02/10/2025
KENYATAAN MEDIA
Penafian Tohmahan dan Amaran Undang-Undang
MBC Training & Consultancy Services merupakan sebuah syarikat latihan dan perundingan yang menyediakan pelbagai kursus merangkumi bidang keselamatan, latihan fizikal dan pembangunan kendiri. Sejak ditubuhkan, MBC komited untuk memberikan perkhidmatan berkualiti serta menjadi rakan strategik yang dipercayai oleh pelanggan dan organisasi.
Namun, belakangan ini telah tular beberapa kenyataan dan cerita yang tidak benar berhubung syarikat ini. Penyebaran maklumat berunsur tohmahan serta fitnah tersebut bukan sahaja menjejaskan reputasi MBC, malah turut menggugat kepercayaan pelanggan dan rakan strategik kami.
Sehubungan itu, pihak MBC dengan tegas menuntut agar semua pihak menghentikan serta-merta penularan berita atau komen yang tidak benar berkaitan syarikat ini. Kami juga menyeru agar kandungan yang telah dimuat naik dipadamkan segera.
MBC menegaskan bahawa sekiranya perkara ini terus berulang, syarikat tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang termasuk tuntutan gantirugi dan perintah injunksi bagi melindungi nama baik dan kepentingan kami.
MBC menghargai sokongan semua pihak yang terus mempercayai perkhidmatan kami, dan kami kekal komited untuk memberikan latihan serta pembangunan berkualiti tinggi kepada semua pelanggan.
sekian,
Dato' Zubaidah binti Md Ismail
Penaung
MBC Training & Consultancy Services Sdn. Bhd
Tarikh : 2 Oktober 2025