Tcs Agency

Tcs Agency full time insurance agent,perlukan penerangan jelas tentang apa itu insurance,kita boleh bincang😊

26/08/2025
πŸοΈπŸ’¨πŸ’¨ KEMPEN SUBSIDI MOTOR PRIHATIN 2025 KEMBALI LAGI! πŸ’¨πŸ’¨πŸοΈβœ¨βœ¨ Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Dapatkan SUBSIDI RM50...
01/07/2025

πŸοΈπŸ’¨πŸ’¨ KEMPEN SUBSIDI MOTOR PRIHATIN 2025 KEMBALI LAGI! πŸ’¨πŸ’¨πŸοΈ
✨✨ Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Dapatkan SUBSIDI RM50 untuk insurans motosikal anda! ✨✨
πŸ’– Khas untuk pemilik motosikal dari komuniti berpendapatan rendah (SARA). Nikmati perlindungan 1st Party (Komprehensif) dengan diskaun subsidi RM50! πŸ›‘οΈπŸ’°
πŸ—“οΈ TAWARAN TERHAD: Julai - Oktober 2025 sahaja! ⏳ Cepat sebelum terlambat!
CARA DAFTAR MUDAH SAHAJA! βœ…
1️⃣ Semak kelayakan SARA anda
2️⃣ Dapatkan sebut harga TERBAIK dari kami
3️⃣ Bayar premium yang diberi subsidi & terus TERLINDUNGI! πŸŽ‰
πŸ“ LOKASI PENGAMBILAN SUBSIDI (Wajib datang tau!):
TCS AGENCY
Blok N, Lot No, 2, Sebelah Farmasi Evexia
Berdepan Klinik Stanley-Ranau (Lokasi strategik, senang cari!) πŸ—ΊοΈ
πŸ“ž Hubungi kami SEKARANG untuk maklumat lanjut:
πŸ“² 017-8944359
HANTAR MESEJ ATAU DATANG TERUS KE TCS AGENCY HARI INI! πŸƒβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈ
Peluang ini sehingga Oktober 2025 sahaja! Jangan terlepas! 🌟

🀣🀣
13/09/2024

🀣🀣

Selamat tengahari gaiss....hari ini sa mo buat perkongsian sedikitlah...sebab baru2 ni saya ada menerima 2 sdh kes memba...
19/08/2024

Selamat tengahari gaiss....hari ini sa mo buat perkongsian sedikitlah...sebab baru2 ni saya ada menerima 2 sdh kes membabitkan kereta dia yg ada insurance dilanggar oleh kereta yg tiada insurans....pertama kali kereta tiada insurance/roadtax tidak sepatutnya berada di jalan raya.bukan sahaja dia rebut parking dan laluan utama, juga tidak adil kepada mereka yg memperbaharui cukai jalan dan insurans manakala mereka bersenang lenang dengan kenderaan tanpa insurance dan perlindungan yang sah.
Jika anda terbabit dalam kes ini.
Pertama kali jangan MENGAKU SALAH.malah dalam apa2 kemalangan pun jangan sesekali mengaku salah biarpun nampak mcm kita salah.
Kedua call pihak insurans dan terangkan kejadian tersebut,pihak insurans akan menerangkan apa yg perlu buat,panel mana yg terdekat dan juga menghantar towing,jan sesekali ambil towing yg sampai sebab itu towing berbayar,tunggu towing dari panel workshop.
Ketiga gambar bukti video pelanggaran,pengakuan saksi dan catat no kereta yg terbabit.
Keempat buat laporan polis dalam tempoh 24 jam dari hari kejadian.

Jika si pelanggar tidak mempunya insurance,
Jangan cuba berunding teruskan sahaja buat laporan polis,dan juga buat tuntutan melalui mahkamah,sebab banyak yg kesian last2 dapat tahi dari si pelanggar...sekurangnya kalau ada perintah mahkamah,si pelanggar akur dengan bayaran kerosakan.
Dan claim insurance seperti biasa.tapi bayaran pada tahun selepasnya akan bertambah.

Sekian...ada persoalan tanya jer✌️✌️

Selamat malam semua..terima kasih kerana sudi like😊... Hari ini saya mo buat posting pasal excess...dan apa itu excess i...
28/10/2023

Selamat malam semua..terima kasih kerana sudi like😊... Hari ini saya mo buat posting pasal excess...dan apa itu excess insurance dalam terma kenderaan.

Maksud Excess
-pembayaran yang harus dibayar oleh pelanggan sebelum sesuatu claim boleh dilakukan...excess adalah wajib dibayar dan pihak insurance berhak menuntut excess sebelum membuat prosedur tuntutan.

