18/09/2026
Sorotan Sesi Seminar & Aktiviti Penguatkuasaan Suruhanjaya Tenaga (ST), 8-18 September 2026
๐8 September 2026 | Hulu Langat, Selangor
Pejabat Kawasan ST Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya) telah menganjurkan Seminar Keselamatan Elektrik dan Gas, Kecekapan Tenaga serta Peranan Orang Kompeten dan Peperiksaan Kekompetenan di Institut Kemahiran Belia Tinggi Negara (IKTBN) Dusun Tua, Hulu Langat.
Seminar ini menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman para pelajar berkaitan aspek keselamatan elektrik dan gas, penggunaan tenaga secara cekap serta kepentingan peranan orang kompeten dalam industri di Malaysia, selaras dengan akta dan peraturan yang ditetapkan.
๐14 September 2026 | Sungai Petani, Kedah
Pegawai penguat kuasa Suruhanjaya Tenaga (ST) telah menjalankan operasi bersepadu bersama TNB SEAL bagi membanteras aktiviti kecurian elektrik melibatkan premis perindustrian di Sungai Petani, Kedah.
Hasil pemeriksaan mendapati sambungan elektrik haram dibuat daripada feeder pillar TNB di hadapan premis. ST turut merampas 78 mesin perlombongan bitcoin, kabel dan peralatan yang disyaki digunakan bagi tujuan sambungan haram, dengan anggaran kerugian hampir RM74,000 sebulan. Kes akan disiasat di bawah Subseksyen 37(3) Akta Bekalan Elektrik 1990.
๐17 September 2026 | Pasir Gudang, Johor
Suruhanjaya Tenaga (ST) bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor telah menjalankan operasi bersepadu bagi pemeriksaan ke atas barangan import yang tertakluk di bawah kawalan Suruhanjaya Tenaga.
Hasil pemeriksaan mendapati enam jenis kelengkapan elektrik di bawah kawalan ST yang juga tidak diisytiharkan (declaration) dalam Borang Kastam K1. Justeru, kes tersebut telah diserahkan kepada pihak JKDM untuk tindakan lanjut mengikut bidang kuasa jabatan berkenaan.
ST komited memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi penguat kuasa bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan serta keselamatan kelengkapan elektrik yang diimport ke negara ini.