Malaysia Bebas Rokok

Malaysia Bebas Rokok Bebaskan diri anda daripada belenggu rokok dengan cara yang mudah iaitu kembali kepada fitrah anda.

04/10/2024

Nanti lah..

09/06/2016

bulan yang amat mujarab untuk berhenti merokok.

 Di Amerika Syarikat, 1 dari 5 kematian setiap tahun adalah disebabkan oleh rokok.Pilihlah untuk kembali kepada fitrah a...
18/01/2016



Di Amerika Syarikat, 1 dari 5 kematian setiap tahun adalah disebabkan oleh rokok.

Pilihlah untuk kembali kepada fitrah anda yang asal, pilih

**e

15/10/2015


Racun akibat juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kump**an enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

Ini menyebabkan sendiri perlu lebih berwaspada apabila menggunakan ubat-ubatan manakala pesakit atau individu yang mengambil ubat-ubatan, hendaklah berwaspada termasuk tidak mendekati orang merokok.
~ IKIM

07/10/2015


Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini p**a, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.
~ IKIM

05/10/2015


Kesan kerosakan dan penyempitan arteri akibat rokok, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.
~ IKIM

22/04/2015


Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.
~ IKIM

16/02/2015


Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.
~ IKIM

15/02/2015


Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.
~ IKIM

14/02/2015


Satu salah faham pop**ar yang berlaku ialah merokok dikaitkan dengan tingkah laku mencari idea atau mendapat ilham. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, disebabkan ketagihan nikotin, fikiran mereka yang merokok akan lebih terganggu jika tiada rokok. Justeru, prestasi, idea, ilham dan fikiran yang bernas seseorang itu akan menjadi lebih baik selepas berhenti dan bebas pengaruh rokok.
~ IKIM

13/02/2015


Prestasi seorang atlit atau pemain sukan akan meningkat selepas berhenti merokok. Ini kerana keupayaan fizikal dan mental kembali pulih kerana darah dapat bergabung dengan oksigen sepenuhnya, selain memperkayakan otak untuk berfikir dan otot lebih kuat tanpa pengaruh karbon monoksida.
~ IKIM

13/02/2015


Karbon monoksida p**a adalah gas yang menyebabkan bekalan oksigen ke tisu badan menjadi terencat. Ia boleh bergabung dengan sel darah merah dan mengurangkan keupayaan sel itu mengangkut oksigen ke seluruh tubuh, termasuk otak. Kajian sains menunjukkan kepayaan fizikal dan mental perokok terganggu akibat meningkatnya pengaruh karbon monoksida.
~ IKIM

Address

2C-2-11, Jalan Rawang Mutiara 3
Rawang
48000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysia Bebas Rokok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share