Terdapat pelbagai excess dalam kenderaan.
-voluntary excess(amaun kita pilih dan sanggup bayar)
-compulsary excess(amaun yang ditetapkan oleh insurans)
-claim damage excess(tuntutan bayaran claim kerosakan)

Apakah tujuan excess.
-boleh menurunkan nilai premium namun excess yang dibayar ketika ada tuntutan kerosakan kenderaan akan meningkat.
Cth.
Cover kenderaan rm75 ribu premium yang harus dibayar dengan 0 excess adalah rm1156.50.

Cover kenderaan rm75 ribu dengan excess voluntary rm5000 premium yang harus dibayar adalah sebanyak rm 953.00

Perbezaan harga adalah sebanyak rm203.00.
Namun jika ada tuntutan,pelanggan harus membayar excess sebanyak rm5000 sebelum sebarang claim boleh dilakukan,dan insurance tidak akan membayar tuntutan jika kerosakan kenderaan di bawah rm5000.

Excess memainkan peranan besar dalam penentuan premium yang harus dibayar oleh setiap pelanggan...excess ditentukan oleh:
-umur pemandu
-jenis kenderaan(suv,pickup,supercar)
-pengalaman pemandu

Cth:
Company a kereta ford raptor dengan harga kereta rm259,000 dengan premium sebanyak rm5331.00

Company m kereta yang sama dengan harga sama namun mempunyai claim damage excess sebanyak rm6000 hanya perlu membayar sebanyak rm3731.00

Perbezaan premium sebanyak rm1600.00, namun harus membayar tuntukan kerosakan sebanyak rm6000 jika berlaku tuntutan.namun ada sesetengah company boleh waive tuntutan kerosakan tersebut agar tidak mempunyai bayaran/rendah bayaran,namun bayaran premium tetap dengan harga yang sama.

Compulsory excess
Wajib dibayar jika pemandu dibawah umur 21 tahun,
Pemandu percubaan/lesen l dan p
Nama tidak disenaraikan sebagai pemandu berdaftar kenderaan tersebut.
Rm400 harus dibayar ketika membuat tuntutan eksiden.

Excess diwujudkan agar kita berhati2 dalam pemanduan dan lebih bertanggungjawab menjaga kenderaan kita dan mengelakan tuntutan kerosakan kecil.

Excess tidak akan dikenakan jika kemalangan tersebut adalah berpunca dari pihak ketiga, atau akibat dari bencana,kebakaran,banjir..

Anda juga akan dikenakan excess jika membuat claim lebih dari 1 kali dalam masa setahun dan akan dikenakan sekatan dari insurance.

Dan yang terakhir,sebelum membeli atau selepas membeli tanya dahulu jika ada sebarang excess dikenakan atas kenderaan anda ini untuk mengelakan kekeliruan ketika membuat tuntutan insurans anda.

***Berita baik tcs agency menawarkan waive pada excess ini dan anda tidak perlu bayar tuntutan tersebut...jika post ini bermanfaat bolehlah share ya😊😊

03/10/2023

Terima kasih kepada follower2 baru..nanti saya akan cuba update..perkara-perkara lain seperti urusan tukar pemilik kenderaan,pemilik kenderaan sdh meninggal dunia.bli insurans for beginners..dan banyak lagi..ikut kerajinan...πŸ˜‚

02/10/2023

Hello gais...3 bulan lagi kita akan melangkah ke hujung 2024...semakin ke penghujung tahun semakin ketat perbelanjaan.malah barang2 semakin hari semakin harga naik...bukan saja perbelanjaan isi rumah namun bayaran bil elektrik,astro,streamyx secara diam2 naik itu belum lagi termasuk bayaran sewabeli rumah dan kenderaan...jangkaan tambahan opr oleh pihak bank bakal menaikan segala bajet perbelanjaan kita.
Akan tetapi atas segala kenaikan tersebut tcs agency p**a menawarkan kadar -15% pengurangan insurans khas untuk negeri sabah/sarawak sahaja berkuatkuasa 1hb oktober 2023 untuk segala insurance kenderaan,lama atau baru.
Nikmati pengurangan harga ni d tcs agency...
Contoh di bawah adalah perbandingan.

Company a
Kereta toyota hilux rogue keluaran 2022(4x4)
Jumlah Perlindungan kenderaan rm133,000
(Termasuk cover passenger,free unlimited towing)
Jumlah premium harus dibayar rm3023.43

Di tcs agency
Jumlah Perlindungan kereta rm144,000
(Perlindungan yang sama)
Jumlah premium harus dibayar rm2263.00

Harga perlindungan yang tinggi,namun jumlah bayaran jauh lebih rendah dengan beza sebanyak rm760.00

Company a
Bezza premium x keluaran 2020(sedan)
Jumlah Perlindungan kenderaan rm40,000
(Cover passenger,towing unlimited)
Jumlah premium harus dibayar rm798.00

Di tcs agency
Jumlah Perlindungan kenderaan rm43,000
(Perlindungan yang sama)
Jumlah premium yang harus di bayar rm761.58

Bagi harga kereta tempatan jumlah perlindungan yang tinggi dengan jumlah bayaran lebih rendah sebanyak rm37.00

Semakin tinggi nilai perlindungan maka semakin kurang jumlah premium yang dibayar,ini belum pengiraan kadar ncd penuh dan perlindungan 3rd party,jumlah perlindungan ini adalah kadar standard,bukan harga minimum.

