RantauPanjang.Com

RantauPanjang.Com Peluang menjadi usahawan serta tempat mempromosikan segala jenis produk bumiputera dan antarabangsa.

Platform mengumpulkan serta mempromosi produk usahawan bumiputera serta antarabangsa.

12/03/2020

HAKIKAT SPM

"Puan, dah pernah ambil SPM?"

Tanya ustaz ketika di dalam kelas Taddabur Quran bulan lalu. Beliau yang dari depan menghampiri meja saya.

"Eh, mestilah sudah, ustaz. 20 tahun lepas"

Jawab saya yakin.

"Agak-agak kalau diberi peluang, nak ambil lagi sekali tak?"

Tanya ustaz lagi.

"Taknaklah ustaz"

Jawab saya ringkas. Dalam hati berkata sendiri, apalah yang ustaz nak terangkan tentang SPM ni.

Ustaz kembali ke depan memberikan penerangan.

"Hakikatnya, kita semua bakal menduduki SPM kedua. Bezanya, ujiannya adalah sepanjang kehidupan kita namun tarikh keputusannya kita tidak tahu. Jadi perlu sentiasa ada persediaan. Buku rujukannya sudah ada.

Itulah dia, Sijil Padang Mahsyar (SPM). Bila tarikhnya tidak diketahui. Buku rujukannya adalah Al Quran. Ujiannya sepanjang kita berada didunia. Keputusannya nanti apabila berlakunya akhirat yang kekal.

Semua yang di dalam kelas tertunduk. Seolah sedang membayangkan bagaimanalah keadaannya ketika mengambil keputusan SPM akhirat.

Ustaz menyambung lagi, kali ini dengan penerangan yang lebih menyentap.

"Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di dunia ini nampak besar sangat sebab dengan keputusan baik, seolah-olah nampak cerah sangat masa depan untuk kehidupan yang sementara. Walhal tidak ada jaminan pun. Tetapi inilah yang dikejar-kejarkan.

Tapi keputusan yang kita dapat ketika Sijil Padang Mahsyar (SPM) di akhirat, adalah penentu kemana kita seterusnya selepas kehidupan yang kekal. Balasan syurga dan neraka yang kekal, tetapi kebanyakan kita tidak nampak itu semua.

Ibu bapa menyiapkan anak dengan segala segi persediaan untuk SPM dunia. Hantar anak tuisyen, panggil lagi guru datang kerumah, tak cukup dengan itu, hantar lagi bagaimana cara menjawab soalan yang betul.

Tapi apa usaha ibu bapa untuk persediaan anaknya untuk mendapatkan keputusan yang baik didalam SPM akhirat kelak?

Maksud Al Fatihah pun tidak tahu, bagaimana mereka dapat melaksanakan solat dengan sempurna, sedang solat adalah amalan yang memberikan markah yang tertinggi disana nanti"

Allahuakbar, kata-kata ustaz bagai satu pukulan ghaib, tidak nampak dengan mata kasar, tetapi sakitnya menyucuk sampai ke tulang hitam! Saya adalah guru. Yang pernah membawakan propaganda dengan mendapat keputusan SPM dunia yang baik, menjamin masa depan yang cerah!

Ustaz kemudiannya bertanya kami semua,

"Pernah tengok keadaan anak-anak yang ambil keputusan SPM? Masing-masing beratur dengan berdebar. Ahli keluarga ibu bapa semua tunggu di belakang. Menunggu giliran anak-anak, mengambil keputusan, baik atau tidak. Mereka tertanya adakah sama keputusan seperti adik beradik yang lain?

Nak tahu bagaimana keadaannya kita nanti mengambil keputusan SPM di akhirat?"

Al- Inshiqaq : 7
Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, -

Al-Inshiqaq : 8
Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,

Al-Inshiqaq : 9
Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan s**acita.

Al-Inshiqaq : 10
Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,

Al-Inshiqaq : 11
Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,

Al-Inshiqaq : 12
Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.

Al-Inshiqaq : 13
Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bers**aria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!

Al-Inshiqaq : 14
Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan) !

Al-Inshiqaq : 15
(Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!

*************
Kita marah anak-anak kita tidak baca dan faham isi kandungan buku kerana takutkan mereka gagal dalam peperiksaan. Namun kita tidak pernah marah mereka tidak baca dan faham Al Quran, walhal itulah yang menyelamatkan kita dari menjadi bahan bakaran api neraka.

Analoginya mudah, tak baca / faham buku, mana mungkin dapat keputusan peperiksaan dengan cemerlang. Tak baca / tak faham Al Quran, mana mungkin masuk syurga Allah dengan senang.

Oleh: Prof Ajmain (UTM)

SUMBER: FB USTAZ IQBAL ZAIN
SILA SHARE DAN SEBARKAN









06/03/2020

Golongan Yang Dijauhkan Dari Syurga

عَنْ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ خَبٌّ وَلَا بَخِيلٌ وَلَا مَنَّانٌ وَلَا سَيِّئُ الْمَلَكَةِ وَأَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ الْمَمْلُوكُ إِذَا أَطَاعَ اللَّهَ وَأَطَاعَ سَيِّدَهُ

Daripada Abu Bakar Ash Shiddiq RA dari Nabi SAW, beliau bersabda: "Tidak akan masuk syurga seorang penipu, orang yang bakhil, orang yang s**a mengungkit-ungkit pemberiannya dan pemimpin yang berperangai buruk. Orang yang pertama kali akan masuk syurga adalah hamba yang taat kepada Allah dan kepada tuannya (majikannya)." (HR Ahmad No: 32) Status: Isnad Maqbul

