Bam’an Char Kuey Teow

Bam’an Char Kuey Teow Sedap & Melekat

“Baman, minggu ni niaga tak? Orang rumah mengidam nak makan charkueytiow ni..” Minggu lepas tak niaga sebab bawak family...
24/09/2024

“Baman, minggu ni niaga tak? Orang rumah mengidam nak makan charkueytiow ni..”

Minggu lepas tak niaga sebab bawak family pergi bercuti kat PD. Ramai p**a yang tanya tak niaga ke? Rindu air tangan Baman katanya. Cewah 😆

Malam ni kembali beraksi di pasar malam saujana rawang. Ni tengah cari udang kat lotus rawang.

Biasa minggu gaji ni memang beratur customer. Ada yang cakap sedap macam charkueytiow Sg Dua kat penang tu.

Orang cakap lah haha..
Nak tau betul ke tak meh la cuba 😋

Berniaga jalanan ni memang banyak cabaran. Hujan, panas, takda orang, event terciduk sedangkan bayar tapak mahal. Tapi k...
22/05/2024

Berniaga jalanan ni memang banyak cabaran. Hujan, panas, takda orang, event terciduk sedangkan bayar tapak mahal.

Tapi kita sentiasa yakin dan positif je. Setiap ujian yang berlaku mesti ada rezeki yang nak datang. Macam ni silap-silap lepas ni ramai yang mencari kedai sup ni. Itulah hikmah ada rezeki disebalik ujian.

Hai semua. Hari ni charkuey teow Bam’an kembali beraksi Yeay! Haha..3 hari tak beraksi menggoreng rasa rindu p**ak.Seben...
21/05/2024

Hai semua. Hari ni charkuey teow Bam’an kembali beraksi Yeay! Haha..3 hari tak beraksi menggoreng rasa rindu p**ak.

Sebenarnya 2-3 hari ni terpaksa off sekejap ckt sebab ada komitmen nak buat personal coaching untuk ilmu TA saham dengan orang hebat.

Oleh kerana firstime buat secara offline p**ak tu, tu yang pecah kepala perah otak nak susun modul. Nebes betul den. Alhamdulillah semalam dah pun selesai sesi hari pertama.

So hari ni kembali ke jalanan semula lah. Penat otak dan badan, tapi happy sebab ada aktiviti yang boleh menjana sesuatu.

Moga kawan-kawan semua Allah permudahkan segala urusan ya.

Charkuey Teow Bam’an
“Sedap & Melekat”

Balik dari niaga di ukm semalam saya singgah shell dekat highway bangi arah ke kl. Baru je keluar kereta tiba-tiba ada s...
16/05/2024

Balik dari niaga di ukm semalam saya singgah shell dekat highway bangi arah ke kl. Baru je keluar kereta tiba-tiba ada sorang anak muda naik motor tahan saya.

Saya ingat dia nak tanya arah jalan ke apa, sebab nampak ada box grabf**d kat belakang seat motor dia.

Dia berhentikan motor, sebelah kereta saya.

“Bang bang, boleh tolong saya tak?”

“Tolong apa tu?” Saya balas. Saya fikir dia nak minta duit nak isi minyak ke apa.

“Ni ha saya ada niaga air botol pelbagai perisa..” sambil dia buka cover box kat belakang seat motor.

“Ada perisa latte, green tea, coffee & jagung. Kalau abg beli 1 botol RM 7, abang beli 3 botol cuma RM 20 je”

Saya tengok dia sambil senyum. Saya dah ada air minum kat dalam kereta sebenarnya.

“Saya niaga ni nak bantu keluarga cari duit lebih” sambung dia dengan nada bersungguh.

terus saya beli sebotol dan bagi dia lebih. Mulanya dia tolak sebab serba salah. Saya cakap simpan baki tu saya hadiah. Dia cakap terima kasih dengan air muka terharu.

Dia duduk bandar teknologi, kajang. Setiap hari ulang alik naik motor. Siang niaga air bawak dalam box tu, malam baru buat kerja penghantar makanan.

Walaupun saya terpaksa hadap jem panjang di highway sepanjang perjalanan tapi sikit pun tak terasa penat. Sedar-sedar saya dah sampai rawang pukul 7.30 malam.

Semangat luarbiasa anak muda tadi benar-benar memberi kesan pada jiwa saya. Kagum.

Alhamdulillah hari ni Bam’an buka gerai di UKM, bangi. Sempena Karnival Jom sihat. Tak sangka sambutan sungguh menggalak...
15/05/2024

Alhamdulillah hari ni Bam’an buka gerai di UKM, bangi. Sempena Karnival Jom sihat.

Tak sangka sambutan sungguh menggalakkan. Nak tercabut tangan goreng ckt tadi. Ni pun baru sempat nak update dekat FB.

Apa2 pun syukur sangat habis semua lauk hari ni. Udang, sotong, kerang, Ayam licin licau!

Ramai yang puji kata sedap. Alhamdulillah.

Kalau ada nak jemput Bam’an masuk event, majlis kahwin dan sebarang acara boleh picit link kat bawah

👉 www.wasap.my/60172154721/ckt


Terhibur rasa bila pelanggan bagi review jujur macam ni. Bukan nak angkat bakul ya haha.Saje nak share betapa Sedap & Me...
13/05/2024

Terhibur rasa bila pelanggan bagi review jujur macam ni. Bukan nak angkat bakul ya haha.

