SHENviro Hall Sdn. Bhd.

Directions Website

SHENviro Hall Sdn. Bhd. SHENVIRO HALL SDN BHD., founded in 2007, associated to fulfill current demand on Environment, Health

5 Styles of Leadership 👥Every leader has a different way of leading. Some are more directive, some encourage team partic...
02/10/2026

5 Styles of Leadership 👥
Every leader has a different way of leading. Some are more directive, some encourage team participation, while others give their team more freedom and responsibility.
Discover the 5 common leadership styles:
🔴 Autocratic
🔵 Democratic
🟢 Transformational
🟣 Transactional
🟠 Laissez-Faire
Different leadership styles work best depending on the people, goals, and situation.
💡 Great leaders adapt their style based on people, goals, and situations.
Shenviro Hall Sdn Bhd
Knowledge Takes You Forward

30+ YEARS IN OSH — ONE NIGHT, REAL STORIES.Pernah terfikir macam mana perjalanan sebenar dalam bidang Occupational Safet...
30/09/2026

30+ YEARS IN OSH — ONE NIGHT, REAL STORIES.
Pernah terfikir macam mana perjalanan sebenar dalam bidang Occupational Safety & Health (OSH)?
Jom sertai Online Talk Series #1 – The Untold Story: My OSH Journey bersama Haji Mohd Zahruddin Ruskam, seorang pengamal OSH dengan pengalaman lebih 30 tahun.
Dengar sendiri perkongsian tentang:
- pengalaman sebenar di tempat kerja
- cabaran dalam kerjaya OSH
- pengalaman kemalangan
- kejayaan & kegagalan
- nasihat untuk generasi baharu OSH
📅 7 October 2026
🕗 8.00 PM – 10.00 PM
💻 Online Live Session
Real People. Real Experiences. Real Stories.
👉 Register here:
https://forms.gle/p72ju4qTgW6zKGaPA
📱 For enquiries / WhatsApp:
https://wa.link/wmxi3j
Same Passion. Different Stories.

Salam Takziah.Shenviro Hall Sdn. Bhd. merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti ...
28/09/2026

Salam Takziah.
Shenviro Hall Sdn. Bhd. merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa beliau serta menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah. 🤲🏻
Ikhlas daripada,
Shenviro Hall Sdn. Bhd.

28/09/2026

Macammana cara nak masuk bidang OSH??

Monday Blues!!
27/09/2026

Monday Blues!!

Leadership in OSH is not about how much authority you have.It is about how much trust you have earned.Undang-undang bole...
24/09/2026

Leadership in OSH is not about how much authority you have.
It is about how much trust you have earned.

Undang-undang boleh kita belajar. Jawatan boleh diberikan.
Tetapi judgement, influence dan kepercayaan hanya terbina melalui pengalaman sebenar di lapangan.

A good OSH professional knows the law.
A great OSH leader knows how to lead people.

Leadership is earned. Never demanded.

Kita selalu mengukur kemajuan sesebuah negara melalui bangunan yang tinggi, teknologi yang canggih dan ekonomi yang berk...
21/09/2026

Kita selalu mengukur kemajuan sesebuah negara melalui bangunan yang tinggi, teknologi yang canggih dan ekonomi yang berkembang.

Tetapi ada satu ukuran yang jauh lebih penting —
adakah mereka yang membina negara ini dapat p**ang kepada keluarga dengan selamat setiap hari?

Pembangunan bukan sekadar tentang apa yang kita bina.
Ia juga tentang bagaimana kita menjaga manusia yang membinanya.

Keselamatan dan kesihatan pekerjaan bukan sekadar isu di tempat kerja.
Ia adalah sebahagian daripada agenda pembangunan negara.

Because a great nation doesn’t just build infrastructure.
It protects the people who build it

BUDAYA KESELAMATAN BUKAN SEKADAR POSTERPoster memberi peringatan. Tindakan membentuk budaya.Oleh Datuk Wira Ahmad Fakhru...
20/09/2026

BUDAYA KESELAMATAN BUKAN SEKADAR POSTER
Poster memberi peringatan. Tindakan membentuk budaya.

Oleh Datuk Wira Ahmad Fakhrul Anuar Ismail
CEO & Founder, Shenviro Hall Sdn Bhd

“SAFETY FIRST.” Kita mungkin sudah melihat dua perkataan ini beribu-ribu kali sepanjang kerjaya. Ia terpampang di pintu masuk kilang, digantung pada pagar tapak pembinaan, dicetak pada helmet, diletakkan di belakang uniform pekerja dan menghiasi dinding pejabat.

