09/04/2021
Jurnal Emas Day 29
NOTA EMAS 10 : APA UNTUNGNYA SIMPAN EMAS?
✅ Secara asasnya, emas tidak boleh memberi keuntungan yang tetap pada waktu yang tertentu.
✅ Emas fizikal bukanlah seperti pelaburan-pelaburan bersandarkan wang ringgit. Jika harga naik, gram tidak bertambah dengan sendiri.
✅ Jika harga turun, gram juga tidak berkurangan.
✅ Tidak boleh kita nak bandingkan emas dengan apa saja alat kewangan kerana ialah bukanlah perbandingan yang tepat.
✅ Jika kita masih lagi mahu mengira keuntungan dari sudut wang ringgit, emas yang naik harganya sejak sekian lama memang akan menghasilkan untung yang lumayan jika dijual.
✅ Bayangkan harga emas sekarang sekitar RM250 segram. Jika kita pernah membelinya pada harga RM150 suatu ketika dahulu, ia telah menghasilkan keuntungan sebanyak RM100 segram jika dijual.
✅ Untung dengan emas bukan hanya wang ringgit. Hanya orang yang pernah membeli, memiliki dan menyimpan emas saja tahu betapa bertuahnya mereka menyimpan emas.
✅ Jika kita beli barang lain, duit kita akan habis. Tetapi jika kita beli emas, duit kita hanya berubah bentuk saja.
✅ Orang yang biasa menyimpan emas, tabiat buruk s**a berbelanja secara boros akan dapat dihilangkan. Dia akan mula membandingkan barang yang hendak dibeli dengan gram emas.
✅ Simpanan emas boleh menolong pemiliknya yang dalam kesusahan. Tanpa emas, otak kita akan mula berfikir untuk berhutang jika tiada duit simpanan.
✅ Harga emas naik dan turun jangka pendek. Tetapi jangka panjang ia tidak akan mengecewakan. Hanya masa saja yang akan menentukan.
✅ Duit walaupun kelihatan banyak pada nombornya tetapi nilainya secara jangka panjang sentiasa menurun.
‘The desire of gold is not for gold. It is for the means of freedom and benefit’.
Ustaz Khairul Anuar Basri
13.2.21
Jom mulakan simpanan emas. Serendah 0.25g (lebih kurang RM63 sahaja). Letak target 200g untuk deposit beli rumah. Dah capai target boleh jual emas dan tercapai hajat untuk memiliki rumah idaman. Klik link untuk saya bantu anda di wasap :
bit.ly/0162335702KAB
bit.ly/0162335702KAB
bit.ly/0162335702KAB