AMpire

AMpire BMTH ENTERPRISE CT0112206-D

AMpire is the place where we take a good care of your Fishing Reel.

24/09/2025

DRAG PLATE MODIFY ?

Mesti korang pernah jumpa atau korang sendiri mengeluh dengan Drag 21 Shimano Scorpion DC 151 ni kan ?

Yelah drag nya cair terok, dah la mahal drag problem p**ak, reel ni problem ke ?

Jawapannya tak, reel helok gais, DC module yg stable, compact body, gearset brass, nak apa lagi ?

Cuma drag sistem je problem sikit tapi takpe, kite boleh adjust bagi normal semula.

Jom tengok video ni, lepas ni korang da tahu nak buat apa kan ?



12/08/2025
26/04/2025

AMpire Sharing

Last step lepas korang bilas reel

Bende mudah ja, nak follow atau tak je betul tak ?

Nak ikut ? boleh je, pejamkan mata bayangkan muka saya.


AMpire Sharing5 SALAH FAHAM ANGLER TENTANG REELAngler dan Reel berpisah tiada, ramai Angler mempunyai persepsi masing-ma...
31/07/2024

AMpire Sharing

5 SALAH FAHAM ANGLER TENTANG REEL

Angler dan Reel berpisah tiada, ramai Angler mempunyai persepsi masing-masing terhadap reel, tetapi bukan semua persepsi adalah betul, ada yang kurang tepat atau tak betul.

Disini AMpire senaraikan 5 salah faham Angler tentang Reel.

1: NAK LONG-CAST PERLU TUKAR CERAMIC BEARING
- Ramai Angler s**a untuk tukar ceramic bearing kerana bagi mereka ceramic bearing mampu membuat long-casting, tapi tahukah anda jika buat penukaran ceramic bearing, anda takdapat perbezaan yang banyak ?

- Sebab untuk casting, kita perlukan sedikit tension pada spool dari tension k**b dan braking untuk mengawal kelajuan cast, lagi kuat tangan kita casting, lagi kuat tension diperlukan, kerana makin tinggi kelajuan spool, makin banyak braking diperlukan, jika tak, reel akan backlash atau bird nest.

- Jadi jika kita tukar pada ceramic bearing sekalipun, kita tetap perlu setkan tension k**b dan braking pada tahap yang sesuai dengan style casting kita.

- Mungkin ada daripada anda pandai mengawal kelajuan spool dengan jari, tetapi ramai ke yang pandai mengawal spool dengan jari ?

- Takdapat dinafikan, tetap ada perbezaan walaupum sedikit jika kita menukar pada ceramic bearing, apa-apa pun ianya atas pilihan anda.


Dapat sesuatu ?

Harap penulisan ini dapat berikan manfaat untuk Angler

Perlukan khidmat servicing reel dan consultant service secara professional ? Click link dibawah;

https://linktr.ee/ampire365


AMpire Daily Reminder Banyak perkara yang terjadi sepanjang hidup kita, ada manis ada juga pahitnya, jangan lah bila dah...
31/07/2024

AMpire Daily Reminder

Banyak perkara yang terjadi sepanjang hidup kita, ada manis ada juga pahitnya, jangan lah bila dah dapat yang manis, kita lari bila pahit menyapa.

Manusia yang terbaik adalah manusia yang bertanggungjawab atas apa yang dia lakukan, jadi jom ! Jadilah manusia yang berani menanggung pahit manis kehidupan.


AMpire SharingPAHIT MANIS DRAG CLICKER Part 2 KADANG-KADANG SESUAI, KADANG-KADANG TAKDRAG CLICKER SESUAI KALAUTARGET FIS...
30/07/2024

AMpire Sharing

PAHIT MANIS DRAG CLICKER

Part 2

KADANG-KADANG SESUAI, KADANG-KADANG TAK

DRAG CLICKER SESUAI KALAU

TARGET FISH BAWAH 2KG

Baik, kalau kita pakai Drag Clicker, Kekuatan Drag kita akan menurun, sebelum ini boleh kunci 3KG dengan mudah, lepas pasang Drag Clicker kekuatan akan menurun, kunci habis pun dalam lingkungan 3.5KG sahaja.