Tidak ada yang salah dengan slogan itu. Malah poster, signage dan kempen keselamatan memainkan peranan penting untuk menyampaikan mesej dan meningkatkan kesedaran. Persoalannya, adakah dengan meletakkan perkataan “Safety First” di setiap sudut tempat kerja bermakna sesebuah organisasi itu benar-benar mempunyai budaya keselamatan yang baik? Jawapannya tentu sekali tidak semudah itu.

Bayangkan sebuah organisasi yang mempunyai poster keselamatan yang cukup cantik. Setiap bulan ada kempen baharu. Di pintu masuk tertulis “Safety Is Our Priority”. Namun apabila pekerja melaporkan kerosakan pada machine guard, berminggu-minggu tiada tindakan. Penyelia melihat pekerja mengambil jalan pintas tetapi membiarkannya kerana mengejar sasaran pengeluaran. Apabila isu keselamatan memerlukan perbelanjaan tambahan, keputusan ditangguhkan kerana dianggap bukan keutamaan.
Dalam keadaan sebegini, apakah mesej yang sebenarnya diterima oleh pekerja? Adakah mereka akan percaya kepada perkataan “Safety First” yang terpampang di dinding, atau mereka akan percaya kepada apa yang mereka lihat berlaku setiap hari? Di sinilah kita perlu membezakan antara menyampaikan mesej keselamatan dengan membina budaya keselamatan.
Kajian mengenai safety culture sudah lama membincangkan perkara ini. Frank Guldenmund dalam artikelnya “The Nature of Safety Culture: A Review of Theory and Research” yang diterbitkan dalam jurnal Safety Science pada tahun 2000 menjelaskan bahawa budaya organisasi mempunyai lapisan yang jauh lebih mendalam daripada perkara yang dapat dilihat di permukaan. Poster, slogan dan polisi mungkin menjadi manifestasi yang boleh dilihat, tetapi di bawahnya terdapat nilai, kepercayaan dan andaian yang akhirnya mempengaruhi bagaimana manusia dalam organisasi bertindak.
Dalam bahasa yang lebih mudah, kita boleh menulis apa sahaja pada dinding. Tetapi pekerja akan menilai budaya organisasi berdasarkan apa yang benar-benar dilakukan oleh organisasi tersebut.

Satu contoh yang menarik sebenarnya boleh kita lihat di tempat yang mungkin tidak pernah kita kaitkan dengan safety culture — tempat letak kereta. Kita semua pernah melihat papan tanda “PARK AT YOUR OWN RISK”. Apabila membaca ayat itu, ramai mungkin beranggapan bahawa jika kereta dicuri atau rosak, operator tempat letak kereta tidak lagi mempunyai apa-apa tanggungjawab kerana pengguna sudah diberikan amaran. Namun beberapa kes di mahkamah Malaysia menunjukkan bahawa persoalan tanggungjawab tidak semestinya selesai hanya kerana satu disclaimer telah dipasang.

Dalam kes Euro Rent A Car Sdn Bhd v Sunway Parking Services Sdn Bhd, sebuah kenderaan telah dicuri dari kawasan tempat letak kereta. Berdasarkan laporan mengenai kes tersebut, rakaman CCTV menunjukkan kenderaan berkenaan keluar tanpa tiket dengan mengekori rapat sebuah kenderaan lain sebelum palang sempat turun. Kes tersebut akhirnya sampai ke Mahkamah Rayuan selepas operator tempat letak kereta didapati bertanggungjawab di peringkat sebelumnya.

Kes ini bukan bermaksud setiap kali sebuah kereta dicuri, operator parking secara automatik perlu bertanggungjawab. Namun ia memberikan satu pengajaran yang sangat relevan kepada dunia keselamatan: kewujudan amaran atau disclaimer tidak semestinya menggantikan keperluan mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah.

Malah, pada tahun 2009, The Star melaporkan satu keputusan Mahkamah Majistret di Pulau Pinang berkaitan kehilangan barangan daripada sebuah kenderaan. Walaupun terdapat notis “Park At Your Own Risk”, mahkamah berdasarkan fakta kes tersebut tetap memutuskan operator bertanggungjawab dan memberikan ganti rugi kepada pemilik.

