Solar Light Trap

Solar Light Trap Original Solar Light Trap (Sejak 2010)

Sekitar program yg kami sertai sebagai pempamer diπŸ’’ SESI TAKLIMAT PENGURUSAN PEROSAKULAT PENGOREK BATANG PADI πŸ’’ Tarikh :...
22/04/2026

Sekitar program yg kami sertai sebagai pempamer di

πŸ’’ SESI TAKLIMAT PENGURUSAN PEROSAK
ULAT PENGOREK BATANG PADI πŸ’’

Tarikh : 21 April 2026 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi
Lokasi : Balai Raya Parit 12 Timur

Di kesempatan ini kami dapat berkongsi dan memperkenalkan Teknologi & Inovasi Cahaya yg terdapat pada mentol unik kami.

Penggunaan Solar Light Trap dapat memberi bayangan awal terhadap ancaman dan kemaraan Serangga Perosak. Maklumat ini membolehkan Pesawah atau pihak berkenaan merangka tindakan yg sesuai dalam mendepani serangan yg sedang atau bakal dihadapi.

Alatan ini terbukti ampuh sebagai antara elemen perlu di dalam Program Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM).

Ia bukan menidakkan penggunaan Racun Kimia atau Organik, tetapi membolehkan pemilihan dan pemakaian kawalan yg sesuai dengan ancaman.!
Ribuan terima kasih kepada pihak Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Selangor Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian Malaysia dan IADA Barat Laut Selangor atas kesudian menjemput pihak kami.


Kerja-kerja mengambil sampel serangga yg terjebak di dalam botol Solar Light Trap oleh Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Sun...
22/12/2025

Kerja-kerja mengambil sampel serangga yg terjebak di dalam botol Solar Light Trap oleh Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Sungai Burung bersama kumpulan pesawah di Blok IPM F08 Sungai Panjang.

Pengambilan sampel pada hari ini 22/12/2025 adalah kali ke-3 bagi penanaman padi Musim 02/2025.

Untuk rekod, usia tanaman Padi pada ketika ini adalah antara 65-75 HLT.


22/12/2025

Pengambilan sampel serangga yg terjebak di dalam botol Solar Light Trap bersama pesawah Blok IPM F08 Sungai Panjang dan Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Sungai Burung

Penjual beretika, pengguna sejahtera.! βœ…
06/11/2025

Penjual beretika, pengguna sejahtera.! βœ…

Kawalan biarlah kena dgn ancaman.
06/11/2025

Kawalan biarlah kena dgn ancaman.

🌾 Sukat Dulu, Baru Sembur! β€” Amalan Betul Elak Pembaziran dan Lindungi Tanah Sawah

06/11/2025
πŸ”°πŸ’‘Perangkap Cahaya Solar (Solar Light Trap) πŸ’‘πŸ”°1️⃣ Digunakan sebagai alat prognosis untuk meramalkan populasi serangga pe...
26/10/2025

πŸ”°πŸ’‘Perangkap Cahaya Solar (Solar Light Trap) πŸ’‘πŸ”°

1️⃣ Digunakan sebagai alat prognosis untuk meramalkan populasi serangga perosak di kawasan penanaman Padi.

2️⃣ lanya menggunakan teknologi pemanipulasian Spektrum Cahaya Tampak (Visible Light Spectrum) untuk menjebak dengan tujuan mengesan Serangga Perosak dan juga Musuh Semulajadi (MSJ).

3️⃣ Dipasang selama 2-3 jam pada setiap malam. Serangga yang terjebak seterusnya disedut masuk oleh kipas ekzos dan jatuh terperangkap di dalam botol yang disediakan.

4️⃣ Jebakan ini memberi maklumat umum tentang kelimpahan dan aktiviti serangga yang berguna untuk Pesawah merancang program Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) yang berkesan.

..



23/10/2025

Semoga sejahtera buat semua.. Biiznillah βœ…

PENGURUSAN PEROSAK BERSEPADU (PPB)INTEGRATED PEST MANAGEMENT (IPM)➑️ DEFINISIPengurusan Perosak Bersepadu (IPM) ialah sa...
18/10/2025

PENGURUSAN PEROSAK BERSEPADU (PPB)
INTEGRATED PEST MANAGEMENT (IPM)

➑️ DEFINISI

Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) ialah satu pendekatan mampan dalam mengawal perosak dengan menggabungkan kaedah biologi, budaya, mekanikal, dan kimia.
Matlamatnya adalah untuk meminimumkan kerosakan tanaman sambil mengurangkan kesan terhadap alam sekitar, risiko kepada kesihatan manusia, dan kos pengeluaran.

