USB Hero

USB Hero Menyampaikan maklumat dan informasi terkini tentang dunia teknologi dalam dan luar negara terutamanya

MAUT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK KETIKA CAS TELEFON BIMBIT.REMAJA 14 TAHUN MAUT SELEPAS TELEFON YANG DICAS MELETUP SEMASA ...
02/11/2020

MAUT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK KETIKA CAS TELEFON BIMBIT.

REMAJA 14 TAHUN MAUT SELEPAS TELEFON YANG DICAS MELETUP SEMASA TIDUR.

Ini antara tajuk berita melaporkan kehilangan jiwa yang berlaku disebabkan pengecas phone.

Antara yang tragis apabila remaja 16 tahun di Rembau, Negeri Sembilan meninggal dunia selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbitnya sambil sedang memakai fon telinga.

BERIKUT 6 PERKARA YANG PERLU KITA ELAKKAN BAGI MEMASTIKAN KEJADIAN YANG SAMA TIDAK BERLAKU KEPADA KITA & AHLI KELUARGA.

1. HENDAK BELI PENGECAS USB & POWER BANK MURAH?
Fikir banyak kali sebelum membelinya kerana kualiti pengecas dan power bank murah boleh dipertikaikan tahap keselamatannya.
Murah tapi bahaya tak guna.

2. JANGAN KACUK.
Elakkan daripada mengunakan pengecas dan kable usb yang berlainan.Lebih baik anda hanya mengunakan pengecas yang dikeluarkan oleh pengeluar fon anda.

3. JANGAN GUNA FON SEMASA CHARGING.
Selangkah ke alam barzah, itu yang paling tepat jika ini rutin anda.
Telah banyak berlaku kemalangan fon meletup dan kejadian terkena renjatan elektrik yang mengakibatkan kematian.
Tindakkan ini juga akan memendekkan jangka hayat bateri fon anda.

4. JANGAN CAS SEMASA TIDUR & KETIKA TIADA DI RUMAH.
Risiko fon overheat semasa dicas sentiasa ada, oleh itu elakkan
daripada cas semasa situasi diatas.Jika berlaku letupan dan kebakaran, anda masih sempat lakukan sesuatu.

Kebanyakkan pengeluar fon mengeluarkan pengecas yang automatik cut off, ini dapat mengurangkan risiko kejadian yang tidak diingini.Lebih selamat mengunakan pengecas fon yang original.

5. ELAKKAN OVERHEAT.
Banyak punca yang boleh menyebabkan fon anda overheat.Antaranya terlebih cas, membuka aplikasi yang terlalu banyak dalam satu masa, bateri rosak kerana kerap jatuh dll.

Jika semasa mengecas, bateri fon tiba-tiba panas, offkan pengecas, cabut kabel dan terus offkan fon untuk seketika.Jika overheat kerap berlaku, check pengecas dan bateri fon anda.

6. JANGAN OVERLOAD.
Overload atau lebihan beban berlaku bila banyak sangat perkakas eletrik dipakai serentak pada satu-satu masa dalam satu litar.Gunalah extension plug yang mendapat kelulusan SIRIM dan menepati ciri-ciri keselamatan.

Sekian perkongsian kali ini, ingat jangan ambil mudah, kecuaian boleh mengundang padah.

Teruskan like, comment , share & follow.

Pengunaan Universal Serial Bus (USB) kini sangat meluas.Daripada memindahkan data digital melalui kabel USB hinggalah me...
31/10/2020

Pengunaan Universal Serial Bus (USB) kini sangat meluas.Daripada memindahkan data digital melalui kabel USB hinggalah mengecas ke peranti (device) yang memerlukan.

Berikut beberapa fakta menarik yang korang perlu tahu tentang USB.

(klik setiap gambar)

Address

Putrajaya
62100

Telephone

+601121035770

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when USB Hero posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category