Rumah Murah Bank Lelong

Rumah Murah Bank Lelong ZONLELONG SDN. BHD. (202501024912 | 1626325-W)
Perunding & panduan pembelian hartanah lelong di Malaysia. Admin ZonLelong: 010-4246990

Bantu anda miliki rumah lelong untuk pelaburan atau kediaman. "auction Counselor"
"Real Property Investment"
"Save Your House"

Untuk pendaftaran lelong : Klik dibawah
http://zonlelong.com/

Pendaftaran adalah Percuma.

🚨🔥 RUMAH LELONG PENTHOUSE CYBERJAYA 🔥🚨💥 DISKAUN SEHINGGA 44% (PENJIMATAN RM178,900!) 💥🏢 CONDOMINIUM PENTHOUSE UNIT📍 Cybe...
10/08/2026

🚨🔥 RUMAH LELONG PENTHOUSE CYBERJAYA 🔥🚨
💥 DISKAUN SEHINGGA 44% (PENJIMATAN RM178,900!) 💥

🏢 CONDOMINIUM PENTHOUSE UNIT
📍 Cyberia Smarthomes C, Cyber 11, Cyberjaya

===================================
💰 HARGA LELONG : RM 221,100.00
📉 HARGA PASARAN SEBELUM : RM 400,000.00 (Jun 2026)
💥 PENJIMATAN : RM 178,900 (-44%)
===================================

📌 DETAILS HARTANAH:
==================
• Alamat: Unit No. C1, Cyberia Smarthomes C, Cyberia, Cyber 11, 63000 Cyberjaya, Selangor
• Jenis Hartanah: Condominium (Penthouse)
• Pegangan: Freehold (Pegangan Bebas)
• Saiz Binaan: 2,260 sq.ft (Sangat Luas & Spasios!)
• Deposit Required: 5% sahaja (RM 11,055)

📅 TARIKH & MASA LELONG:
========================
🗓️ 26 Ogos 2026 (Rabu)
⏰ 10:30 AM

⚠️ NOTA & SYARAT PENDAFTARAN:
- Sedia deposit 5% (Bank Draft / Online Bidding).
- Pendaftaran perlu dibuat seawal mungkin sebelum tarikh lelong.
- Semakan kelayakan pinjaman percuma disediakan.

📞 Untuk pendaftaran & maklumat lanjut, hubungi / WhatsApp:
📲 https://01087579.wasap.my Faizal zonlelong
, Anda boleh dapatkan LISTING TERKINI RUMAH LELONG disini: 📌https://t.me/+Gmt2qv-Ok41hMmI1

🔥 Tanah Lelong RM76.95 Juta Di Kuala Lumpur. Siapa Agaknya Pembeli Untuk Aset Macam Ni?Minggu ini ada satu kes lelong ya...
08/08/2026

🔥 Tanah Lelong RM76.95 Juta Di Kuala Lumpur. Siapa Agaknya Pembeli Untuk Aset Macam Ni?

Minggu ini ada satu kes lelong yang agak luar biasa.

Sebuah tanah pembangunan di Kuala Lumpur akan dilelong melalui High Court e-Lelong dengan harga rizab:

💰 RM76.95 JUTA

Kalau nak masuk bidaan, deposit yang diperlukan ialah 10%.

Maksudnya pembida perlu menyediakan kira-kira:

👉 RM7.695 JUTA untuk deposit sahaja.

Dan kalau berjaya membida, baki harga belian p**a perlu diselesaikan dalam tempoh 120 hari.

Menariknya, dokumen lelong turut menyatakan terdapat kaveat persendirian berkaitan hartanah tersebut.

Untuk aset bernilai puluhan juta seperti ini, pembeli tentunya bukan sekadar melihat:

❌ “Harga market berapa?”
❌ “Diskaun berapa peratus?”

Tetapi perlu menilai lebih jauh seperti:

✅ Potensi pembangunan tanah
✅ Status dan risiko undang-undang
✅ Kaveat serta kepentingan yang berkaitan
✅ Kos pembangunan
✅ Pembiayaan dan cash flow
✅ Potensi keuntungan selepas pembangunan
✅ Exit strategy

Ini menunjukkan satu perkara.

Pasaran rumah dan hartanah lelong bukan hanya tentang rumah RM100k–RM500k.

Ada juga aset bernilai puluhan juta yang masuk ke pasaran lelong dan memerlukan pemain dengan modal, pengalaman serta analisis yang jauh berbeza.

💬 Kalau anda ada RM7.7 juta untuk deposit, anda berani masuk bida aset RM76.95 juta macam ini atau anda pilih beli beberapa hartanah kecil untuk pecahkan risiko?

Kami nak dengar pandangan.
Team Aset Besar 🏢 atau Team Pecah Risiko 🏠🏠🏠?

Kongsikan sebab anda di ruangan komen. 👇

Baru kerja bukan bermaksud belum layak fikir pasal aset.Cuma jangan mula dengan ikut orang beli rumah.Mula dengan faham ...
03/08/2026

Baru kerja bukan bermaksud belum layak fikir pasal aset.

Cuma jangan mula dengan ikut orang beli rumah.

