SWCorp Rembau

SWCorp Rembau "Menjadikan Daerah Rembau perintis bandar bersih di Malaysia"

14/08/2026

โš ๏ธ๐Ÿ“‹ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฅ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—š๐—”๐—ก๐—š ๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—Ÿ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—”๐—ช๐—”๐— 

Semua pemegang lesen Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam hendaklah memastikan lesen anda diperbaharui dalam tempoh yang telah ditetapkan.

๐Ÿ“Œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ ๐——๐—œ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—จ๐—›๐—œ:

โ€ข ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ผ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐—ฎ๐—ป: Pembaharuan lesen hendaklah dibuat ๐Ÿญ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก sebelum tarikh tamat tempoh lesen.
โ€ข ๐—ฅ๐˜‚๐—ท๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด-๐—จ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด: Selaras dengan ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐˜€๐˜†๐—ฒ๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฒ(๐Ÿฎ), ๐—”๐—ธ๐˜๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ถ๐˜€๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—น ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—”๐˜„๐—ฎ๐—บ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿณ [๐—”๐—ธ๐˜๐—ฎ ๐Ÿฒ๐Ÿณ๐Ÿฎ].

๐Ÿšซ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ง๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก & ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—ง๐—œ: Kegagalan memperbaharui lesen dalam tempoh yang ditetapkan ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐——๐—œ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐—ก๐——๐—” ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—›๐—œ ๐—ฅ๐— ๐Ÿฏ,๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ.

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan dan pembaharuan lesen, sila layari ๐—ถ๐—น๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ป.๐˜€๐˜„๐—ฐ๐—ผ๐—ฟ๐—ฝ.๐—บ๐˜†


14/08/2026

Tahukah anda? Malaysia menghasilkan kira-kira 39,000 tan sisa pepejal setiap hari. Jika sisa diasingkan dengan betul, lebih banyak bahan boleh dikitar semula, dikompos dan digunakan semula.

Sampah logam seperti tin alumium ini contohnya, boleh dikitar semula menjadi bahan lain seperti bekas baharu, komponen kereta dan badan basikal.

Ini bukan sahaja mengurangkan jumlah sisa ke tapak pelupusan, malah membantu memelihara sumber semula jadi serta membuka peluang ekonomi baharu.

Melalui Blueprint Ekonomi Kitaran Sisa Pepejal 2025โ€“2035, Malaysia berusaha menjadikan sisa sebagai sumber bernilai dengan menambah baik Konsep 3R (mengurangkan, mengguna semula, mengitar semula โ€“ reduce, reuse, recycle).

Kini, ia telah berkembang menjadi lebih holistik, contohnya melalui pengenalan kepada strategi ekonomi kitaran iaitu menolak (refuse), memikirkan semula (rethink), membaiki (repair), membaharui (refurbish), mengilang semula (remanufacture), menyesuaikan semula (repurpose) dan memperoleh semula (recover).

Namun, semua ini bermula dengan satu langkah mudah: asingkan sisa di punca (SAS) untuk dikitar semula.

Setiap tindakan kecil di rumah mampu membawa perubahan besar kepada alam sekitar.

14/08/2026

Ini baja organik terbaik untuk pokok-pokok anda! Kalau anda ada tanam sayur atau pokok bunga di rumah, jangan lupa untuk buat baja kulit pisang ni.

Ia kaya dengan kalium, magnesium, fosforus dan kalsium, yang akan membuatkan tanaman anda hidup dengan lebih subur dan sihat.

Bukan sahaja anda menjimatkan duit, anda juga menjadikan sisa makanan anda tidak dibuang dengan sewenang-wenangnya untuk mereput di tapak pelupusan sampah.

Penting untuk kita kurangkan pembaziran makanan kerana ia bukan sahaja membazirkan duit, malah turut memenuhi tapak pelupusan sampah dan mereput sehingga menghasilkan gas rumah hijau seperti metana dan karbon dioksida yang mempercepatkan perubahan iklim global.

Jadi ingat, setiap kali anda ingin membuang sisa makanan, ingat kesannya kepada bumi kita. Perbuatannya nampak kecil, tetapi besar impaknya.

14/08/2026

๐Ÿ—‘๏ธ Satu tindakan kecil, mampu membawa kesan yang besar.

Kadangkala kita menganggap membuang satu pembungkus makanan atau sebotol plastik ke tepi jalan hanyalah perkara kecil. Namun, tabiat kecil yang dilakukan berulang kali mampu mencemarkan persekitaran dan menjejaskan kebersihan yang dikongsi bersama.

