Al Fateh Digital

Al Fateh Digital Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Al Fateh Digital, Sabah.

Mommy tahu, ramai anak kecil s**a main Roblox. Nampak comel je kan. Watak kartun, warna cerah, boleh bina rumah, main de...
28/10/2025

Mommy tahu, ramai anak kecil s**a main Roblox. Nampak comel je kan. Watak kartun, warna cerah, boleh bina rumah, main dengan kawan.

Kita pun rasa, “Oh, nampak macam game budak-budak biasa je.”

Tapi yang ramai ibu ayah tak tahu, dalam dunia comel Roblox ni, ada bahaya senyap yang boleh rosakkan minda & akhlak anak kita.


Mommy bukan tulis ni untuk menakutkan,
tapi sebab Mommy pernah tengok sendiri,
betapa cepatnya anak kecil boleh ‘hilang diri’ dalam dunia maya yang kononnya “selamat” ni.


7 Bahaya Roblox Yang Ibu Ayah Kena Ambil Tahu:

1️⃣ Kandungan Tak Sesuai Tersembunyi Dalam Game “User Created”

Roblox benarkan sesiapa saja cipta dunia & game sendiri.Masalahnya, bukan semua sesuai untuk budak kecil.

Ada yang mengandungi elemen ganas, seram, bahkan luucah secara terselindung.

Anak boleh terdedah tanpa sedar sebab tiada saringan ketat.

2️⃣ Chat Online Dengan Orang Tak Dikenali

Dalam Roblox, anak boleh berbual dengan sesiapa saja, termasuk orang dewasa.

Banyak kes “grooming” berlaku bila stranger berpura-pura jadi budak sebaya.

Mula-mula tanya “nak join game?”, lama-lama minta gambar, atau ajak pindah ke platform lain.

3️⃣ Sistem “Robux” (Matawang Game) Boleh Jadi Ketagihan

Robux ni macam duit dalam game, boleh beli baju, rumah, avatar. Anak mudah jadi taksub nak beli & banding dengan kawan.

Ada juga kes anak “terbeli” ribuan ringgit sebab tak faham nilai sebenar.

4️⃣ Kandungan Buli & Toksik Dalam Komuniti

Anak boleh kena ejek, kena “kick” dari game, atau dibuli sebab watak dia “tak cantik”.

Benda kecil bagi orang dewasa,
tapi boleh bagi kesan besar pada emosi anak.

5️⃣ Risiko “Game Gelap” Dalam Roblox 🕳️

Ada game tersembunyi yang cipta suasana seram, ritual, atau unsur mistik.
Anak mungkin anggap main-main,
tapi kalau kerap terdedah, boleh ganggu tidur & emosi.

6️⃣ Ketagihan Serius (Sampai Hilang Fokus Dunia Nyata)

Roblox direka dengan reward system yang buat anak susah berhenti main. Setiap kali mereka menang atau naik level, otak keluarkan dopamine.

Bila stop, anak rasa kosong, marah, tak senang duduk.

7️⃣ Tiada Kawalan Masa & Umur Yang Jelas

Ramai ibu ayah tak aktifkan parental control.
Akhirnya anak boleh akses apa saja —
dari chat dewasa sampai game 18+.


Apa Ibu Ayah Boleh Buat:

- Aktifkan “Parental Control” dalam akaun anak.
- Pantau game apa yang dia main, dan siapa yang dia “chat”.
- Tetapkan masa skrin harian.
- Jangan biar anak main sorang, sesekali join sama & tengok dunia dia.
- Ajar anak beza game dunia & realiti sebenar.


Ibu ayah,

kita tak boleh halang dunia digital,
tapi kita boleh kawal pintu masuknya ke dalam hati anak kita.

Kadang anak tak perlukan semua benda moden untuk bahagia, dia cuma perlukan masa dan perhatian dari dunia sebenar, dari kita.

Kredit : Hana Shahadan

Pada usia 18 tahun, ketika ramai rakan sebaya sibuk menyiapkan diri untuk kehidupan universiti, Muhammad Aliff Hakimi Mo...
28/10/2025

Pada usia 18 tahun, ketika ramai rakan sebaya sibuk menyiapkan diri untuk kehidupan universiti, Muhammad Aliff Hakimi Mohd Nizam p**a terpaksa menyarung seragam pengawal keselamatan. Bukan kerana tiada cita-cita, tetapi kerana hidup tidak memberinya banyak pilihan.

Anak sulung daripada empat beradik ini membesar di Kedah dalam keluarga yang sangat sederhana. Ibunya seorang pembantu kesihatan, memikul tanggungjawab sebagai tunggak keluarga. Aliff tahu, untuk meneruskan pengajian, dia perlu berkorban bukan dengan buku dan pena, tetapi dengan masa dan tenaga.

Siang malam dia bekerja 12 jam di dua buah hospital, tempat sama ibunya mencari rezeki. Walau lelah, semangatnya tidak pernah padam. Dalam hatinya, tersemat tekad bahawa suatu hari nanti, dia juga akan menuntut ilmu seperti rakan-rakannya.

Namun jalan menuju impian tidak pernah lurus.

“Bahasa Inggeris adalah mata pelajaran yang paling menakutkan bagi saya,” katanya mengenang zaman persekolahan. “Saya sering diejek kerana bahasa Inggeris saya berterabur. Di rumah p**a, kami jarang sekali bercakap bahasa Inggeris.”

Di saat dia hampir hilang keyakinan, hadir seorang insan bernama Puan Maznah, guru Bahasa Inggerisnya. Dengan penuh kasih, beliau membimbing Aliff selepas waktu sekolah; kadangkala membawa doughnut sebagai peneman kecil. Bukan hanya ilmu yang diberi, tetapi juga keyakinan bahawa anak kampung juga mampu menguasai bahasa dunia.