Tapi kalau target fish kita ikan bawah 2KG, dah tentu kita pakai set finnese atau set UL betul? Tali pun takbesar dalam lingkungan 8-15LB je, jadi takperlu kita kunci kuat, paling kuat kita akan kunci 2KG sahaja.

Kalau kita pakai Drag Clicker pun takde masalah disini, masih under control. Setuju ?

DRAG CLICKER TAK SESUAI KALAU

TARGET FISH ATAS 3KG

Kalau Target Fish kita besar bas, nak pump Toman 4-5KG contohnya, tali yang kita guna dalam lingkungan 20-40LB, jadi kita perlu set kan drag pada kadar yang bersesuaian dengan Target Fish dan Set equipment kita.

Kebiasaannya kita akan set Drag dalam lingkungan 3KG-4KG, kalau reel kita hanya mampu hasilkan 2-3KG je, mana mungkin kita boleh handle ikan yang besar, kebiasaannya kita akan hadap masalah Drag Cair p**a, lagi pening nanti.

Jadi disini kita dah jelas, kadangkala penggunaan komponen/part aftermarket sesuai dengan kita dan kadangkala tak perlu, dan akan menyusahkan kita nanti.

Harap penulisan ini bermanfaat dan menjadi panduan semua.

Perlukan khidmat reel servicing dan consultant service secara professional ? Click link dibawah;

https://linktr.ee/ampire365


AMpire Daily Reminder Dalam hidup, kadangkala kita rakus dalam membuat keputusan, darah pahlawan membara, kita tetap mah...
30/07/2024

AMpire Daily Reminder

Dalam hidup, kadangkala kita rakus dalam membuat keputusan, darah pahlawan membara, kita tetap mahu teruskan walaupun kita sendiri tahu ia adalah mustahil bagi kita untuk mencapainya.

Set goal yang boleh kita capai, yang boleh kita fikirkan dek akal, jangan over dream, banyak lagi perkara dalam kemampuan kita yang boleh kita capai, fikirkan.


AMpire Sharing PAHIT MANIS DRAG CLICKER PART 1Mesti ramai Anglers s**a dengan feature Drag Clicker betul tak ? Bila stri...
29/07/2024

AMpire Sharing

PAHIT MANIS DRAG CLICKER

PART 1

Mesti ramai Anglers s**a dengan feature Drag Clicker betul tak ? Bila strike memang enjoy dan excited bila reel berlagu kan ?

APA ITU DRAG CLICKER ?

Drag Clicker adalah satu komponen support dalam reel kita berfungsi sebagai alarm apabila drag berfungsi.

Sekarang, dengan permintaan Anglers, ada pihak yang mengeluarkan Komponen Drag Clicker Aftermarket, jadi jangan bimbang jika Shimano Metanium anda tiada Drag Clicker.

Tapi, Drag Clicker juga ada risiko untuk Angler.

APA RISIKO DRAG CLICKER ?

1: DRAG PERFORMANCE
- Kebanyakkan jenis Reel yang mempunyai feature Drag Clicker akan hadap satu side effect pada Drag Performance.

- Ini berpunca dengan Komponen Drag Clicker yang perlu duduk dalam Main Gear, dalam masa yang sama Drag Washer juga perlu duduk dalam ruang Main Gear. Jadi drag washer perlu dikecilkan saiznya untuk memuatkan komponen drag clicker.

- Jadi, sedikit sebanyak nilai drag akan terganggu kerana pengurangan torque secara mendadak pada sistem drag.

-Jika reel sebelum ini dapat hasilkan 5KG drag, tak mustahil akan ada penurunan 0.5 ke 1.5 kg bergantung kepada beza Drag washer asal dan washer yang baru.