Sebagai ibu bapa, setiap teguran dan didikan yang diberikan hari ini menjadi contoh kepada anak-anak pada masa hadapan. Budaya menjaga kebersihan bermula dari rumah, dipupuk melalui amalan harian dan diterapkan sejak kecil.

Ingat, bermula 1 Januari 2026, kesalahan membuang sampah kecil di negeri-negeri yang menerima pakai Akta 672 boleh dikenakan denda dan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM).

๐ŸŒฑ Pilih untuk membuang sampah ke dalam tong sampah, bukan menanggung akibat daripada satu tindakan yang boleh dielakkan.

14/08/2026
13/08/2026

Jangan main-main dengan kesalahan membuang sampah di lokasi yang tidak dibenarkan; silap hari bulan, anda mungkin akan didakwa di mahkamah dan berdepan hukuman berat!

Melalui Akta 672 yang diwartakan pada 2007, hukuman berat menanti pesalah yang memulakan tapak pelupusan sampah haram.

Hukuman ini termasuklah hukuman denda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000, penjara tidak kurang dari 6 bulan sehingga 5 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Jadi, jika ada tapak pelupusan sampah haram di kawasan anda, segera adukan kepada pihak kami untuk tindakan lanjut.

Ingat, kebersihan di kawasan kita bermula dengan sikap tanggung jawab dalam diri setiap penduduk. Setiap tindakan kecil kita mampu membawa perubahan besar kepada alam sekitar.

PROGRAM TRASH TO CASH DI SEKOLAH DAERAH REMBAU SEMPENA PERTANDINGAN KITAR SEMULA SEKOLAH-SEKOLAH (PerKISS) 202613 Ogos  ...
13/08/2026

PROGRAM TRASH TO CASH DI SEKOLAH DAERAH REMBAU SEMPENA PERTANDINGAN KITAR SEMULA SEKOLAH-SEKOLAH (PerKISS) 2026

13 Ogos 2026 (Khamis) - Program Trash To Cash SWCorp Cawangan Rembau di Sek. Keb. Pedas, Rembau telah mengumpul sebanyak 280 kg barangan kitar semula dengan nilai RM 100.00.

Sisa kitar semula ini telah diselamatkan dari dihantar ke tapak pelupusan sampah.

SWCorp dengan sukacitanya menjemput semua sekolah-sekolah yang berdaftar dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Agama Islam Negeri di seluruh Malaysia untuk menyertai ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ž๐—œ๐—ฆ๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ6.

Jom Sertai Sekarang!

โžกSekolah anda aktif mengamalkan aktiviti 3R (Refuse,Reduce, Reuse, Recycle dan Recovery)?
โžกSekolah anda aktif melaksanakan inisiatif ke arah kelestarian alam sekitar?

Terbaik! Sekolah anda berpotensi terpilih menerima pengiktirafan damlam pelbagai kategori yang dipertandingkan.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menyertai ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ž๐—œ๐—ฆ๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ6 dan memenangi hadiah berupa wang tunai, trofi dan sijil. Anda mungkin pemenang yang kami cariโ—๏ธ

Ayuh! Sertai PerKISS 2026 sekarang. Penyertaan adalah PERCUMA. Daftar penyertaan di pautan berikut : https://spmtb.swcorp.my

Tempoh penyertaan : 10 April hingga 30 Oktober 2026

ASINGKANLAH SISA DEMI KESEJAHTERAAN ALAM SEKITAR





13/08/2026

Penggunaan barangan sekali guna seperti beg plastik, botol dan cawan pakai buang menyumbang kepada peningkatan jumlah sisa serta pencemaran persekitaran.

Sebaliknya, amalkan penggunaan barangan guna semula seperti beg kain, botol air dan cawan sendiri dalam kehidupan seharian. Langkah kecil ini mampu mengurangkan sisa, menjimatkan sumber dan memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang.

Tolak sekali guna, pilih guna semula. Setiap pilihan kecil hari ini membawa perubahan besar untuk bumi yang lebih bersih, indah dan sejahtera.

๐Ÿ’š "Guna Semula, Bumi Terpelihara"

13/08/2026
13/08/2026

Silakan berikan kerjasama kepada petugas atau sukarelawan kesihatan yang hadir ke rumah anda.

Benarkan pemeriksaan di sekitar rumah dan tunjukkan tempat yang berpotensi menakung air.

Hanya 10 minit seminggu untuk cari dan musnah tempat pembiakan Aedes. Tindakan kecil hari ini boleh membantu melindungi keluarga dan komuniti daripada denggi.

AMBIL PEDULI, CEGAH DENGGI.

Address

PT 157, Jalan Seremban/Tampin
Rembau
71300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6066855823

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SWCorp Rembau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share