➑️ OBJEKTIF IPM

1. Mengurangkan populasi perosak kepada tahap ekonomi yang boleh diterima.

2. Meminimumkan penggunaan racun perosak dan mengelakkan rintangan perosak terhadap racun.

3. Melindungi organisma berfaedah seperti pendebunga dan pemangsa semula jadi.

4. Memastikan kemampanan pertanian dalam jangka masa panjang.

πŸ”† LANGKAH-LANGKAH UTAMA DALAM IPM πŸ”†

1. Pengenalpastian Perosak – Mengenal pasti perosak dengan tepat bagi memilih strategi kawalan yang sesuai.

2. Pemantauan (Monitoring) – Memeriksa kawasan tanaman secara berkala untuk menilai populasi perosak.

3. Penetapan Ambang Tindakan (Action Threshold) – Menentukan tahap serangan perosak yang memerlukan tindakan kawalan.

4. Pelaksanaan Kaedah Kawalan – Memilih kaedah kawalan yang paling berkesan dan mesra alam.

5. Penilaian (Evaluation) – Menilai keberkesanan langkah kawalan yang telah diambil.

πŸ”† KAEDAH UTAMA DALAM IPM πŸ”†

1️⃣ KAWALAN KULTURA (CULTURAL CONTROL)

Amalan yang mencegah pembiakan dan penetapan perosak:

Penggiliran tanaman (crop rotation)

Penanaman campuran (intercropping)

Pemilihan varieti tanaman yang tahan perosak

Pengurusan air dan nutrien yang betul

Menyemai dan menuai pada masa yang sesuai

2️⃣ KAWALAN MEKANIKAL & FIZIKAL (MECHANICAL & PHYSICAL CONTROL)

Menggunakan batasan fizikal atau kaedah manual untuk mengurangkan perosak:

Memungut serangga secara manual

Penggunaan perangkap dan sekatan

Solarization – menggunakan haba matahari untuk mematikan perosak tanah

Penggunaan jaring pelindung tanaman

3️⃣ KAWALAN BIOLOGI (BIOLOGICAL CONTROL)

Menggunakan musuh semula jadi bagi mengawal perosak:

Pemangsa – Contohnya, kumbang ladybird memakan afid.

Parasitoid – Contohnya, tebuan kecil (Trichogramma) yang bertelur di dalam badan perosak.

Patogen – Cendawan, bakteria, atau virus yang membunuh perosak (contoh: Bacillus thuringiensis).

4️⃣ KAWALAN KIMIA (CHEMICAL CONTROL)

Menggunakan racun perosak hanya apabila perlu dan pada kadar yang sesuai.

Penyemburan secara terpilih (selektif/spesifik) bagi mengurangkan kesan terhadap organisma berfaedah.

Gilirkan jenis racun untuk mengelakkan rintangan perosak.

πŸ”° KELEBIHAN IPM πŸ”°

Mengurangkan penggunaan racun kimia sehingga 50% atau lebih.

Melindungi kesuburan tanah dan kepelbagaian biologi.

Lebih selamat untuk petani, pengguna, dan alam sekitar.

Menjimatkan kos dalam jangka panjang.

Mencegah kemunculan β€œsuper perosak” akibat rintangan terhadap racun.

---

πŸ”° CABARAN DALAM IPM πŸ”°

Memerlukan pengetahuan dan latihan kepada petani.

Kos permulaan mungkin lebih tinggi.

Kawalan biologi mengambil masa untuk menunjukkan kesan.

Perubahan cuaca dan iklim boleh mempengaruhi tingkah laku perosak.

πŸ”° CONTOH PELAKSANAAN IPM DALAM PENANAMAN KAPAS πŸ”°

Menggunakan tebuan Trichogramma untuk mengawal ulat pengorek buah (kaedah biologi).

Memasang perangkap feromon untuk memantau tahap perosak (kaedah mekanikal).

Mengamalkan putaran tanaman dengan kekacang untuk memutuskan kitaran hidup perosak (kaedah budaya).

Menyembur racun terpilih hanya apabila ambang perosak melebihi tahap kawalan (kaedah kimia).

-
-
-
-
-
-
-

KESIMPULAN βœ…βœ…βœ…

IPM bukan bertujuan untuk menghapuskan perosak sepenuhnya, tetapi mengurusnya dengan bijak dan berhemah.
Dengan menggabungkan pengetahuan tradisional dan sains moden, IPM menyokong pertanian mampan dan pengeluaran makanan yang selamat.

Data Raya (Big Data) punyai pengaruh besar dalam mengatasi Perosak dan Penyakit Tanaman dengan efisien.Revolusi Industri...
07/10/2025

Data Raya (Big Data) punyai pengaruh besar dalam mengatasi Perosak dan Penyakit Tanaman dengan efisien.

Revolusi Industri 4.0 dah lama digerakkan, masanya akan tiba utk semua Pengusaha Tanaman menikmati kebaikannya. Biiznillah

Jabatan Pertanian mengetuai usaha membangunkan ASEAN Pest Database Management System (APDMS) sebagai pangkalan data bersepadu untuk perkongsian maklumat saintifik dan teknikal berkaitan perosak tanaman antara negara anggota ASEAN, sekali gus memperkukuh tindakan pencegahan dan kawalan bagi melindungi hasil pertanian serta jaminan makanan rantau ini.
Petani juga mendapat manfaat melalui panduan teknikal yang lebih tepat hasil data saintifik ini, termasuk pengenalpastian simptom serangan dan kaedah kawalan berkesan, sekali gus mengurangkan kerugian hasil serta kos pengurusan ladang.

Baca artikel penuh di ruangan komen πŸ‘‡πŸ½

Address

B-17-1, Jalan Reef 1/2, Reef Business Centre
Rawang
48000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60379830036

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Solar Light Trap posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Solar Light Trap:

Share