Alimah Fresh Coconut Milk Resources

Alimah Fresh Coconut Milk Resources Untuk Menjaga Kualiti Santan Keluaran Kami..

Kami Menghasikkan Santan Yang
�100% ASLI,
�SEGAR
�Dijamin BERSIH & Halal

Bagi Melazatkan dan menyelerakan hidangan masakan anda seperti sajian asli tradisional zaman silam

“OPEN BOOKING MANTAI & RAYA AIDILFITRI”السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُPembukaan Untuk tempahan SANT...
17/04/2022

“OPEN BOOKING MANTAI & RAYA AIDILFITRI”

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pembukaan Untuk tempahan SANTAN Bagi sambutan Mantai & Raya Aidilfitri Akan dibuka bagi warga Rembau & sekitarnya

Bermula pada:
Tarikh: 16 April 2022 sehingga 29 April 2022
Masa: 8.00 pagi sehingga 1.00 Petang
Alamat: AFCM no 32, Jalan Mahkamah Rembau

Dan Warga Rembau Dan sekitarnya juga boleh membuat tempahan Raya
bermula pada:
Tarikh: 16 April 2022 sehingga 02 Mei 2022

Buat tempahan awal!!!

Ada cabutan bertuah Untuk Pelanggan Yang membuat tempahan di kedai!!!

Online WhatsApps!! 01137770897
Online WhatsApps!! 01137770897

JANGAN KETINGGALAN MEMBUAT TEMPAHAN SANTAN ANDA!!!!!


%





Agar-agar Santan Bandung 😊Ramuan1 paket agar² tali1L air400g santan AFCM2 biji telur1 cawan susu pekat11 sudu gula pasir...
06/03/2021

Agar-agar Santan Bandung 😊


Ramuan

1 paket agar² tali
1L air
400g santan AFCM
2 biji telur
1 cawan susu pekat
11 sudu gula pasir
1/2 sudu kecik garam
2 helai daun pandan
Pewarna merah/pati sirap

Langkah

1- Cuci agar² tali dan rendam seketika..panaskan air kemudian masukkan agar² tali tadi hingga hancur kemudian masukkan gula daun pandan biar hingga mendidih..

2- Kemudian dalam bekas lain masukkan santan, susu pekat..pewarna merah atau pati sirap(ikut s**a warna bandung) dan telur kacau sebati

3- Masukkan santan ke dalam agar² tadi kacau sebati dan biar kan sampai mendidih dan santan pecah..biarkan seketika dengan api yang kecik..tutup api kemudian tuang ke dalam loyang dan bole di sejukkan di suhu luar..bila dah sedikit mengeras bole letak di dalam chiller..bila sudah sejuk potong dan boleh dihidangkan😋😋

Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api dengan Petai.. 😋Ramuan 2 hiris ikan tenggiri1 inci kunyit hidup8 biji cili padi (ikut...
06/03/2021

Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api dengan Petai.. 😋

Ramuan

2 hiris ikan tenggiri
1 inci kunyit hidup
8 biji cili padi (ikut selera masing2)
250g Santan AFCM
keping Asam
Petai diambil isinya ( ikut Selera masing2)

Langkah

Bersihkan ikan tenggiri.

1- Sediakan petai dan asam keping

2- Tumbuk kunyit dan cili padi sehingga lumat

3- Masukkan bahan-bahan tumbuk ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih bersama sedikit air. Setelah mendidih masukkan asam keping dan ikan tenggiri. Biarkan sehingga ikan betul masak.

4- Masukkan santan, biarkan mendidih sebentar.

5- Kemudian masukkan petai dan perasakan dengan sedikit garam.

Siap!... Selamat mencuba.😋😋

Spageti itik salai lemak cili api 😊Ramuan1 paket spageti3 sudu minyak untuk menumis1/2 ekor itik yang sudah disalai1/2 b...
06/03/2021

Spageti itik salai lemak cili api 😊

Ramuan
1 paket spageti
3 sudu minyak untuk menumis
1/2 ekor itik yang sudah disalai
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
7 biji cili padi (lebihkan jika s**a pedas)
1 batang cili merah (besar)
1/2 kg santan AFCM
3 cawan air
1/2 sudu serbuk kunyit
1 batang serai dititik
Secubit garam
3 keping nenas yang siap dibakar dan dipotong dadu
1

Langkah
Rebus spageti hingga lembut dan toskan

Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, cili padi, cili merah besar, serbuk kunyit dengan sedikit air.

Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan air, daging salai, santan, serai. Didihkan sambil dikacau. Akhir sekali masukkan nenas yang sudah dibakar.

Perasakan dengan garam secukupnya. Siap untuk dihidang.

Makan bersama spageti yang siap direbus tadi. Selamat mencuba.

Kari Daging kerisik😊Ramuan Hidangan Untuk 8 Org1 kilo daging10 ulas bawang merah6 ulas bawang putih1 inci halia2 tangkai...
06/03/2021

Kari Daging kerisik😊

Ramuan
Hidangan Untuk 8 Org
1 kilo daging
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 inci halia
2 tangkai daun kari
rempah 3 sekawan
1/2kg santan AFCM
5 sudu rempah kari daging
1 1/2 sudu kerisik
2 biji kentang

Langkah

Hiriskan bawang merah,bawang putih, halia,sediakan rempah 3 sekawan..dan tumiskan dlm minyak yg dipanaskan..

Sebelom itu saya dah rebuskan daging td selama 1/2 jam..utk lembutkan daging dahulu...kalau tak nk rebus dulu daging tu pon ok boleh je..

Tumis sehingga bahan sedikit layu dan masukkan rempah kari td..gaul rata..masukkan sedikit air..masukkan juga asam keping..tumis sehingga rempat masak dan pecah minyak..

Masukkan secawan air..daging yg direbus td..dan juga kentang...jgn lupa masukkan sekali kerisik td..didihkan seketika hingga kentang empuk..boleh adjust nk kepekatan kuah korang nk mcm mana yer...

Agak2 kentang td dh lembut..boleh masukkan kan santan td..didihkan seketika..dan tutup kan api..dahh siap!!

KEK OGURA PANDAN GEBU😊RamuanBahan-Bahan A💚 7 biji kuning telur gred A💚 2 biji telur gred A (putih & kuning)💚 1/3 cawan j...
23/02/2021

KEK OGURA PANDAN GEBU😊

Ramuan
Bahan-Bahan A
💚 7 biji kuning telur gred A
💚 2 biji telur gred A (putih & kuning)
💚 1/3 cawan jus pandan (blend air dgn 3 helai daun pandan)
💚 1/3 cawan minyak masak
💚 1/2 cawan santan AFCM
💚 1 cawan tepung kek (self raising) - di ayak
💚 Pewarna hijau epal
Bahan-Bahan B
💚 7 biji putih telur gred A
💚 3/4 cawan gula kastor
💚 1 sudu teh cream of tartar

Langkah
(A) Pukul telur dgn whisk hingga berbuih. Kemudian, campur jus pandan, minyak..

langkah 1
Masukkan juga santan & pewarna hijau. Kacau sebati

langkah 2
Masukkan tepung & kacau hingga tidak berbintil-bintil. Ketepikan dulu

langkah 3
(B) Meringue ~Pukul putih telur dgn hand mixer guna medium speed hingga berbuih. Kemudian, masukkan cream of tartar. Pukul rata. Campur gula sebanyak 3 kali sambil pukul dgn high speed hingga kental & bertanduk (stiff peak) bila terbalikkan mangkuk adunan, ia tak akan jatuh

langkah 4
Campur meringue secara 3 peringkat ke dlm adunan A tadi sambil kaup balikkan perlahan2 hingga sebati.

langkah 5
Alas loyang saiz 10 inci dgn baking paper & tuang adunan. Tinggalkan 2-3 sudu utk buat corak di atas kek. Campur dgn pewarna hijau lagi & dot-dot kan di atas kek. Tarik di tengah2 dot-dot dgn pencungkil gigi menjadi bentuk daun. Akhir sekali, hentak2kan loyang 2-3 kali supaya tiada gelembung udara

langkah 6
Letak loyang kek di dlm loyang yg lebih besar. Tuang air panas hingga 1/4 dari alas loyang kek. (Teknik ini di panggil water bath) Bakar pada suhu 150•c selama 1 jam api atas bawah

langkah 7
Sejukkan kek sebelum dipotong..👌🏻

IKAN PARI MASAK LEMAK CEKUR😋RamuanBahan A3 biji bawang merah3-4 ulas bawang putih1/2 inci belancan3-4 ulas ubi cekur5-6 ...
23/02/2021

IKAN PARI MASAK LEMAK CEKUR😋
Ramuan

Bahan A
3 biji bawang merah
3-4 ulas bawang putih
1/2 inci belancan
3-4 ulas ubi cekur
5-6 biji cili padi

Bahan B
2 keping asam keping
200g santan AFCM
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
2 .cawan air

Bahan C
3 helai daun cekur
4 helai daun limau purut
3 helai daun kunyit

Bahan utama
1 ekor ikan pari dipotong kecil2

Langkah

1-Bersihkan ikan pari, potong kecil2 dan lumur garam dan kunyit, bakar sehingga masak.

