rasa nak berhenti, ingat satu benda niโ€ฆAda tanggungjawab yang perlu digalas dan itulah ujian yang ...
31/03/2026

Bila dah sampai tahap rasa nak berhenti, ingat satu benda niโ€ฆ

Ada tanggungjawab yang perlu digalas dan itulah ujian yang Allah sediakan untuk kita tempuh dan belajar daripadanya.

Berat?

Memang berat...

Susah?

Memang susah...

Cumaโ€ฆ kita diam.

Kita simpan.

Kita teruskan juga.

SEMUA NI BUKAN SEBAB HEBATNYA DIRI KITA.

TAPI SEBAB IZIN & DENGAN PERTOLONGAN ALLAH.

Kita tahu hidup ni bukan tempat beristirehat tapi tempat untuk kita menjalani ujian Nya.

Bertabahlah dan jangan sesekali hidup menyalahkan...

Sebaliknya bersegeralah kembali memohon pertolongan dari Nya.

Pagiiii!!!!







INFO INI KHAS UNTUK PENIAGA DAN BAKAL PENIAGA!Janganlah menipu diri sendiri!Masalah paling besar bukan โ€œtakde modalโ€โ€ฆTap...
25/03/2026

INFO INI KHAS UNTUK PENIAGA DAN BAKAL PENIAGA!

Janganlah menipu diri sendiri!

Masalah paling besar bukan โ€œtakde modalโ€โ€ฆ

Tapi tak tahu nak jual apa yang confirm orang beli.

Kau try buat air sendiriโ€ฆ

Last-last buang bahan, buang duit, buang semangat.

Real talk...

๐Ÿ’ฃ SEBAB TU RAMAI SANGKUT DI FASA NAK MULA.

โŒ Takde idea menu
โŒ Tak tahu pricing
โŒ Tak tahu macamana nak bagi nampak premium
โŒ Tak tahu nak tarik customer

Akhirnya?

Niaga jalanโ€ฆ tapi tak boleh pergi jjauh.

๐Ÿš€ INI YANG PJJ SMOOTEA BAGI:
โœ”๏ธ Lebih 40+ resepi minuman proven (bukan try & error)
โœ”๏ธ Boleh mula dengan modal rendah dari rumah
โœ”๏ธ Sesuai untuk newbie sampai owner kedai
โœ”๏ธ Siap ajar marketing & cara naikkan sales

Ini bukan kelas teoriโ€ฆ

Ini shortcut elak kau buang duit buat eksperimen sendiri.

๐Ÿ’ก REALITI PAHIT SIKITโ€ฆ

Orang lain dah start jual air premium, kau masih fikir โ€œnak buat ke tak nak buat?โ€

Dalam bisnes kau lambat, orang lain dah buat duit.

๐Ÿ”ฅ KALAU BETUL NAK UBAH HIDUPโ€ฆ INI MASA DIA.

Tak perlu tunggu perfect.

Tak perlu tunggu kaya.

Tak perlu tunggu pandai.

Start dulu...

๐Ÿ‘‰ Jangan tangguh lagi, join sini sekarang tengah ada PROMO 2 KELAS 1 HARGA :https://pjjsmootea.com/order/form/COMBOAIRBALANG26/27

โš ๏ธ Last pesan dari akuโ€ฆ

Kau boleh pilih,

Nak terus tengok orang lain buat duitโ€ฆ

ATAU

Nak mula sekarang?

Kita nampak orang tersenyum,tapi kita tak pernah tahu apa yang dia simpan dalam diam.Dalam perjalanan mengejar dunia dan...
25/03/2026

Kita nampak orang tersenyum,
tapi kita tak pernah tahu apa yang dia simpan dalam diam.

Dalam perjalanan mengejar dunia dan akhirat, ujian akan datang walau tak diundang.

Apa yang kita jaga, kadang hancur.

Apa yang kita harap, kadang tak menjadi.

Itu realiti hidup.

Tak semua benda akan ikut perancangan kita.

Ramai orang pandai bercakap tentang kegagalan, selagi ia bukan berlaku pada diri sendiri.

Tapi bila terkena batang hidung sendiriโ€ฆ
terus diam, terus hilang arah.

Lebih parah, mula cari salah orang lain.

Situ tak kena, sini tak betulโ€ฆ

Semua benda nampak silap.

Sedangkan hakikatnya, bukan dunia yang hancur.

Cuma ego kita yang tak mampu terima kenyataan.

Silap buat keputusan?

Silap percaturan?

