12/11/2023
Kalau ditanya berkenaan akaun dikalangan orang yang menjalankan perniagaan. Boleh dikatakan majoriti perniaga akan mengaku alami masalah perakaunan.
Malah ada yang beranggapan bank akaun tu adalah akaun untuk menunjukkan kedudukan syarikat. Sangatlah salah dengan menganggap akaun bank dapat menunjukkan kedudukan kewangan yang sebenar.
Ramai yang tidak menyedari keperluan mempunyai akaun yang lengkap. Akaun atau penyata kewangan yang lengkap ialah akaun yang terdiri imbangan duga, penyata untung dan rugi serta penyata aliran tunai.
1) Imbangan duga
Kita dapat mengetahui kedudukan syarikat dari permulaan kita menjalankan perniagaan. Di dalam imbangan duga kita juga boleh ketahui kedudukan aset, libiliti dan ekuiti syarikat kita. Sangatlah penting kita mengetahui kedudukan sebenar syarikat kita sebelum membuat sesuatu keputusan seperti membeli bangunan, memberi bonus pada pekerja, membuat pelaburan dan membuat pinjaman dengan bank.
2) Penyata Untung Rugi
Melalui penyata untung rugi kita dapat mengenalpasti kedudukan semasa perniagaan kita dari segi perjalanan operasi. Ini bermakna melalui penyata ini kita boleh ketahui lebih tepat mengenai operasi syarikat samaada menghasilkan keuntungan atau kerugian.
3) Penyata aliran tunai
Menunjukkan kedudukan aliran tunai syarikat. Dari penyata ini kita boleh mengenalpasti tunai perniagaan banyak ke arah operasi, pelaburan atau kewangan. Syarikat juga boleh mengetahui baki sebenar tunai yang boleh digunakan untuk sebarang pembayaran atau perbelanjaan.
3) Tidak mempunyai masa yang cukup
Kebanyakkan perniaga sibuk dengan aktiviti operasi perniagaan. Untuk mereka tumpu pada hal-hal berkaitan pentadbiran terutama berkaitan akaun adalah jarang akan mereka lakukan. Akhirnya wujudlah masalah dari segi simpanan rekod dan kemaskini akaun.
4) Tidak tahu kepentingan akaun
Ini juga tidak dapat dinafikan antara punca utama masalah perakaunan tidak dapat kemaskini. Perniaga lebih menjadikan baki dalam bank sebagai keuntungan yang sebenar beliau dapat. Perniaga akan mengambil langkah mudah dengan menjadi baki dalam bank untuk digunakan dan membuat belian.
5) Merancang strategi pengurusan risiko
Setiap keputusan yang dibuat syarikat akan membawa risiko tersendiri. Risiko syarikat perlu diuruskan dengan bijak bagi mengelakkan berlakunya risiko yang tidak mampu ditanggung. Pemantauan akaun secara berkala perlu dilakukan. Sebagai contoh, risiko bankrupsi boleh diuruskan dengan mengetahui aliran transaksi duit masuk, memantau kutipan penghutang secara aktif, dan memantau transaksi duit keluar atau perbelanjaan.
6) Pinjaman mudah diluluskan
Dengan menyediakan akaun secara berkala, syarikat dapat merancang corak aliran kewangan syarikat bagi memastikan syarikat membuat keuntungan yang kukuh bagi tahun semasa. Ini penting bagi pihak bank untuk menilai pinjaman yang akan diluluskan. Selain itu,pihak syarikat perlu menyediakan akaun yang terkini kepada pihak bank. Antara kriteria lain dalam memudahkan kelulusan pinjaman ialah, akaun yang tersusun dan lengkap.
Setiap ahli perniagaan mestilah mempunyai disiplin diri bagi merekod dan menganalisa prestasi perniagaan sekurang-kurangnya sekali di dalam seminggu. Ini penting bagi menjejaki aliran kewangan syarikat dan mendapatkan data terkini.
Keupayaan seseorang ahli perniagaan memastikan rekod yang baik akan mengurangkan risiko kehilangan barangan perniagaan, memastikan penyimpanan stok berada di tahap optimum serta pengurusan aliran tunai yang cekap. Ia dapat memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kerugian perniagaan.
Sentiasa kita bertindak dengan bijak setiap apa yang kita lakukan dalam perniagaan. Jangan kita memandang rendah kepentingan akaun dalam perniagaan. Banyak kita dapat selamatkan dan merancang dengan lebih baik dalam setiap aktiviti perniagaan atau pelaburan kita.
Semoga kita menjadi bijak mengurus dan bijak bertindak.
Nak more tips?