2-Tumbuk semua bahan A dan tumis sehingga keperang perangan

3-Masukkan bahan B satu persatu, masak hingga mendidih menggunakan api perlahan, kemudian masukkan ikan pari bakar tadi bersama daun2 hirisan (bahan C)

4-Tambah air dan perisa mengikut sesedap rasa. Dah mendidih blh ttp api nya, ok siap boleh dihidangkan..

RENDANG AYAM CHE’ NOMMasa Penyediaan: 30 minit,  Masa Memasak:45 minit, Jumlah Hidangan:10 orangResepi Oleh: Che' NomRes...
19/02/2021

RENDANG AYAM CHE’ NOM

Masa Penyediaan: 30 minit, Masa Memasak:45 minit, Jumlah Hidangan:10 orang
Resepi Oleh: Che' Nom

Resepi Rendang Ayam yang memang sangat sedap, kuahnya sangat wangi kerana menggunakan bahan-bahan rempah ratus yang segar, dikisar halus dan ditumis sehingga masak dengan sempurna. Hirisan daun kunyit dan daun limau purut p**a menambahkan lagi keistimewaan rasa pada rendang ini.

Kalau nak lebih sedap, gunakan santan dari kelapa segar. Di pasar ada jual santan segar yang sudah diperah pada harga yang berpatutan.

Che Nom masak rendang ini untuk dimakan bersama lemang yang dibeli dan kemudian bawa ke pejabat untuk dikongsi bersama rakan-rakan sekerja. Memang ramai yang puji kesedapan rendang ini. Boleh juga dihidangkan bersama ketupat palas atau ketupat nasi pada sambutan hari Raya. Selamat mencuba.

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam segar
1 senduk cili kisar
1kg santan segar AFCM
1/2 mangkuk kecil ais asam jawa
3 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
garam dan gula secukup rasa
1 mangkuk besar minyak, untuk menumis
Bahan-bahan untuk rempah tumis:
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
Bahan-bahan untuk kisar halus:
1 biji bawang besar
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
3 ketul kunyit hidup
2 inci lengkuas
2 batang serai
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk rendang:
Bersihkan ayam dan toskan.
Panaskan minyak dan tumis bahan rempah tumis, bahan kisar halus dan cili kisar. Kacau perlahan dan masak sehingga pecah minyak dan garing. Warna bahan tumisan akan bertukar menjadi sedikit gelap.
Masukkan p**a ayam dan biarkan masak selama 5-10 minit. Air ayam akan keluar sedikit semasa proses ini.
Masukkan santan pekat dan air asam jawa. Kacau perlahan-lahan di atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat.
Masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tabur dengan hirisan daun kunyit sebagai hiasan.

Tips:
Jika anda takut ayam menjadi hancur, boleh keluarkan ayam yang sudah masak dan masak kuah sehingga menjadi pekat.
Untuk gula p**a, boleh gunakan gula melaka sebagai ganti dan rasanya memang sangat sedap.

RESEPI Sotong Selasih 😋Ramuan8 ekor sotong saiz sederhana santan segar AFCM 200ml1 cawan/segenggam daun selasih1 keping ...
19/02/2021

RESEPI Sotong Selasih 😋

Ramuan
8 ekor sotong saiz sederhana
santan segar AFCM 200ml
1 cawan/segenggam daun selasih
1 keping asam keping
2 batang serai diketuk
1/2 st serbuk jintan putih (optional)
1/2 st serbuk jintan manis (optional)
Bahan kisar
1/2 biji bawang merah besar
1/2 inci kunyit hidup
8 biji cili padi hijau (kurang @ lebih)

Langkah

Sangai bahan kisar dan jintan.

Tambahkan santan, serai, daun selasih dan asam keping. Masak sehingga santan mendidih. Masukkan sotong. Masak sehingga sotong masak, sekejap sahaja.

