24/09/2022
RESEPI AYAM GORENG VIETNAM@ VIETNAMESE FRIED CHICKEN
MANIS,MASIN,PEDAS,RAPUH DAN SEDAP disetiap gigitan ayam membuatkan susah untuk berenti apabila memakannya.ianya sesuai dimakan bersama sos dan nasi.
PERINGATAN=ianya masin bukan kerana garam,tetapi kerana sos ikan Yang mempunyai rasa tersendiri dan memberi keseimbangan rasa pada masakan tersebut.
BAHAN@INGREDIENTS
1 kilo kepak ayam
1½ cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
6 ulas bawang putih(dicincang)&(digoreng)
daun ketumbar (2 sudu besar dicincang)
Minyak masak(secukupnya mengoreng ayam)
BAHAN PERAPAN@MARINADE
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil(Pes bawang putih@serbuk bawang putih)
1 kiub ayam
1 sudu kecil serbuk lada putih
BAHAN SOS MANIS MASIN@SWEET SALTY SAUCE
3 sudu besar sos ikan
2½ sudu besar gula
2 sudu besar jus limau@lime juice
3 batang cili padi merah(dipotong)
CARA PENYEDIAAN DAN MEMASAK
1)didalam bekas@mangkuk besar,masukkan ayam Dan bahan perapan.Gaul sebati Dan perapkan sekurangnya 30 minit.
2)untuk memasak SOS MANIS MASIN@SWEET SALTY SAUCE,sediakan periuk kecil Dan masukkan bahan2 sos tadi Dan panaskan diatas api sehingga gula larut Dan sejukkan ketepi.
3)panaskan minyak didalam kuali besar,letakkan chopstick atau kayu Lidi do tengah2.Apabila minyak Sudah mengelembung atau berbuih dipermukaan kayu Lidi tadi,bermakna minyak sudah panas dengan sempurna.
4)sementara itu,sediakan mangkuk besar,masukkan tepung Dan baking powder,dan salutkan ayam bersama tepung tadi satu persatu.
Kemudian,masukkan ayam tadi kedalam minyak panas.Goreng Kan selama 15 minit atau sehingga ayam menjadi keemasan.
5)kemudian angkat ayam Yang digoreng tadi Dan biarkan rehat seketika.
6)didalam minyak Yang betul-betul panas tadi,masukkan semula ayam Dan gorengkan Lagi 2-3 minit.tujuannya agar ayam lebih rapuh@crunchy diluar Dan lebih warna keperangan .angkat Dan tapiskan ayam tadi pada tisu.
7)akhir sekali,sediakan bekas masukkan ayam Yang telah digoreng keemasan tadi,bawang putih Yang telah digoreng,daun ketumbar Yang dihiris Dan Tuangkan SOS MANIS MASIN pada ayam tadi.
Gaul rata atau sebati Dan boleh dihidangkan.
Kredit: Nurul Ateekah (MAHN)