19/12/2025
Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) menggesa Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi yang baharu dilantik, Adam Adli Abdul Halim, supaya tidak melupakan tuntutan reformasi pendidikan tinggi yang pernah diperjuangkannya ketika aktif sebagai aktivis mahasiswa.
Dalam satu kenyataan, hari ini, Umany menegaskan Adam Adli perlu mengambil langkah tegas dalam kedudukannya di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) serta melaksanakn pendidikan tinggi percuma.
“Adam Adli merupakan tokoh penting aktivis mahasiswa. Sepanjang penglibatannya dalam aktivisme, beliau secara terbuka menentang Auku dan memperjuangkan sistem pendidikan tinggi yang lebih demokratik.
“Auku digubal untuk menyekat kebebasan dan autonomi mahasiswa. Sejarah membuktikan semasa Pilihan Raya Umum 1969, kelantangan suara mahasiswa memberi tekanan kepada kerajaan sehingga menyumbang kepada kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat."
Berita penuh: https://mk.my/4lgvmEx