09/11/2016
Kami kini menawarkan khidmat nasihat Sistem Perakaunan untuk semua peniaga kecil dan sederhana.. Secara Online.. Mudah.. Cepat.. dan tepat.
Khidmat nasihat adalah termasuk membina/mereka bentuk Sistem Perakaunan yang sesuai dengan perniagaan anda dengan kos hanya dari RM100.00.
Sila Call/WhatsApp: 0126522995 ArRazi MN
untuk maklumat lanjut.
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
Peranan perakaunan adalah amat penting dalam sesebuah perniagaan tanpa mengira perniagaan berskala kecil atau berskala besar.Untuk mengira keuntungan, usahawan harus mempunyai rekod tentang aktiviti perniagaannya. Perbelanjaan modal, operasi, untung dan rugi perlu direkod. Tanpa rekod atau catatan aktiviti kewangan, usahawan hanya mampu menganggarkan sahaja jumlah keuntungan yang diperolehi. Sesetengah usahawan bukan sahaja tidak tahu dengan tepat jumlah untung rugi malah tidak tahu langsung sama ada perniagaan mereka untung atau rugi.
Sesebuah perniagaan memerlukan perancangan serta kaedah penyediaan rekod kewangan yang sistematik untuk membantu anda memantau pendapatan dan perbelanjaan perniagaan. Jelas dengan sistem perakaunan yang dilaksanakan mampu memberi ketenangan fikiran kepada usahawan kerana terbukti segala pelaburan kewangan yang dibuat dapat dinilai hasilnya dengan kewujudan penyata kewangan yang meyakinkan.
Sama ada untung atau rugi, sistem perakaunan yang sistematik telah berfungsi sebagai alat pengukuran kecekapan pengurusan perniagaan.
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●