YAPEIM HOLDINGS SDN BHD

YAPEIM HOLDINGS SDN BHD YAPEIM Holdings Sdn Bhd adalah anak syarikat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YAPEIM HOLDINGS Meriahkan Pertandingan Bowling Piala Ketua Pengarah YAPEIMPUTRAJAYA – K...
27/07/2026

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YAPEIM HOLDINGS Meriahkan Pertandingan Bowling Piala Ketua Pengarah YAPEIM

PUTRAJAYA – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YAPEIM HOLDINGS, Irwan A. Rahman telah hadir bagi memeriahkan Pertandingan Bowling Piala Ketua Pengarah YAPEIM yang berlangsung di U-Bowl, Alamanda Putrajaya sempena Sambutan Ulang Tahun YAPEIM Ke-42.

Kehadiran beliau mencerminkan komitmen kepimpinan YAPEIM HOLDINGS dalam menyokong program yang mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga YAPEIM. Pertandingan yang berlangsung dalam suasana penuh ceria dan semangat kesukanan itu turut menjadi platform mengukuhkan ukhuwah serta memupuk budaya kerja yang sihat.

Sambutan Ulang Tahun YAPEIM Ke-42 bukan sahaja meraikan pencapaian organisasi, malah menjadi pemangkin untuk terus memperkukuhkan komitmen YAPEIM dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Selamat Ulang Tahun YAPEIM Ke-42. Selama 42 tahun, YAPEIM telah mengukir pelbagai kejayaan dan menyemai harapan buat umm...
20/07/2026

Selamat Ulang Tahun YAPEIM Ke-42. Selama 42 tahun, YAPEIM telah mengukir pelbagai kejayaan dan menyemai harapan buat ummah.

Semoga ulang tahun ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh amanah, memacu inovasi dan memperluas manfaat kepada masyarakat. Dengan semangat kebersamaan, keikhlasan dan tekad yang jitu, marilah kita melangkah lebih jauh, mencipta kecemerlangan serta membina legasi yang terus memberi inspirasi kepada generasi akan datang.

www.yapeimholdings.my

YAPEIM HOLDINGS Perkenal Teknologi Pemantauan Keselamatan Pintar Kepada Agensi Antidadah KebangsaanKAJANG, Julai 2026 – ...
16/07/2026

YAPEIM HOLDINGS Perkenal Teknologi Pemantauan Keselamatan Pintar Kepada Agensi Antidadah Kebangsaan

KAJANG, Julai 2026 – Pasukan Pusat Pemantauan Pintar Negara YAPEIM HOLDINGS yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, En. Irwan A. Rahman, telah mengadakan kunjung hormat ke Ibu Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Pertemuan tersebut bertujuan memperkenalkan teknologi pemantauan keselamatan pintar yang dibangunkan oleh YAPEIM HOLDINGS serta meneroka peluang kerjasama strategik dalam memperkukuh aspek keselamatan melalui penyelesaian teknologi bersepadu. Inisiatif ini diharap dapat membuka ruang kolaborasi yang memberi nilai tambah kepada kedua-dua organisasi, sekali gus menyokong usaha meningkatkan kecekapan pengurusan keselamatan.

16/07/2026

YAPEIM HOLDINGS PERKENAL PERANAN ORGANISASI, TEROKA PELUANG KERJSAMA BERSAMA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG.

PULAU PINANG, Julai 2026 – Pengurusan YAPEIM HOLDINGS yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, En. Irwan A. Rahman, telah mengadakan kunjung hormat ke Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan disambut oleh Timbalan Yang Dipertua MAINPP, Profesor Emeritus Dato' Dr. Abd. Aziz Tajuddin. Pertemuan tersebut bertujuan memperkenalkan peranan serta fungsi YAPEIM HOLDINGS, selain meneroka peluang kerjasama strategik dalam pelbagai bidang yang mampu memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi. Kunjungan ini diharap menjadi titik permulaan kepada hubungan yang lebih erat dalam menyokong pembangunan ummah dan memperkasakan inisiatif sosioekonomi pada masa hadapan.

