19/08/2021
-ππ‘ππ’ π£ππ ππ¦ππ‘πππ‘-
>> Pemasangan STANDARD adalah PERCUMA dengan maksima kabel fibre sepanjang 50 meter (dalam kawasan rumah)
>> Jika dikenakan tambahan kabel fibre lebih dari 50 meter, maka pihak Kontraktor akan mengenakan Caj tambahan kabel minima RM10 semeter.
>> Jika pelanggan meminta pihak Kontraktor pemasangan untuk membuat kerja-kerja tambahan seperti, tebuk dinding, buat laluan kabel di atas siling, membuat laluan kabel di atas bumbung, membuat laluan kabel dalam tembok batu, memasang CASING pada kabel fibre, dan lain-lain kerja yang bukan dalam skop PEMASANGAN STANDARD, maka pelanggan akan dikenakan CAJ TAMBAHAN KERJA oleh pihak Kontraktor. Sila berbincang dengan pihak Kontraktor berkenaan kos tambahan ini.
>> Jika kabel sedia ada dalam rumah pelanggan didapati rosak, pihak kontraktor akan menggantikannya dengan kabel yang baru dengan caj yang berpatutan.
>> Bagi sesetengah bangunan Apartment / Kondominium / Pangsapuri, pemasangan STANDARD tidak dapat dilakukan disebabkan port fibre di RISER ROOM terletak jauh dari unit kediaman. Oleh itu berkemungkinan akan ada caj pemasangan dikenakan. Pihak Kontraktor akan datang dan berbincang dahulu dengan pelanggan berkenaan kos tersebut.
>> Sesetengah Pihak Pengurusan Bangunan / JMB ada menetapkan bayaran pemasangan jika pelanggan ingin buat pemasangan di rumah mereka. Caj ini bukan caj dari pihak TM, tapi biasanya ditetapkan oleh pihak pengurusan. Pelanggan dinasihatkan merujuk kepada pihak pengurusan masingΒ² berkenaan isu ini.