Itu normal, kita semua manusia, kita belajar.

Tapi yang jadi masalahโ€ฆ

Bila kita sedar silap dan tetap ulang benda yang sama.

Kita selalu cakap โ€œplan tak menjadiโ€,
padahal yang tak menjadi tuโ€ฆ disiplin kita sendiri.

Kita s**a salahkan keadaan, tapi berat nak ubah diri sendiri.

Pedih, kan?

Bila sampai satu tahap, kita mula sedar selama ini bukan orang lain yang jatuhkan kita.

Tapi kita sendiri yang tarik diri kita perlahan-lahanโ€ฆ ke bawah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Hari kemenangan ni bukan sekadar raya biasaโ€ฆ

Ini masa untuk kita reset diri, reset hati, reset arah hidup.

Stop blame people.

Back to track.

Come back stronger. ๐Ÿ’ช

Kalau semalam kita jatuh,
hari ni kita bangkit.

Kalau semalam kita silap,
hari ni kita perbaiki.

Jangan tunggu sempurna baru nak mula.

Mula duluโ€ฆ

Tak cuba tak tau, dah cuba baru tau...

Pagiiii!!!! ๐Ÿ”ฅ

BERANI BANGKIT BERUBAHBangkit bukan drama.Bangkit ialah keputusan.Keputusan untuk berhenti menyalahkan keadaan.Keputusan...
21/02/2026

BERANI BANGKIT BERUBAH

Bangkit bukan drama.

Bangkit ialah keputusan.

Keputusan untuk berhenti menyalahkan keadaan.

Keputusan untuk mengaku kelemahan.

Keputusan untuk mula semula dengan lebih bijak.

Berubah p**a bukan sekadar azam tahun baru.

Berubah ialah disiplin harian.

Tindakan kecil yang diulang tanpa alasan.

Semangat bukan emosi sementara.

Semangat ialah komitmen yang konsisten.

Apabila semangat digerakkan, diikuti p**a dengan tindakan.

Apabila usaha konsisten, hasil mula kelihatan.

Rezeki tidak datang kerana simpati.

Rezeki datang kerana usaha yang berterusan.

Operasi jelas.

Kewangan terkawal.

Strategi terancang.

Tidak perlu terus besar.

Tidak perlu terus viral.

Biar kecil, asalkan berhasil.

Untung sedikit tetapi bersih lebih baik daripada jualan besar tanpa arah tuju yang jelas.

Hakikatnya mudah:

Bangkit dengan sedar diri.

Berubah dengan disiplin.

Berhasil dengan sistem yang dibangunkan bersama keringat dan air mata.

Akhirnya, semangat menentukan tindakan.

Tindakanlah yang menentukan hasil.

Hasil menentukan tahap rezeki yang diperolehi, moga menjadi rezeki yang diberkati.

Percaya bahawa semangatku rezekiku, semangatmu rezekimu.

Ketika hidup terasa susah itu bukan masa untuk meratapi nasib. Sebaliknya itulah masa untuk memulakan sesuatu yang lebih...
11/02/2026

Ketika hidup terasa susah itu bukan masa untuk meratapi nasib.

Sebaliknya itulah masa untuk memulakan sesuatu yang lebih besar.

Biarpun bermula dengan sekecil-kecil usaha itu jauh lebih baik dari tidak melakukan apa-apa.

Biar kecil asal berhasil....

Pagiiii!!!

Tak mengapa jika modal tiada kerana kita masih ada tulang empat kerat untuk berusaha.Nak mula dengan apa yang ada pun ra...
27/01/2026

Tak mengapa jika modal tiada kerana kita masih ada tulang empat kerat untuk berusaha.

Nak mula dengan apa yang ada pun rasa MALU memang malapetaka besarlah kalau KAU seorang LELAKI atau KETUA KELUARGA!

Sepatutnya KAU rasa malu bila warga asing mula bermaharajalela buat duit dan kumpul harta di Malaysia.

Tak perlulah bagi alasan kononnya, "tak semua orang boleh buat macam Abam Ale-Ale buat."

Sedangkan banyak lagi cara lain untuk kau bermula.

Persoalan sebenar bukannya BOLEH atau TIDAK tetapi KAU NAK BUAT atau TIDAK?

Kau buat KAU DAPAT, kau tak buat KAU MENDAPAT!

Address

No. 356 Jalan Saujana 15, Taman Saujana
Pontian
82000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30
Sunday 08:30 - 17:30

Telephone

+601153535050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Micro Biz Synergy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Micro Biz Synergy:

Share