15/03/2024
Tu hari aku beli smartphone 2nd hand, LG v50s, antara flagship tahun 2019. Kualiti mantap, tapi skrin dia senang melekat fingerprint. Jadi aku cari la cara camana kasi licin fingerprint ndak melekat.
Aku jumpa banyak video, dia cakap telefon ni kalau baru, dia ada letak oleophobic coating dekat skrin tu. Dalam beberapa tahun pakai, coating tu makin hilang. Jadi aku cari dekat Shopee, pastu aku beli. Murah saja harga dia, dalam RM2-RM3. Aku beli 3 pcs.
Sampai jak benda tu, aku apply dekat skrin telefon waktu malam supaya boleh biar dia kering sampai pagi.
1st day, aku cuba skrin dia ada licin, fingerprint masih melekat tapi senang lap. Jadi aku apply kali kedua malam seterusnya. Next day dia aku cuba, skrin aku rasa licin macam telefon baru, fingerprint sekali lap terus hilang. Aku pun senang hati, feeling telefon baru harga 2nd hand.
Tapi, tu lah masalah kalau telefon baru. Dia licin. Tepat 2 minggu lepas apply coating tu, aku naik bas ikut rombongan tengok kahwin. Tengah duduk menunggu penumpang lain, dengan telefon tu yang licin dia gelongsor dari poket aku, ngam-ngam kena dengan bucu besi di bawah tempat pegang kerusi bas tu. Laju-laju aku ambil, check kalau masih boleh pakai. Nampak retak di tepi telefon tu. Terus aku pigi tengok kahwin dengan perasaan bercampur, sambil cakap dalam hati "Nasib la ni telefon 2nd hand".
Kalau ada yang tengah mencari telefon, atau tertarik dengan oleophobic coating ni, ni aku bagi link affiliate aku di bawah kamu terupung saja:
Oleophobic Coating: https://shope.ee/7zpAGc26VV
LG V50S: https://shope.ee/4KvrvRTkGK (seller tempat aku beli sold out jadi aku cari seller lain, review mantap)
Jaga-jaga terlampau licin skrin kamu, pecah nanti waktu mau beraya. Selamat berpuasa!