06/12/2021
MASIHKAH KAU INGAT WAHAI SAHABAT PENYOKONG JDT ?
MASIHKAH KAU INGAT dari mula kebangkitan JDT 2013 sehingga kini JDT 2021 ?
Jika anda semua masih ingat pasti anda tidak lupa pada segala usaha keras dan perancangan DYAM Tunku Mahkota Johor yang kita kasihi dan hormati bagi seluruh penyokong JDT khasnya jasa Tunku Mahkota terhadap sukan bolasepak Negeri Johor .
Jangan kita mudah lupa dan jangan kita cepat melatah bila terjadi sesuatu hal . Di media sosial bukan tempat kita bertikam lidah sesama kita , jika tidak puashati apa kita gunakan saluran yang betul dan DYAM Tunku Mahkota Johor juga mudah untuk kita ajak berbincang dan meluahkan segala masalah .
InshaAllah segala pemasalahan akan ada jalan keluar yang terbaik .
Ingat pepatah lama " BULAT AIR KERANA PEMBETUNG , BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT "