14/12/2023
"Pulangan hasil royalti kepada KDA FC berdasarkan penggunaan talian OneXOX setakat ini adalah RM37,869.92...."
KDA FC & ONEXOX BEKERJASAMA MELALUI TAWARAN PELAN EDISI SANG KENARI, INISIATIF SUNTIK DANA KELAB
Antara inisiatif XOX bersama KDA FC bermula musim 2023 adalah dengan pengendorsan produk Pelan Edisi Sang Kenari, penggunaan perkhidmatan talian OneXOX 5G, secara tidak langsung menjana pendapatan melalui perkongsian royalti setiap kali pembayaran dibuat untuk menggunakan talian tersebut.
Kerjasama yang melibatkan pengendorsan produk selama 3 tahun, setakat ini telah mencapai tempoh kontrak 12 bulan pertama di pasaran, sebanyak 15,256 pengaktifan pelanggan dibuat di seluruh negara.
Pulangan hasil royalti kepada KDA FC berdasarkan penggunaan talian OneXOX setakat ini adalah RM37,869.92.
Jika dilihat dari maklumbalas penyokong Sang Kenari, ini adalah salah satunya cara untuk setiap penyokong menyumbang kepada pendanaan sumber pendapatan KDA FC melalui penggunaan pelan simkad OneXOX Edisi Sang Kenari dan jika sasaran atau hasrat pengurusan untuk meningkatkan bilangan pengguna tercapai, iaitu setiap penyokong 'port-in' atau daftar talian OneXOX Pelan Khas ini, tidak mustahil 50% perbelanjaan kelab setiap bulan dapat ditampung hanya dari sumber royalti produk ini.
Dengan asas sokongan kuat kepada kelab bola sepak seperti Kedah, KDA FC menyarankan agar semua penyokong dapat mengambil inisiatif dan peluang ini untuk menyumbang kepada kelab menerusi perbelanjaan bulanan menggunakan talian OneXOX Pelan Edisi Sang Kenari.
Bayangkan jika 1 juta pelanggan menggunakan talian OneXOX Pelan Edisi Sang Kenari! InsyaAllah sumber pendapatan lebih stabil buat kelab!
Di era penswastaan yang begitu mencabar, KDA FC amat berharap setiap usaha disambut dengan langkah positif, dapatkan pelan edisi Sang Kenari di kedai telefon berdekatan anda!
Ingat OneXOX, ingat pelan edisi Sang Kenari!
Dapatkan dari sini : wasap.my/60179156891/KDAFC
Daftar serta belian online : https://xox.com.my/onlinestore/dealer.php?dlr=DYSD47863