09/07/2021
Hmm ... maklumat menarik.
Jaket PKP atau MCO Jacket ini adalah hasil ciptaan Yun Yunus, pereka dan pelakar pola yang dikenali di Instagram dan Facebook sebagai . Inspirasi jaket ini tercetus ketika negara dikenakan PKP 3.0 awal Jun lalu. Ia berfungsi sebagai pelengkap busana di rumah ketika melakukan PdPr, BDR, mesyuarat atas talian, atau mengambil bungkusan daripada khidmat penghantar. Nampak ringkas tapi bergaya!
Semua rekaan Yun Yunus menerapkan teknik tersohor yang berasal dari Jerman, iaitu “Sistem Pembuatan Pola M. Muller & Sohn” (MMS). Sesiapa pun yang menggunakan pola rekaan Yun Yunus mampu menyiapkan pakaian tersebut;
1. Walaupun kemahiran menjahit korang biasa-biasa saja.
2. Walaupun tak menggunakan mesin jahit. (Ya, jahit tangan pun boleh).
3. Dan dijamin selesa dipakai.
Yun Yunus mula melakar pola sejak 2011 dan berpendapat MMS adalah satu sistem yang amat bagus. Penggunaan MMS menghasilkan pakaian yang terletak elok di badan si pemakai. Kalau pakaian yang korang beli siap tu terjongket di bahagian depan atau belakang dan tak selesa, boleh la tempah pola korang dengan Yun Yunus. Selain itu, Jahit ni orang kata sebagai terapi tau! Lebih-lebih lagi masa PKP ni. Dan yang paling penting korang mesti puas hati dapat gayakan pakaian yang korang jahit sendiri. Selesa jeee!
Nak tempah pola Jaket PKP? Boleh email ke: [email protected].
Untuk info lanjut, boleh klik sini;
Instagram:https://www.instagram.com/saphirecrystall/
Facebook: https://www.facebook.com/saphirecrystall
Website: https://thesewingroomdivasewinglab.blogspot.com