Ato Nasik

Ato Nasik Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ato Nasik, In-Home Service, Bukit Beruntung, Rawang.

Sarapan apa pagi ni?Ato nasik berwajah baru.Nasik lemak rm2.50 kenyang nyandorπŸ˜‚πŸ˜‚
08/11/2017

Sarapan apa pagi ni?
Ato nasik berwajah baru.
Nasik lemak rm2.50 kenyang nyandorπŸ˜‚πŸ˜‚

Selamat petang semua, di sini saya nak kongsikan resepi dan cara-cara menyediakan nasi dagang Terengganu. Ilmu yang berm...
07/10/2017

Selamat petang semua, di sini saya nak kongsikan resepi dan cara-cara menyediakan nasi dagang Terengganu.

Ilmu yang bermanfaat eloklah kita kongsikan, betul tak? Lagikan resepi Google, apa ada hal kan?

Ok.

Nak menyediakan nasi dagang ni tidaklah semudah seperti kita menyuap dan mengunyah dengan nikmat aromanya!

Beras nak kena rendam 8 jam! Dah macam kerja opis la p**ak kan, tapi jangan rendam beras di pejabat p**a, bos marah nanti.

Dah rendam 8 jam, lepas tu nak buat apa? Dah boleh makan ke? Eh, jangan begitu, kalau ye pun lapar, kukus dulu beras tadi selama 20 minit, ye, 20 minit, bukan 2 minit macam rebus megi tau!

Lepas tu?

Lepas tu kena gaul beras dengan santan sehingga rata, kalau tak rata, tak jadi nasi dagang bro, jadi nasi lain!

Dah gaul sampai sebati, kukus lagi selama 20 minit. 20 minit lagi, ya tuhan, bila nak makan ni!!!

Ha, dah nampak kan? Rumit, itu baru nak sediakan nasinya sahaja, belum gulai ikannya lagi, belum acarnya lagi.

Tapi, hasilnya sangat puas hati.

So, kalau teringin nak makan nasi dagang terengganu, jangan malu order dengan kami di Ato Nasik ye!

www.wasap.my/60163116112/NasiDagang
www.wasap.my/60163116112/NasiDagang
www.wasap.my/60163116112/NasiDagang

# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #

Resepi Nasi Dagang Terengganu:
Bahan-bahan untuk Nasi: -

4 cawan beras Jati
1 cawan beras pulut
3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
1 sudu halba
2 ulas bawang merah
1/2 in halia

Cara cara :

1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok)
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
7. Boleh dihidangkan

Resepi Gulai Ikan Aya :

Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam..
Jangan buang air rebusan
* boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang s**a makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus
* lebih sedap guna Ikan Aya Hitam dari Ikan Aya Kurik

Bahan-bahan gulai :

1 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk jintan putih
2 hiris lengkuas (dikisar)
1 hiris halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
3 sudu cili mesin
1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih)
1 1/2 liter santan
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kerisik
4 keping asam keping
1/2 buku kecil gula melaka.
Sedikit Belacan
10 biji cili padi
sedikit garam

Cara-cara :

1. Masak Santan sehingga naik minyak.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka
3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi dan juga belacan.
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!

Resepi Acar Timun:-

Timun
Carrot
Cili Merah dan Bawang

- SEMUA dihiris memanjang

1 sudu gula
1 sudu garam
1 sudu cuka.

Cara-cara:

1. Gaul sebati dan dihidang.

Tak tahu nak sarapan apa esok pagi?Jom cuba menu kami.πŸ› Nasi Lemak Ikan TongkolπŸ› Nasi Minyak Ayam Masak MerahπŸ› Nasi Daga...
30/09/2017

Tak tahu nak sarapan apa esok pagi?
Jom cuba menu kami.

πŸ› Nasi Lemak Ikan Tongkol
πŸ› Nasi Minyak Ayam Masak Merah
πŸ› Nasi Dagang

Penghantaran terus ke tempat anda bermula seawal jam 7 pagi.

Minimum order 3 item, sejenis atau pelbagai.

Tiada caj penghantaran untuk kawasan Bandar Country Homes dan sekitar.

Untuk tempahan, boleh hubungi kami,

www.wasap.my/60163116112
www.wasap.my/60173116112
www.wasap.my/60163116112

22/09/2017

Bermula dengan 1 menu, NASI LEMAK IKAN TONGKOL, dengan izin Allah, dapat sambutan.

Oleh itu, kami ingin menambah lagi DUA menu nasi dari TERENGGANU.

1) NASI DAGANG dan
2) NASI MINYAK

Penghantaran dibuat terus ke tempat anda.

Hari:
Isnin hingga Jumaat ( cuti akan dimaklumkan )

Waktu:
7 pagi ( tempahan sebelum jam 10 malam hari sebelumnya )
5 petang ( tempahan sebelum jam 2 petang hari yang sama )
Tempahan awal sangat dialukan.

Minimum order:
3 bilangan, sejenis atau pelbagai.

Untuk tempahan, hubungi terus melalui WhatsApp πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

www.wasap.my/60163116112
www.wasap.my/60163116112
www.wasap.my/60163116112

22/09/2017

Salam Maal Hijrah 1439.

Alhamdulillah, dipermulaan tahun baru ini, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan NASI LEMAK IKAN TONGKOL yang tidak jemu menggunakan servis kami.

Terima kasih dari Hafiz dan Sue 🌹

Address

Bukit Beruntung
Rawang
48000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ato Nasik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share