SIARAN MEDIAYAPEIM HOLDINGS PERKENAL PERANAN ORGANISASI, TEROKA PELUANG KERJASAMA BERSAMA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULA...
16/07/2026

SIARAN MEDIA

YAPEIM HOLDINGS PERKENAL PERANAN ORGANISASI, TEROKA PELUANG KERJASAMA BERSAMA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

PULAU PINANG, Julai 2026 – Pengurusan YAPEIM HOLDINGS Sdn. Bhd. telah mengadakan kunjung hormat ke Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) sebagai langkah memperkenalkan peranan, fungsi serta aktiviti perniagaan YAPEIM HOLDINGS di samping meneroka peluang kerjasama strategik yang berpotensi dilaksanakan pada masa hadapan.

Delegasi YAPEIM HOLDINGS telah diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YAPEIM HOLDINGS, En. Irwan A. Rahman, bersama barisan pengurusan syarikat dan telah disambut oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Profesor Emeritus Dato' Dr. Abd. Aziz Tajuddin.

Kunjungan hormat tersebut menjadi platform bagi kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai peranan masing-masing dalam memperkasakan pembangunan ekonomi ummah, di samping membincangkan potensi kerjasama yang mampu memberikan manfaat kepada masyarakat melalui pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif strategik.

Dalam sesi perbincangan tersebut, YAPEIM HOLDINGS turut memperkenalkan portfolio perniagaannya yang merangkumi pelbagai sektor termasuk teknologi keselamatan menerusi Pusat Pemantauan Pintar Negara, perkhidmatan pengurusan fasiliti, perkhidmatan makanan dan minuman serta beberapa sektor strategik lain yang berpotensi untuk diteroka bersama rakan-rakan institusi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YAPEIM HOLDINGS, En. Irwan A. Rahman, berkata kunjungan hormat ini merupakan sebahagian daripada usaha syarikat memperluaskan jaringan strategik bersama institusi agama dan agensi berkaitan dalam memperkasa pembangunan ekonomi serta kesejahteraan masyarakat.

"Kami amat berbesar hati atas kesudian pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang menerima kunjungan hormat daripada YAPEIM HOLDINGS. Pertemuan ini memberi peluang kepada kami untuk memperkenalkan fungsi dan keupayaan YAPEIM HOLDINGS sebagai sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai penyelesaian perniagaan dan perkhidmatan. Kami berharap perbincangan ini menjadi titik permulaan kepada hubungan yang lebih erat serta membuka ruang kepada pelbagai bentuk kerjasama strategik yang memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi dan masyarakat secara keseluruhannya."

Beliau turut menegaskan bahawa YAPEIM HOLDINGS komited untuk terus memperkukuhkan jaringan kerjasama dengan institusi agama, agensi kerajaan serta sektor korporat dalam usaha melaksanakan inisiatif yang mampu menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara dan kesejahteraan ummah.

Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen YAPEIM HOLDINGS untuk terus membina hubungan strategik dengan pelbagai pihak berkepentingan sebagai usaha memperluaskan impak perkhidmatan dan memperkukuhkan kedudukannya sebagai rakan kolaborasi yang diyakini dalam pelbagai sektor.

www.yapeimholdings.my

SIARAN MEDIAPUSAT PEMANTAUAN PINTAR NEGARA YAPEIM HOLDINGS MENGINTAI PELUANG KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA AGENSI ANTIDADA...
16/07/2026

SIARAN MEDIA

PUSAT PEMANTAUAN PINTAR NEGARA YAPEIM HOLDINGS MENGINTAI PELUANG KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN

KAJANG, Julai 2026 – Pasukan Pusat Pemantauan Pintar Negara (PPPN) milik YAPEIM HOLDINGS Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YAPEIM HOLDINGS, En. Irwan A. Rahman, telah mengadakan kunjung hormat ke Ibu Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Kajang sebagai usaha mengintai peluang kerjasama strategik dalam memperkukuhkan aspek keselamatan melalui penggunaan teknologi pintar.

Kunjungan tersebut bertujuan memperkenalkan keupayaan dan kepakaran Pusat Pemantauan Pintar Negara yang dibangunkan oleh YAPEIM HOLDINGS, di samping meneroka potensi kolaborasi dalam meningkatkan tahap keselamatan premis, pemantauan operasi serta pengurusan insiden secara lebih cekap dan berkesan.