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW memberi amaran kepada umatnya dengan ancaman tidak akan masuk syurga kepada mereka yang mempunyai diri-ciri berikut:

a. Orang yang menipu

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِي مَنۡ هُوَ مُسۡرِفٞ كَذَّابٞ ٢٨

Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi penipu (al-Ghafir: 28).

b. Orang yang bakhil

عَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ أَبِي بَكْرٍ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ لَيْسَ لِي مِنْ بَيْتِي إِلَّا مَا أَدْخَلَ عَلَيَّ الزُّبَيْرُ أَفَأُعْطِي قَالَ نَعَمْ وَلَا تُوكِي فَيُوكَى عَلَيْكِ يَقُولُ لَا تُحْصِي فَيُحْصَى عَلَيْكِ

Daripada Asma' binti Abu Bakar RA ia berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tidak memiliki sesuatu kecuali apa yang diberikan oleh Zubair kepadaku, apakah aku harus bersedekah dengannya?" Nabi menjawab: "Ya, dan janganlah engkau bakhil, maka Allah akan bakhil kepadamu. (Sunan Tirmidzi No: 1883) Status: Hadis Hasan Sahih.

c. Orang yang s**a mengungkit-ungkit pemberiannya

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُم بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan mengungkit-ungkit dan menyakiti (perasaan si penerima).” (QS. Al-Baqarah: 264).

d. Pemimpin yang berperangai buruk (pemimpin yang menjauhkan rakyat daripada kehidupan yang sejahtera)

Jadilah kita pemimpin yang benar-benar mengutamakan rakyat di bawah. Janganlah kerana kepentingan kedudukan dan pangkat, kita sanggup menyusahkan rakyat.

2. Orang yang pertama kali akan masuk syurga adalah hamba yang taat kepada Allah dan kepada tuannya (majikannya).









05/03/2020

Sahabat
Sesungguhnya aku tidak berkata-kata,
Tetapi tidak semestinya aku diam segala.

Aku hanya temanmu,
ada kalanya jadi tidak menentu
Namun aku adalah aku
Sahabatmu yang tidak punya apa-apa
kehebatan dan kekuasaan.

Sahabat,
Sekiranya aku terjatuh, sambutlah aku,
Sekiranya aku tersesat, jadilah jurumudiku,
Sekiranya aku terlanjur, maafkan sajalah aku.

Memang adat manusia
alpa untuk berterima kasih
dan alpa untuk mengenang jasa.
Namun sahabatku,
Janjimu tetap janjiku,
Nasihatmu akan ku dengari,
Dan akan ku simpan disanubariku.

Usah risau, usah gundah
Akan kita teruskan
Persahabatan ini
Hingga ke akhir hayat.









03/03/2020

Berapakah suhu tempat anda hari ini? Panas sungguh sekarang ini dan ia dijangka berterusan sehingga hujung Mac 2020x

Sekiranya suhu panas berterusan selama 3-5 hari AMARAN PERTAMA akan dikeluarkan dimana anda anda perlu:

- Tangguhkan aktiviti luar, aktiviti kokurikulum, gotong royong
- Minum banyak air
- Elakkan minum kopi
- Mandi dengan merap
- Duduk dalam tempat teduh
- Guna payung, topi
- Pakai pakaian longgar

Dapatkan rawatan jika tidak sihat.

Sumber: Public Health Malaysia









19/02/2020

kalau kita fikir dengan menjauhkan diri dari orang-orang tertentu tu yang buat kita tenang , maka silaplah cara kita berfikir . hati hanya akan tenang jika sentiasa mengingati Allah .

tapi macam mana hati nak ingat kat Allah , kalau tak boleh memaafkan orang lain , kalau asyik menyalahkan orang lain , kalau terlalu bersangka buruk dengan orang lain ?

bukankah selain habluminallah , habluminannas juga penting ? maka janganlah salahkan orang lain atas ketidaktenangan diri yang dialami .

muhasabah diri sendiri : sudahkah cukup baik hingga perlu melabel orang sebagai pembawa masalah ?









16/02/2020

KUNCI UNTUK DAPAT HATI SENANG & JIWA TENANG

1. TIDAK MEMBENCI
Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah padamu.

2. TIDAK MERUNGUT
Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakkan doa.

3. BERSEDERHANA
Hidup sederhana walaupun kamu ada kedudukan tinggi dan berharta.

4. BERSANGKA BAIK
Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa di timpa ujian.

5. SELALU SENYUM
Senyumlah walaupun hati terluka.

6. SELALU MEMBERI
Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya..

7. DOA TANPA PENGETAHUAN MEREKA
Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya...

8. TIDAK BERDENGKI & IRI HATI
Jangan berdengki dengan kejayaan teman-teman anda, berdoalah semoga anda jua berjaya sepertinya...jika anda dengki dengan mengaibkan dia..ingtlah segala
amal baik anda pasti hangus..Kerana Allah tak terima amal Kebajikan orang yang Berhasad dengki..

9. MUDAH MEMAAFKAN
Jangan merasa liat dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain kerana terdapat kemuliaan dan ketenangan didalam memaafkan

10. HINDARI PERMUSUHAN
Jangan menganggap orang yang tidak sependapat sebagai lawan namun dia adalah kawan anda.






Ajak kawan kawan like page kami.
05/06/2016

Ajak kawan kawan like page kami.

Jom like page ni kawan kawan !
01/06/2016

Jom like page ni kawan kawan !

Address

Rantau Panjang
17009

Opening Hours

Monday 09:30 - 22:00
Tuesday 09:30 - 22:00
Wednesday 09:30 - 22:00
Thursday 09:30 - 22:00
Friday 09:30 - 22:00
Saturday 09:30 - 22:00
Sunday 09:30 - 22:00

Telephone

019-2379050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RantauPanjang.Com posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to RantauPanjang.Com:

Share