13/10/2026
SSM LANJUT TEMPOH PENGURANGAN KADAR KOMPAUN SEHINGGA 31 DISEMBER, TAWAR KADAR SEHINGGA 98.75%
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melanjutkan tempoh pengurangan kadar kompaun sehingga 98.75% di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Syarikat 2016, sehingga 31 Disember 2026.
Pengurangan kadar kompaun ini terpakai kepada syarikat yang telah membuat serah simpan dokumen tertunggak, sedang dalam proses pembubaran, telah membuat permohonan pemotongan nama atau dikenakan tindakan pemotongan nama oleh Pendaftar serta syarikat yang telah dibubarkan.
Maklumat lanjut serta soalan lazim (FAQ) berhubung pelanjutan tempoh kompaun ini boleh dirujuk di portal rasmi SSM di www.ssm.com.my.
Sumber : SSM