RESEPI Ayam Kampung Masak Santan ☺️ Ramuan1/2 ekor ayam kg di salai1 liter air250 santan segar AFCM7 biji bawang merah3 ...
18/02/2021

RESEPI Ayam Kampung Masak Santan ☺️


Ramuan
1/2 ekor ayam kg di salai
1 liter air
250 santan segar AFCM
7 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 biji kentang (optional)
1/2 sudu besar lada putih bulat
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping Kayu manis
1 biji buah pala
Garam secukupnya

Langkah
1- Sediakan bahan seperti dibawah. Salai terlebih dahulu ayam kampung sebelum dimasak. Tumbuk lada sulah, bawang merah dan bawang putih.

2- Masukkan ayam ke dalam periuk, kayu manis, buah pala dan bahan tumbuk tadi. Masukkan 1 liter air dan reneh selama 15 minit

3- Selepas 15 minit masukkan kentang dan reneh lagi selama 15 minit dan sehingga ayam dan kentang empuk

4- Selepas 15 minit berikutnya, masukkan santan dan serbuk kunyit. Sentiasa kacau untuk mengelak santan pecah

5- selesai boleh dihidangkan untuk dijamu
Sedap dijamu bersama nasi panas dan nasi pulut 😋😋

RESEPI Koci Labu Bersantan  Ramuan 25-30bijiInti200 gm kelapa parut putih AFCM90 gm gula merah80 gm gula pasir150 ml air...
13/02/2021

RESEPI Koci Labu Bersantan

Ramuan
25-30biji
Inti
200 gm kelapa parut putih AFCM
90 gm gula merah
80 gm gula pasir
150 ml air
1 sdt garam
2 helai daun pandan
25 gm Tepung gandum
Doh
250 gm tepung pulut
25 gm tepung gandum
200 gm isi labu yang telah dikukus
Dadih
250 ml santan AFCM
25 ml air
1 sdt garam
10 gm tepung beras
10 gm tepung jagung
Untuk membalut
Daun pisang yang telah dilayur kemudian di potong 5"×5.5"

Langkah
Cara memasak inti. Masukkan kesemua bahan kecuali tepung gandum dan masak sehingga kering air nya.Masukkan tepung gandum utk melekatkan inti tersebut supaya senang utk digentel.

Dadih santan.Masukkan kesemua bahan dan kacau di atas api sehingga santan jadi pekat

Campurkan bahan2 utk doh dan uli dengan air sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat di tangan. Gentel doh dan masukkan inti kemudian kukus 10minit dan setelah masak masukkan doh tadi ke dalam dadih santan yg telah dimasak tadi.Boleh la mula membungkus

SELAMAT MENCUBA

RESEPI Ma Lai Goa  Steamed CakeRamuan 8 orang3 biji telur120 g Pandan Santan Kelapa40 g air180 g tepung self raising200 ...
13/02/2021

RESEPI Ma Lai Goa Steamed Cake

Ramuan
8 orang
3 biji telur
120 g Pandan Santan Kelapa
40 g air
180 g tepung self raising
200 g gula merah
1 sudu teh Yis
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
50 g minyak masak
Secubit garam

Langkah
Sediakan bahan-bahan.Bancuh Santan dengan telur dan air.Kacau sehingga sebati.

Dalam satu bekas lain satukan tepung,gula merag,yis dan garam.Kemudian masukkan bancuhan telur san santan tadi...kacau sebati.

Tapis adunan tersebut dan rehatkan selama 2jam.

Selepas 2jam kacau-kacau adunan dan ambil 3 senduk adunan lalu dicampurkan dengan baking powder dan soda bikarbonat.Kacau sebati dan tuang p**a minyak masak.Kemudian tuang bancuhan ini ke dalam adunan yang diperap tadi.Kacau sebati dan tuang p**a ke dalam loyang.

Kukus selama 30minit.Bancuhan ini dapat menghasilkan 3 loyang kuih saiz 6 inci...kalau buat loyang besar boleh dapat satu je lah 😃

Sejukkan sebentar sebelum dipotong...nak makan panas2 pun sedap...

Address

NO. 32 Jalan MAKHAMAH REMBAU
Rembau
71300

Opening Hours

Monday 06:30 - 15:00
Tuesday 06:30 - 15:00
Wednesday 06:30 - 15:00
Friday 06:30 - 12:30
Saturday 06:30 - 15:00
Sunday 06:30 - 15:00

Telephone

+60164198757

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alimah Fresh Coconut Milk Resources posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share