Sepanjang sesi perbincangan, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai penggunaan teknologi pemantauan bersepadu yang mampu membantu organisasi memperkukuhkan sistem keselamatan menerusi pemantauan masa nyata (real-time monitoring), analisis data, amaran awal serta penyelarasan tindak balas terhadap sebarang insiden keselamatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YAPEIM HOLDINGS, En. Irwan A. Rahman, berkata Pusat Pemantauan Pintar Negara bukan sahaja menawarkan penyelesaian teknologi moden, malah berupaya menjadi rakan strategik kepada agensi kerajaan dan organisasi dalam memperkasakan pengurusan keselamatan.

"Kunjungan hormat ini merupakan langkah awal YAPEIM HOLDINGS dalam meneroka peluang kerjasama bersama Agensi Antidadah Kebangsaan. Kami percaya kepakaran serta teknologi yang dimiliki oleh Pusat Pemantauan Pintar Negara mampu menyokong usaha agensi kerajaan dalam memperkukuhkan aspek keselamatan, pemantauan dan pengurusan risiko secara lebih sistematik, pantas dan efektif. Kami berharap perbincangan ini akan membuka ruang kepada kolaborasi strategik yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak demi kepentingan negara."

Beliau berkata, selaras dengan perkembangan teknologi semasa, YAPEIM HOLDINGS komited untuk terus membangunkan penyelesaian keselamatan pintar yang memenuhi keperluan sektor awam dan swasta, sekali gus menyumbang kepada pembentukan persekitaran yang lebih selamat, cekap dan berdaya tahan.

Kunjungan hormat ini turut mencerminkan komitmen YAPEIM HOLDINGS dalam memperluaskan jaringan kerjasama strategik bersama agensi-agensi kerajaan melalui pemanfaatan teknologi keselamatan terkini, selaras dengan aspirasi negara ke arah pendigitalan dan transformasi perkhidmatan awam.

www.yapeimholdings.my

YAPEIM HOLDINGS Perkenal Pusat Pemantauan Pintar Negara kepada KEMAS, Teroka Peluang Kerjasama StrategikPUTRAJAYA, 6 Jul...
07/07/2026

YAPEIM HOLDINGS Perkenal Pusat Pemantauan Pintar Negara kepada KEMAS, Teroka Peluang Kerjasama Strategik

PUTRAJAYA, 6 Julai 2026 – YAPEIM HOLDINGS Sdn. Bhd. terus memperkukuhkan usaha memperkenalkan penyelesaian keselamatan pintar menerusi sesi pembentangan dan perbincangan bersama Pengarah Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Putrajaya.

Sesi tersebut telah diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YAPEIM HOLDINGS, En. Irwan A. Rahman, yang memberi penerangan terperinci mengenai Pusat Pemantauan Pintar Negara (PPPN), sebuah pusat pemantauan bersepadu yang menawarkan penyelesaian keselamatan secara masa nyata menggunakan teknologi terkini.

Dalam pembentangan tersebut, En. Irwan menjelaskan bahawa PPPN dibangunkan bagi membantu organisasi sektor awam dan swasta meningkatkan tahap keselamatan premis melalui pemantauan berterusan 24 jam, pengesanan insiden secara pantas, serta penyelarasan tindakan kecemasan yang lebih cekap. Perkhidmatan ini bukan sahaja mampu mengurangkan risiko pencerobohan dan jenayah, malah memberi keyakinan kepada organisasi dalam melindungi aset, kakitangan dan orang awam.

Beliau turut berkongsi potensi pelaksanaan sistem tersebut di premis-premis pendidikan awal kanak-kanak di bawah KEMAS, khususnya dalam memperkukuhkan aspek keselamatan tadika dan pusat pembelajaran. Langkah ini dilihat mampu menyediakan persekitaran yang lebih selamat dan kondusif kepada kanak-kanak, guru serta ibu bapa.