Mula dengan faham kewangan sendiri dulu.

Berapa komitmen?
Berapa simpanan?
Berapa kemampuan loan?
Apa tujuan beli?

Rumah lelong boleh jadi peluang untuk orang muda.

Tapi hanya kalau kita mula dengan kira-kira, bukan sekadar semangat nak ada rumah.

02/08/2026

Rumah lelong boleh jadi peluang pelaburan bila kita tahu cara tapis.

Bukan sekadar cari harga rendah, tapi cari nilai yang orang lain terlepas pandang.

01/08/2026

Sebelum masuk lelong, tanya dulu diri sendiri.

Aku beli rumah ni untuk duduk, sewa, atau jual balik?

NERVOUS FIRSTIME MASUK LELONG! Pertama kali masuk lelong, memang lain macam rasa dia.✅Tangan sejuk.✅Jantung laju.✅Mata a...
31/07/2026

NERVOUS FIRSTIME MASUK LELONG!

Pertama kali masuk lelong, memang lain macam rasa dia.

✅Tangan sejuk.
✅Jantung laju.
✅Mata asyik tengok harga.
✅Dalam kepala p**a macam-macam soalan keluar.

“Kalau menang, lepas ke loan aku❓”
“Kalau ada orang bid lawan, nak naik sampai berapa❓”
“Kalau tersalah langkah, deposit aku macam mana❓”
“Betul ke rumah ni sesuai untuk aku❓”

Dari luar nampak macam senang.

Klik bid. Tunggu menang.

⏳Tapi bagi orang yang first time, setiap saat masa bidding tu rasa panjang.

Sebab yang dipertaruhkan bukan sekadar nombor atas skrin.

💰Itu duit simpanan.
💰Itu harapan nak ada rumah.
💰Itu keputusan besar dalam hidup.

Sebab tu untuk first time buyer, jangan masuk lelong dengan semangat saja.

Masuk dengan persediaan.

Biar nervous, tapi nervous yang terkawal.

27/07/2026

Sebelum beli rumah lelong. Kita perlu kenalpasti dari awal apa tunggakan Rumah Lelong yang dicover oleh bank dan apa tunggakan rumah lelong tidak dicover oleh bank. Zonlelong

26/07/2026

Rumah lelong murah memang menarik, tapi jangan sampai harga murah tutup mata kita daripada nampak risiko.

20/07/2026

Lelongan menarik untuk minggu ni dan minggu depan.

1. Sabah dan Sarawak menjadi medan transaksi terdekat melalui sesi CIMB pada 22 Julai.
2. Central/Klang Valley menjadi medan persediaan terbesar menjelang CIMB dan beberapa sesi Maybank pada 28–29 Julai.

CIMB telah menerbitkan e-listing Sabah dan Sarawak untuk 22 Julai, tetapi senarai Central bagi 28 dan 29 Julai masih berstatus Coming Soon.

Maybank p**a menyenaraikan enam sesi berasingan pada 28 Julai, termasuk empat sesi pada waktu 10.30 pagi.

🏢 Murah Tak Semestinya Untung. Ini Risiko Yang Ramai Pembeli Rumah Lelong Tak Nampak.Ramai orang nampak harga reserve mu...
17/07/2026

🏢 Murah Tak Semestinya Untung. Ini Risiko Yang Ramai Pembeli Rumah Lelong Tak Nampak.

Ramai orang nampak harga reserve murah terus rasa itu peluang.

Tetapi saya selalu tanya satu soalan:

"Kalau murah sangat, kenapa masih ramai tak beli?"

Data pasaran menunjukkan masih terdapat puluhan ribu unit kediaman siap dibina yang belum terjual.

Bagi pembeli rumah lelong, ini bukan sekadar statistik.

Ini petunjuk risiko yang perlu diberi perhatian.

Antara perkara yang saya semak sebelum mencadangkan sesuatu hartanah:

✅ Berapa banyak unit kosong dalam projek tersebut

✅ Berapa banyak unit lelong dalam projek yang sama

✅ Berapa banyak unit subsale sedang dipasarkan

✅ Berapa banyak unit sewa sedang mencari penyewa

✅ Adakah harga reserve sudah turun berkali-kali

✅ Berapa kadar maintenance yang perlu ditanggung

Sebabnya mudah.

Harga murah tidak semestinya mudah disewakan.

Harga murah tidak semestinya mudah dijual semula.

Harga murah juga tidak semestinya memberi keuntungan.

Kadang-kadang masalah sebenar bukan pada unit tersebut.

Masalahnya ialah projek itu sendiri sedang menghadapi lambakan bekalan.

Sebab itu sebelum membeli rumah lelong, jangan lihat harga sahaja.

Lihat juga tahap permintaan dan kecairan (liquidity) projek tersebut.

Pelabur yang berjaya bukan membeli yang paling murah.

Pelabur yang berjaya membeli yang paling mudah menghasilkan p**angan.

Address

Lot 12A, 1st Floor, Jalan BK 5A/2A, Bandar Kinrara
Puchong
47180

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Murah Bank Lelong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Rumah Murah Bank Lelong:

Shortcuts

Share

Category