Hasilnya, Aliff berjaya memperoleh A- dalam Bahasa Inggeris SPM. Namun yang lebih berharga ialah kata-kata gurunya yang terus hidup dalam sanubarinya:

“Suatu hari nanti, kamu mesti jadi guru yang lebih baik daripada saya. Bantu pelajar lain seperti saya membantu kamu.”

Dari saat itu, impian Aliff semakin jelas. Dia mahu menjadi pendidik.
.......

Aliff menyambung pengajian dalam Diploma TESL di KUPTM, kemudian meneruskan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Inggeris di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan menjadi penerima Biasiswa Yayasan Tunku Abdul Rahman. Biasiswa itu bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi ia ruang membina diri — lengkap dengan program kepimpinan selama dua tahun yang mengubah cara Aliff melihat dunia.

Sambil belajar, beliau bekerja sambilan sebagai pembantu dapur. Namun kesibukan itu tidak pernah memadamkan semangat kepimpinan dan aktiviti s**arelawannya. Beliau menubuhkan “Edukasi Emosi”, program literasi emosi untuk murid sekolah rendah, dan “PKBL Global Talk”, platform yang menghubungkan pelajar Malaysia dengan rakan dari seluruh dunia.

Setiap langkahnya membuktikan bahawa pendidikan bukan sekadar sijil. Ia adalah cara mengubah hidup dan menyentuh jiwa orang lain.

---------

Langkah ke Leeds: Dari Impian ke Realiti

Selepas menamatkan pengajian dengan Kepujian Kelas Pertama, Aliff pernah berkhidmat sebagai pegawai s**arela Bahagian Dasar di Higher Education Malaysia Association. Dari pengalaman itu, dia mula melihat keperluan reformasi dasar pendidikan, khususnya dalam pengajaran Bahasa Inggeris.

Maka, beliau memberanikan diri memohon Biasiswa Chevening iaitu program elit di bawah kerajaan United Kingdom yang hanya menerima calon dengan potensi kepimpinan luar biasa.

“Saya mahu menimba ilmu dan membina jaringan dengan pemimpin dunia. Saya mahu p**ang dan membantu membina sistem pendidikan yang lebih adil dan inklusif,” ujarnya dengan tekad.

Dan akhirnya, berita itu tiba: Aliff terpilih antara 35 rakyat Malaysia yang menerima Chevening Scholarship untuk tahun akademik 2025/2026.

------------

Kini menuntut di University of Leeds, Aliff membawa nama Malaysia dengan penuh bangga. Dia percaya bahawa kejayaan bukan milik mereka yang bermula dari atas, tetapi milik mereka yang tidak berhenti berjuang.

“Hidup ini adalah gabungan antara orang yang kita temui dan pilihan yang kita buat. Saya tidak biarkan ejekan atau kegagalan menentukan siapa saya malah saya jadikan semuanya sebagai pembakar semangat untuk terus mara ke depan.”

Kisah Aliff mengingatkan kita bahawa impian tidak mengenal darjat, geografi atau bahasa. Selagi ada tekad dan usaha, setiap anak desa mampu menjejak kaki ke bumi asing membawa sinar harapan.

Dari lorong sempit kehidupan, Aliff membina jalannya sendiri. Dari kerja pengawal keselamatan, dia kini menjadi barisan masa hadapan pendidikan anak bangsa. And he's only 25 years old. 💪

Kerana dalam setiap insan yang berani bermimpi, terselit kisah yang mampu mengubah dunia.

Kredit berita asal & gambar: FMT

25/10/2025
Marah kerana sayang✅Sebarkan kebaikanLike, follow & share
25/10/2025

Marah kerana sayang✅

Sebarkan kebaikan
Like, follow & share

'Responsible Love'Kasih sayang ibu bapa memang tidak berbelah bagi. Tapi  bukan bermakna kita perlu penuhi semua kehenda...
24/10/2025

'Responsible Love'

Kasih sayang ibu bapa memang tidak berbelah bagi. Tapi bukan bermakna kita perlu penuhi semua kehendak anak², walaupun kita tahu ia boleh memudaratkan.

Di sinilah kita dapat membezakan kasih sayang membuta buli, atau kasih sayang yang lebih bertanggungjawab.

Misalnya anak yang tengah batuk & selesema, merengek nak kan aiskrim. Sebabkan kita sayangkan kesihatan anak, kita diamkan saja kerana kita tahu aiskrim akan menambah teruk batuk & selesema anak itu. Walaupun anak akan tarik muka, dan s**ar dipujuk.

Kasih sayang membuta tuli juga sebenarnya antara penyumbang kepada masalah buli, keganasan dan gangguan seksual di sekolah.

Anda pilih yang mana???

Sebarkan kebaikan
Like, follow & share

https://www.facebook.com/share/1BFqw8ipAy/
24/10/2025

https://www.facebook.com/share/1BFqw8ipAy/

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melumpuhkan rangkaian sindiket yang terlibat dalam aktiviti membuat bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (child sexual abuse material - CSAM) melalui operasi khas yang dijalankan bersama beberapa agensi penguat kuasa.

Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail, berkata melalui Op P**o Bersepadu 2.0 itu, 31 suspek ditangkap – termasuk melibatkan budak berusia 12 tahun – selain lebih 880,000 fail digital dirampas.

Katanya, operasi khas itu dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 23 Sept dan mendedahkan betapa tahap aktiviti mengeksploitasi kanak-kanak di ruang siber memang membimbangkan.

Berita penuh: https://mk.my/bMg4Ugw

Address

Sabah
88

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al Fateh Digital posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Al Fateh Digital:

Share