2: COMPONENT COMPROMISE
- Jika pemasangan yang tidak kemas, contohnya Clicker Ring atau Top Plate boleh jadi risiko kerosakan pada reel.

- Clicker juga boleh patah akibat hard runs dan boleh tersangkut celah gearset.

Pendapat AMpire, ini bukan masalah utama jika kita faham dengan baik tentang drag clicker, ada situasi yang mana tiada masalah pun jika kita nak guna.

Jom next part

Harap penulisan ini menjadi panduan Angler semua

Perlukan khidmat reel servicing dan consultant reel secara professional ? Click link dibawah;

https://linktr.ee/ampire365


AMpire Daily Reminder Sedih itu harus dalam agama, tetapi janganlah meratap kesedihan sehingga murung, jangan buang masa...
29/07/2024

AMpire Daily Reminder

Sedih itu harus dalam agama, tetapi janganlah meratap kesedihan sehingga murung, jangan buang masa dengan sedih.

Tenangkan hati dengan cara fikirkan sesuatu yang boleh buat kita gembira. Positive vibe akan datang pada kita.


AMpire SharingPART 2: DESIGN DRAGDesign sesebuah reel memainkan peranan yang penting untuk dapatkan performance yang opt...
28/07/2024

AMpire Sharing

PART 2: DESIGN DRAG

Design sesebuah reel memainkan peranan yang penting untuk dapatkan performance yang optimum, penting atau tidak mari nilaikan sendiri.

DRAG DESIGN

Drag umpama maruah sesebuah reel, of course nilai drag yang akan digunakan bergantung pada game yang dimainkan, sebagai contoh, reel hanya mampu hasilkan nilai maximum 3kg tapi nak jigging dekat Port Dickson, sesuai atau tidak ? semestinya tidak !

TAPI DALAM KOTAK TULIS 5KG, KENAPA BILA TEST HANYA DAPAT 4KG ?

Sedikit kesilapan kita, kita salah tafsir apa yang manufacture nyatakan pada kotak/manual, apa yang dinyatakan hanyalah guide untuk Angler, apa pun jadi, jangan test drag lebih dari 5KG, Bukan semua reel mampu hasilkan nilai drag yang dinyatakan pada kotak.

DESIGN SISTEM DRAG

Drag bekerja berlandaskan fakta Physics, Design yang baik akan menghasilkan Torque yang baik, ini fakta.

TORQUE = Radius x Force / TORQUE = Jarak x Daya

Jadi jika JARAK terlalu kecil atau DAYA terlalu lemah, Reel takkan mampu untuk dapatkan Torque yang baik, Sebagai Contoh ?

Saiz Top Drag Plate terlalu kecil, jarak antara center to outer diameter terlalu kecil, kita perlu ketatkan lebih untuk dapatkan Torque yang baik, contoh mudah kita cuba alihkan tombol pintu pada jarak yang paling rapat dengan engsel, kita perlu guna tenaga yang tinggi untuk gerakkan pintu.

Yes, bukan itu sahaja, ratio, material drag washer, bilangan drag washer perlu diambil kira, tapi secara general, ini lah fakta :)

Ini adalah pengetahuan secara general tentang cara kita lihat pada Drag Sistem, ada beberapa perkara lagi perlu dititik beratkan untuk dapatkan Torque yang baik. Beberapa perkara tu AMpire boleh selesaikan, yang kami takdapat selesaikan kalau Design itu sendiri menghalang reel untuk dapatkan performance yang baik.

Harap membantu Angler untuk dapatkan reel yang sesuai.

Perlukan khidmat servicing reel/konsultan reel secara professional ?
Click link dibawah;

https://linktr.ee/ampire365


AMpire Daily Reminder Sabar adalah Keypoint paling agung sehinggakan Nabi Muhammad juga menekankan kesabaran itu adalah ...
28/07/2024

AMpire Daily Reminder

Sabar adalah Keypoint paling agung sehinggakan Nabi Muhammad juga menekankan kesabaran itu adalah sebahagian daripada Iman.