Jangan lupa share gais..hanya di tcs agency

017-894 4359
017-894 4359
017-894 4359

Klik number di atas untuk keterangan lanjut.

Berkuatkuasa esok tiada lagi kertas pelekat roadtax disediakan...segala pembayaran hanya melalui kaunter jpj...kini insu...
31/07/2023

Berkuatkuasa esok tiada lagi kertas pelekat roadtax disediakan...segala pembayaran hanya melalui kaunter jpj...kini insurance+roadtax boleh terus dibuat di tcs agency tanpa perlu ke jpj...secara online ataupun datang ke office...

Sekarang ekonomi bukan lagi teruk tapi sangat teruk,tidak payah menjadi pakar ekonomi untuk menilai,tanya saja yg buat b...
12/07/2023

Sekarang ekonomi bukan lagi teruk tapi sangat teruk,tidak payah menjadi pakar ekonomi untuk menilai,tanya saja yg buat bisnes sendiri,bandingkan tahun ini dengan tahun2 sebelumnya...dalam bidang insurance juga begitu...banyak org menyimpan kewangan dan tidak memperbaharui insurance kenderaan..malah ada yg ambil risiko untuk membawa kenderaan tanpa insurance yang sah,tanpa ada pilihan kerana ekonomi kita yg tidak tentu..mungkin ramai tidak sedar jpj sdh mengaktifkan beberapa kamera kawalan,bukan untuk menghukum pemandu namun untuk pencegahan dan kawalan pemandu yang tidak patuh pada undang-undang...dan mereka yg tidak mempunya lesen/cukai jalan yg salah janganlah cuba2 untuk testing jalan-jalan tersebut...

09/06/2023

Selamat malam..oleh kerana hari ni ada yg bertanya bos,kereta saya masuk bengkel claim insurans tapi kenapa saya masih perlu kena bayar begini2 ah bukan insurans sudah cover full ka?untuk mengetahui lebih lanjut pertama kita tgk jenis cover perlindungan kereta...

1)agreed valued(1st party/comprehensive plan)*

Agreed value bermaksud penetapan satu harga antara pihak insurans dan pelanggan,dan harga perlindungan tersebut tidak akan berubah dari tarikh mula insurans sehinggalah insurans itu tamat.
Contoh situasi 1.
Pelanggan bernama tambadau mempunyai kereta toyeta pocuner model vrw 2.8 dengan nilai insurans agreed value bernilai rm170,000.00.pada tarikh 09/09/2023 jam 8.45 am,dan pada bulan 12/12/2023 jam 6.07pm kereta c tambadau ni kna langgar oleh kings highway malaysia aka myvi superking,terbalik kereta c tambadau sebanyak 6 kali,nasib semua beg udara berfungsi,tapi kereta c tambadau kemek teruk enjin terburai,so c tambadau pigi claim sama insurans...setelah penilaian oleh insurans,kereta c tambadau kos dia talampau tinggi untuk mo bikin,jadi kasi total lost saja...jadi insurans kira2 tolak bank ccm,dan caj2 pengurusan hutang bank tinggal rm157,000.00 lagi..oleh sebab c tambadau ambil agreed value cover rm170,000-rm157,000=rm13,000... Setelah bayar hutang bank,c tambadau masih dapat rm13,000.00 hasil dari penolakan dari bank.
Contoh situasi 2.
Situasi yg sama seperti di atas namun terbabit kemalangan tapi tidak total lost, insurance akan membayar penuh,dan jika kerosakan dibawah rm3000, tidak perlu buat d panel bengkel berdaftar dan boleh terus buat ke bengkel kesukaan anda,dengan hanya ajukan claim itu kepada pihak insuran(zurich sahaja) duit akan dimasukan dalam 3 hari bekerja..