Satu lagi contoh yang menarik ialah KHY Foods and Beverages Sdn Bhd v Plaza Kiara Management. Kes ini melibatkan sebuah Audi yang rosak selepas ditimpa pokok di kawasan yang diuruskan pihak pengurusan. Antara perkara yang menjadi pertikaian ialah negligence, occupier’s liability, hujah act of God, serta kewujudan notis “Park At Your Own Risk”. Berdasarkan fakta kes tersebut, disclaimer berkenaan tidak dengan sendirinya melepaskan pihak pengurusan daripada tanggungjawab.

Daripada perspektif seorang pengamal OSH, kes seperti ini menimbulkan persoalan yang lebih menarik daripada sekadar persoalan liability. Jika terdapat pokok yang berpotensi mendatangkan bahaya, adakah memadai dengan hanya meletakkan papan tanda? Atau kita sepatutnya bertanya sama ada pokok tersebut pernah diperiksa, bagaimana keadaannya dipantau, sama ada penyelenggaraan dilakukan, dan apakah tindakan yang diambil apabila sesuatu keadaan berbahaya dikenal pasti?
Prinsip yang sama boleh dibawa terus ke tempat kerja. Bayangkan terdapat aktiviti bekerja di tempat tinggi. Majikan memasang papan tanda besar “DANGER — WORK AT HEIGHT”. Adakah dengan adanya signage tersebut risiko jatuh sudah dikawal? Sudah tentu tidak. Signage boleh memberi amaran mengenai bahaya, tetapi ia tidak boleh menggantikan perancangan kerja yang baik, pekerja yang kompeten, peralatan yang sesuai, sistem perlindungan daripada jatuh, penyeliaan dan kawalan risiko yang berkesan.

Memberi amaran tentang sesuatu risiko tidak sama dengan mengawal risiko tersebut.

Dalam pencegahan kemalangan, kita mempunyai satu prinsip asas tentang hierarchy of action needed. Apabila sesuatu hazard dikenal pasti, persoalan pertama bukanlah “signage apa yang hendak kita pasang?”, tetapi apakah tindakan paling berkesan yang boleh diambil terhadap hazard tersebut. Secara asasnya, tindakan bergerak daripada elimination, substitution, isolation, engineering control, administrative control dan akhirnya personal protective equipment (PPE).

Susunan ini penting kerana tidak semua kawalan mempunyai tahap keberkesanan yang sama. Menghapuskan hazard tentunya berbeza daripada sekadar memberitahu seseorang supaya berhati-hati dengannya. Mengasingkan seseorang daripada hazard juga berbeza daripada hanya meletakkan arahan supaya mereka tidak mendekatinya.

Di sinilah kedudukan kebanyakan poster, prosedur, arahan dan signage perlu difahami. Ia banyak berfungsi dalam ruang administrative control — penting, tetapi bukan semestinya pilihan pertama atau satu-satunya tindakan yang perlu dilakukan. Enam peringkat tindakan ini sebenarnya wajar dibincangkan dengan lebih mendalam dalam artikel yang lain. Untuk perbincangan kali ini, cukup kita memahami satu perkara: jangan berhenti pada warning jika hazard itu sebenarnya boleh dikawal dengan lebih baik.
Perkara yang sama berlaku apabila kita bercakap mengenai safety culture. Poster boleh mengingatkan seseorang tentang keselamatan, tetapi poster tidak boleh menggantikan leadership. Slogan boleh memberitahu pekerja bahawa keselamatan adalah penting, tetapi slogan tidak boleh menggantikan sistem. Kempen boleh meningkatkan awareness, tetapi kempen tidak dengan sendirinya mewujudkan ownership terhadap keselamatan.
Penyelidikan menyokong pandangan ini. Griffin dan Neal (2000), misalnya, menunjukkan hubungan antara safety climate dengan safety knowledge, safety motivation dan safety performance. Meta-analisis oleh Clarke (2006) p**a menunjukkan hubungan antara organisational safety climate dengan safety compliance dan safety participation. Kajian meta-analisis oleh Christian dan rakan-rakan (2009) turut menunjukkan bahawa prestasi keselamatan tidak boleh dilihat semata-mata sebagai persoalan sikap individu; faktor manusia dan faktor persekitaran organisasi kedua-duanya memainkan peranan.