Kejayaan akan datang, lambat atau cepat sahaja, jangan kalah dengan tekanan, jika bukan hari ini, esok lusa mungkin kejayaan milik kita.


AMpire FishingTAKPERLU BILAS ? LAP SAHAJA ? BACA NI DULUMemancing di laut atau di kolam air masin adalah kebiasaan pada ...
27/07/2024

AMpire Fishing

TAKPERLU BILAS ? LAP SAHAJA ? BACA NI DULU

Memancing di laut atau di kolam air masin adalah kebiasaan pada Angler, kita semua tahu, tapi takperlu bilas reel ? anda pasti itu maintainance reel yang betul ? dan bilas reel menggunakan air tawar akan merosakkan reel ?

Mari AMpire terangkan secara detail bagaimana proses Corrosion terjadi

Corrosion akan terjadi JIKA 3 perkara ini terjadi, iaitu;

1: Mempunyai komponen Metal, Air Masin(Sodium & Chloride) dan Oxygen.
2: Air Masin menyentuh Komponen Metal(Aluminium, Brass, Stainless Steel dan Steel.
3: Masa yang mencukupi.

Jika cukup ketiga-tiga syarat ini, proses kimia yang dinamakan Oxidation akan berlaku dan corrosion akan terjadi.

Baik, Jika kita tidak membilas reel dengan air tawar atau hanya lap sahaja menggunakan kain yang basah, sebetulnya ia akan membersihkan reel anda, TETAPI takcukup baik.

KENAPA ?

Ini kerana dengan hanya lap menggunakan kain yang basah, tidak semua tempat akan dibersihkan dari air masin.

Mari kami terangkan secara mendalam.

Air adalah bersifat cecair, dan cecair seperti kita tahu boleh menyelusup dicelahan kecil pada reel, terdapat banyak tempat yang mempunyai celahan kecil pada reel, antaranya;

1: Celahan kepala Screw.
2: Celahan Tension K**b(Thread).
3: Celahan Star Drag.
4: Celahan K**b pada Handle
5: Celahan lubang line guide
6: Celahan Frame(Specific pada area Reel Seat dan kawasan sekitarnya)
7: Celahan lekukan body pada bahagian braking(jika ada)
8: Celahan lekukan/lubang pada Handle
9: Celahan sambungan antara Side Plate dan Frame
10: Celahan kiri dan kanan thumb bar
11: Dan lain-lain lagi.

Ya, kita boleh menggunakan Cotton Bud untuk membersihkan bahagian-bahagian tersebut tetapi betapa yakinnya kita akan membersihkan setiap kesan air masin ?

Bahagian dalam reel adalah tugas kami sebagai pomen untuk membersihkan, kita bercerita tentang bahagian luaran reel sahaja.

Bilas reel secara ringkasnya takkan merosakkan reel, ya air akan masuk dalam reel, tetapi tidak akan merosakkan reel JIKA kita service reel mengikut waktu dan kekerapan menggunakannya di air masin.

Jika air masuk, dan bercampur dengan air masin, jadi ? apa salahnya ? salah satu step selepas bilas adalah goncangkan reel untuk mengeluarkan air pada bahagian lubang di bawah reel(BC). Sekurang-kurangnya air masin di dalam reel sedikit sebanyak akan ditawarkan dengan air tawar(air paip).

Ramai antara kita skip TIGA step selepas membilas reel, iaitu;

1: Keluarkan Spool dan bersihkan spool shaft
2: Minyakkan spool shaft dan spool bearing.
3: Keluarkan Tension K**b dan minyakkan spool bearing(Jika ada)

Dengan cara ini, reel anda akan sentiasa berada dalam keadaan optimum.

Jadi anda masih tak mahu bilas reel selepas memancing di air masin ?

Harap penulisan ini dapat berikan manfaat untuk Angler

Perlukan khidmat servicing reel dan consultant service secara professional ? Click link dibawah;

https://linktr.ee/ampire365


Address

Rawang
48000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AMpire posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to AMpire:

Share