Saje nak share betapa Sedap & Melekatnya ckt Bam’an. Cheewah 😆

Ramai juga tanya kedai Bam’an kat area mana? Buat masa ni belum ada kedai lagi. Cuma gerai tepi jalan dulu untuk permulaan.

InshaAllah Bam’an tengah survey jugak mana-mana kedai / kiosk / foodcourt yang sesuai untuk CKT Bam’an.

Mohon kalian Doakan Bam’an ya. Terima kasih buat semua yang support kami yang baru nak bertapak ni.

Charkuey teow Bam’an
“Sedap & Melekat”

Nak Bam’an masak dekat majlis kenduri kahwin / event / program kalian.

Picit link ni sekarang 👉 www.wasap.my/60172154721/ckt

12/05/2024

Ya Allah jika hari ini adalah hari yang sukar buat ku, Kau permudahkanlah. Aku hanya mampu berusaha namun Engkaulah yang akan memberikan hasilnya. Aku yakin Engkau sentiasa mendengar rintihan HambaMu ini.

Terima kasih tuan Mohd Farid singgah gerai beli char kuey teow Bam’an. Jauh datang dari sungai buloh semata-mata nak men...
11/05/2024

Terima kasih tuan Mohd Farid singgah gerai beli char kuey teow Bam’an.

Jauh datang dari sungai buloh semata-mata nak mencuba kesedapan dan kemelekatan CKT Bam’an hahaha. Angkat bakul p**ak.

Sebenarnya kebetulan beliau ada urusan di bangi. Dah alang-alang tahu saya ada buka booth di Masjid UKM, bangi. Itu yang singgah.

Sekali beli 3 bungkus ckt Udang X kerang tadi. Harapnya sedap & melekat lah ya. 😁

Punya lah puan Siti Asmaa Mohamed buat gaya model dalam gambar ni, ada p**ak yang buat rosak gambar 🤦🏻‍♂️Geram je!
11/05/2024

Punya lah puan Siti Asmaa Mohamed buat gaya model dalam gambar ni, ada p**ak yang buat rosak gambar 🤦🏻‍♂️

Geram je!

Panas Lit-lit hari ini fuh! Tadi ada yang tanya, Bang..kenapa tagline CKT Bam’an ni sedap & melekat? Apa maksud melekat....
11/05/2024

Panas Lit-lit hari ini fuh! Tadi ada yang tanya,

Bang..kenapa tagline CKT Bam’an ni sedap & melekat? Apa maksud melekat..

Saya jawab; sedap tu setakat di mulut, tapi melekat tu di kepala. Tak boleh lupa dia punya sedap. Kalau tak percaya cuba lah! (Confident je jawab)

Terus adik tu beli 3 bungkus ckt special. Padu kan!? Hahaha.

Kalian yang tinggal di sekitar bangi jemput singgah ke gerai kami di Perkarangan Masjid Universiti, UKM Bangi. Dari 9 pagi hingga 11 malam.

Saya ditemani partner comel Siti Asmaa Mohamed. Cuti sekolah dia teman saya berniaga sebagai penyeri gerai kami. Hari biasa dia bantu uruskan anak-anak sekolah dan sebagainya.

Kalau ada yang kenal singgah nanti tegur-tegur lah ya.

Char Kuey Teow Bam’an
“Sedap & Melekat”

Nak buat tempahan majlis dan sebagainya boleh picit link disini = www.wasap.my/60172154721

Baru je setup tapak niaga tadi, tiba-tiba ada seorang pakcik dari jauh menjerit pada saya,“Bagi pakcik Char kuey teow ud...
09/05/2024

Baru je setup tapak niaga tadi, tiba-tiba ada seorang pakcik dari jauh menjerit pada saya,

“Bagi pakcik Char kuey teow udang 3”

Ok pakcik, saya jawab ringkas walaupun terkejut.

“Kau buat sedap-sedap tau, kalau sedap nanti pakcik datang beli lagi”

Baik-baik..Allah bagi sedap pakcik, saya melaung ke dia. Nasib dia tak terkejut hahaha.

Rupanya pakcik ni dari klang. Ziarah anak di Bandar Country Homes. Hebat aturan Allah kan? Rezeki tak pernah salah alamat, Alhamdulillah.

Char Kuey Teow Bam’an
“Sedap & Melekat”

Lepas ni senang nak suruh member belanja. Tunjuk muka je kalau nak bayar. Takda alasan takda cash atau HP takda line 🤣  ...
28/04/2024

Lepas ni senang nak suruh member belanja. Tunjuk muka je kalau nak bayar. Takda alasan takda cash atau HP takda line 🤣



’an

ZUS Coffee merupakan salah satu jenama minuman kopi yang pop**ar, dengan ratusan cawangan seluruh Malaysia. ZUS Coffee juga aktif melabur dalam arena digital selari perkembangan semasa, membawa kepada penawaran aplikasi yang menarik dan terhadapan berbanding beberapa kedai kopi lain.Terbaru,

Address

Bandar Country Homes
Rawang
48000

Telephone

+60172154721

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bam’an Char Kuey Teow posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share