Leadership juga merupakan sebahagian daripada gambaran tersebut. Meta-analisis Clarke (2013) mengenai safety leadership menunjukkan hubungan antara pendekatan kepimpinan tertentu dengan safety climate dan safety behaviour. NIOSH di Amerika Syarikat p**a memasukkan faktor seperti management commitment, leadership, accountability, communication dan worker involvement dalam perbincangan mengenai safety climate.
Semua ini membawa kita kepada satu kesimp**an yang sebenarnya cukup mudah. Safety culture tidak lahir daripada satu program. Ia juga tidak terbina melalui satu Safety Day setiap tahun atau dengan menambah lebih banyak poster pada dinding. Ia terbentuk sedikit demi sedikit melalui keputusan yang dibuat setiap hari.
Apabila seorang pekerja melaporkan hazard, apa yang berlaku selepas itu? Apabila seorang penyelia melihat unsafe behaviour, adakah dia bertindak atau memilih untuk tidak melihatnya? Apabila sesuatu safety improvement memerlukan kos, apakah pertimbangan pengurusan? Apabila production sedang lewat dan pekerja meminta untuk menghentikan kerja kerana keadaan tidak selamat, apakah reaksi organisasi? Jawapan kepada soalan-soalan seperti inilah yang akhirnya memberitahu pekerja tentang budaya sebenar organisasi mereka.

Malah, antara perkara yang paling merosakkan safety culture ialah apabila organisasi meminta pekerja supaya aktif melaporkan hazard tetapi tidak melakukan apa-apa terhadap laporan yang diterima. Selepas beberapa kali perkara yang sama berlaku, pekerja akan belajar satu perkara yang sangat berbahaya — “report pun tak guna”. Pada ketika itu, masalahnya bukan lagi sekadar kegagalan komunikasi. Organisasi secara tidak sengaja telah membentuk satu budaya.

Justeru, kita tidak perlu berhenti memasang poster keselamatan. Teruskan kempen, signage, toolbox talk dan pelbagai program awareness. Semua itu mempunyai fungsi dan tempatnya. Tetapi jangan berhenti di situ.

Poster membantu membina awareness. Leadership membina kepercayaan. Sistem yang baik mewujudkan consistency. Penglibatan pekerja p**a membina ownership. Apabila semua ini diterjemahkan kepada tindakan yang dilakukan secara konsisten setiap hari, barulah kita mula membentuk culture.

Sebab itu mungkin sudah tiba masanya apabila kita berjalan masuk ke tempat kerja dan melihat perkataan “SAFETY FIRST”, kita bertanya satu soalan lagi: adakah safety benar-benar first apabila keputusan sebenar perlu dibuat?

Kerana akhirnya pekerja tidak menentukan budaya keselamatan sesebuah organisasi berdasarkan apa yang mereka baca di dinding. Mereka menentukannya berdasarkan apa yang mereka alami setiap hari.

Safety culture is not what you put on the wall. It is what your people experience at work.

Rujukan & Bacaan Lanjut
Clarke, S. (2006). The relationship between safety climate and safety performance: A meta-analytic review. Journal of Occupational Health Psychology, 11(4), 315–327.
Clarke, S. (2013). Safety leadership: A meta-analytic review of transformational and transactional leadership styles as antecedents of safety behaviours. Journal of Occupational and Organizational Psychology, 86(1), 22–49.
Christian, M. S., Bradley, J. C., Wallace, J. C., & Burke, M. J. (2009). Workplace safety: A meta-analysis of the roles of person and situation factors. Journal of Applied Psychology, 94(5), 1103–1127.
Griffin, M. A., & Neal, A. (2000). Perceptions of safety at work: A framework for linking safety climate to safety performance, knowledge, and motivation. Journal of Occupational Health Psychology, 5(3), 347–358.
Guldenmund, F. W. (2000). The nature of safety culture: A review of theory and research. Safety Science, 34(1–3), 215–257.
National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH), United States. Safety Climate Assessment Tool and related resources.
Kes/laporan Malaysia yang dibincangkan: Euro Rent A Car Sdn Bhd v Sunway Parking Services Sdn Bhd; KHY Foods and Beverages Sdn Bhd v Plaza Kiara Management; dan laporan keputusan Mahkamah Majistret Pulau Pinang (2009) berkaitan notis “Park At Your Own Risk”.

20/09/2026
SHO bukan sekadar enforcer yang memastikan orang ikut peraturan.Kita adalah leader — mempengaruhi keputusan, membentuk b...
19/09/2026

SHO bukan sekadar enforcer yang memastikan orang ikut peraturan.

Kita adalah leader — mempengaruhi keputusan, membentuk behaviour dan membina budaya kerja selamat.

Don’t just enforce safety. Lead safety.

Kerana SHO bukan sekadar penting dalam organisasi.
SHO adalah orang yang membuat perbezaan. 💚

Address

1st Floor, 49-1, Jalan SR 4/1, Taman Saujana Rawang
Rawang
48000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SHENviro Hall Sdn. Bhd. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share