Sesi perbincangan berlangsung dalam suasana yang positif dan interaktif apabila pihak KEMAS turut mengemukakan pandangan serta cadangan berhubung keperluan keselamatan di institusi pendidikan awal kanak-kanak. Pertukaran pandangan tersebut membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk menilai peluang kerjasama strategik yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

YAPEIM HOLDINGS komited untuk terus memperluaskan penawaran teknologi keselamatan pintar kepada pelbagai agensi kerajaan, institusi pendidikan dan organisasi di seluruh negara. Melalui Pusat Pemantauan Pintar Negara, syarikat berhasrat menjadi rakan strategik dalam memperkukuhkan ekosistem keselamatan negara selaras dengan perkembangan teknologi digital dan aspirasi Malaysia ke arah persekitaran yang lebih selamat, pintar dan mampan.

www.yapeimholdings.my

SIARAN MEDIAYAPEIM HOLDINGS MENGINTAI PELUANG KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA AFFIN BANK ISLAMICKUALA LUMPUR, 1 Julai 2026 –...
02/07/2026

SIARAN MEDIA

YAPEIM HOLDINGS MENGINTAI PELUANG KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA AFFIN BANK ISLAMIC

KUALA LUMPUR, 1 Julai 2026 – YAPEIM HOLDINGS Sdn. Bhd. terus memperkukuhkan agenda pengembangan perniagaannya dengan mengintai peluang kerjasama strategik bersama AFFIN Bank Islamic menerusi satu kunjung hormat yang diadakan di Ibu Pejabat AFFIN Bank Islamic, Kuala Lumpur.

Delegasi YAPEIM HOLDINGS telah diketuai oleh Pengerusi Lembaga Pengarah YAPEIM HOLDINGS, Tuan Khairul Faiz Morat, bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YAPEIM HOLDINGS, En. Irwan A. Rahman, serta barisan Pengurusan Utama YAPEIM HOLDINGS.

Kunjungan hormat tersebut menjadi platform bagi kedua-dua pihak bertukar pandangan dan meneroka potensi kerjasama strategik dalam pelbagai bidang yang mampu menyokong pengembangan produk dan perkhidmatan YAPEIM HOLDINGS. Perbincangan turut menyentuh peluang kolaborasi dalam aspek penyelesaian kewangan, pendigitalan, pembangunan perniagaan serta inisiatif yang dapat memberikan nilai tambah kepada pelanggan dan rakan strategik.

Usaha ini selaras dengan aspirasi YAPEIM HOLDINGS untuk memperluaskan jaringan kerjasama bersama institusi kewangan terkemuka bagi memperkukuhkan ekosistem perniagaan syarikat serta meningkatkan daya saing dalam pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YAPEIM HOLDINGS, En. Irwan A. Rahman, berkata kunjungan hormat ini merupakan langkah awal yang signifikan dalam membuka ruang kepada kerjasama strategik yang mampu memberikan manfaat kepada kedua-dua organisasi.

"YAPEIM HOLDINGS sentiasa komited untuk meneroka peluang kerjasama strategik bersama institusi kewangan yang mempunyai kekuatan dan kepakaran dalam pelbagai bidang. Pertemuan bersama AFFIN Bank Islamic hari ini membuka ruang kepada perbincangan yang positif dalam mengenal pasti potensi kolaborasi yang mampu memperluaskan penawaran produk dan perkhidmatan kami. Kami optimis hubungan yang terjalin ini akan berkembang menjadi kerjasama yang memberi impak positif kepada kedua-dua organisasi serta masyarakat secara keseluruhannya."

Beliau turut menyatakan bahawa YAPEIM HOLDINGS akan terus memperluaskan jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak yang berkepentingan sebagai usaha memperkukuhkan pertumbuhan syarikat, memacu inovasi dan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

Kunjungan hormat ini diharap menjadi titik permulaan kepada hubungan yang lebih erat antara YAPEIM HOLDINGS dan AFFIN Bank Islamic, seterusnya membuka lembaran baharu ke arah pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik yang memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi.

"Membina Sinergi, Memperkasa Inovasi, Mencipta Nilai."

Address

YAPEIM Holdings Sdn Bhd Tingkat 9, Blok Z1, Menara Ochre@Alamanda, No. 2, Jalan Alamanda, Presint 1
Putrajaya
62000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when YAPEIM HOLDINGS SDN BHD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share