2.Market value(comprehensive plan/1st party)

Harga cover perlindungan mengikut kepada harga pasaran semasa kenderaan, model buatan,tahun,jenis kenderaan,import/local.harga akan menurun setiap tahun.
Contoh situasi.
C budal mempunyai kereta axia berwarna oren, jadi oleh kerana bajet dia yg xda sukup dia ambil insuranss paling murah tapi di bawah harga pasaran,sabagai contoh harga pasaran axia tu 28k tapi dia bilang mo ambil yg 20k neh,kalau d harga 28k(market value) nga rm700 dia mo bayar,tapi kalau harga 20k(low sum insured) dia bayar dalam rm510 sahaja..dia drive pigi jalan telupid,mengelak dia jalan bulan terus nekelipantai dia d siring parit,totol loss beh...nga dia xda risau ada insurans mah dia bilang,boleh cover...so itu insurans claim kira2 emm dia bilang budal ko perlu bayar rm8000+- lagi ni sebab kereta ko ni undervalued,so c budal mangamuk mo saman insurance,sama agen dia beli,sbb dia bilang tu agen tidak kasitau saya butul2 yg dulu...nasib semua agen ada tandatangan mo sign jika kasi turun harga bawah pasaran,so oleh kerana c budal xdapat bayar tu rm8000.. insurance akan kasi blacklist c budal dalam mana2 insurans dia kan beli nanti selagi dia belum bayar itu insurans rm8000.00 pihak insurans tetap akan bayar bank rm8000.00 namun masih menuntut c budal tu baki rm8000.00

Betterment.
Bermaksud kadar penambahan kos yang akan ditanggung oleh pemegang polisi insurans sekiranya kereta yg dipandu mereka terbabit dalam kemalangan dan membuat tuntutan di pusat servis seperti toyota,perodua,nissan ford atau semua dealer kereta.ataupun jika kereta berumur 5 tahun ke atas.

Untuk makluman charge BETTERMENT akan dikenakan jika anda pergi ke pusat dealer kereta jika hendak claim insurans kerana parts yang akan diganti adalah 100% original,xda kira umur kereta.namun jika anda pergi ke panel bengkel insurans anda tidak perlu membayar caj betterment jika kereta anda berumur 5 tahun ke bawah dan parts anda akan diganti dengan barang yg lebih kurang sama 2nd grade seperti thailand/taiwan spec.caj betterment meningkat setiap tahun dan caj maksimum adalah 40% untuk kereta berumur 10 tahun ke atas.dan untuk mengelakan dari dikenakan caj betterment ini,kita perlu menambah addon waiver of betterment,agar tiada caj tambahan dikenakan jika kita ingin menuntut insurans d lain hari.

Situasi 1
C borok punya kerita isuzu tahun 2020 terbabit dalam kejadian langgar lari,oleh kerana dia tidak tahu siapa langgar dia terpaksa la claim sendiri itu kerosakan. fender,lampu,dan bumper pecah kna sondol dari depan,oleh kerana dia tidak percaya betul sama bengkel2 panel berdekatan,so dia pergilah d dealer isuzu,oleh kerana isuzu semua parts 100% original...80% insurans tanggung c borok tanggung 20% caj betterment.kos bikin dalam rm10,000 dan c borok perlu bayar rm2000.00 untuk bikin tu kereta...menyesal juga c borok pigi,dia ingat semua insurance cover..trpksa dia bayar tapi smua parts original warranty dari isuzu.

Situasi 2.
C zakaria punya kereta toyota nissan urvan 2013,angkat2 budak sikul terus kna langgar waktu kluar simpang kemek pintu balakang,oleh kerana model dia tahun 2013 cover 31k,dia pigi claim insurans,ngam2 dia ambil addon cover waiver of betterment,smua pintu,lampu smua tukar parts baru terus,tiada main ketuk2 lampu second,jika dia tiada ambil addon,workshop cuma bikin ikut kos value kereta sahaja.

Situasi 3.
C poloria ada kereta bmw rx8 model 2018 harga rm190k ,dia bawa d highway dengan kelajuan 220kmj tiba2 ada kulit pisang d tgh jalan,tercabut engine dia dari kereta..jadi trrus tiada power kereta,so dia pigi la claim insurans,kebetulan dia ambil semua addon insurance yy full package sebnyak rm9000.00 dia bayar...termasuklah waiver of betterment,dia pigi sana dealer bmw,trus bmw ganti 1 biji engine baru buka plastik dari kilang untuk kasi ganti tu enjin yg terbuang...dan sekiranya dia tidak ambil itu pakej c poloria mungkin terpaksa tambah caj betterment dalam beberapa ribu untuk kasi bagus balik kereta seperti asal.

Betterment tidak akan dikenakan ke atas kereta yang dibaik pulih pada bengkel panel lantikan insurans untuk umur 5 tahun ke bawah,namun caj betterment akan dikenakan jika anda membawa kereta anda ke dealer,tidak kira berapa umur kereta anda...
Jadi jangan lupa untuk menambah waiver of betterment.

Address

Block N Lot 2
Ranau
89308

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:00
Tuesday 08:30 - 16:00
Wednesday 08:30 - 16:00
Thursday 08:30 - 16:00
Friday 08:30 - 16:00

Telephone

+60165469654

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tcs Agency posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tcs Agency:

Share