Fakulti Pertanian Lestari

Call Directions Website Contact the business

Fakulti Pertanian Lestari Mempromosi aktiviti fakulti dan pelajar iaitu pembelajaran, keusahawanan dan pendidikan.

24/09/2026
17/09/2026
SANDAKAN 15 September 2026 (Selasa). SIRI BRAIN OF BORNEO. Siswa siswi Fakulti Pertanian Lestari turun ke ladang menanam...
17/09/2026

SANDAKAN 15 September 2026 (Selasa). SIRI BRAIN OF BORNEO. Siswa siswi Fakulti Pertanian Lestari turun ke ladang menanam lebih 500 sulur nenas. Program ini diketuai oleh Dr. Salumiah Binti Mijin, Timbalan Dekan Pengurusan Ladang dan Hubungan Industri.

PROGRAM SUAI MESRA (MSM) SESI 2026/2027 UMS SANDAKAN MELAKAR LEMBARAN BAHARUUMS Sandakan 14 September 2026 (Isnin). Majl...
14/09/2026

PROGRAM SUAI MESRA (MSM) SESI 2026/2027 UMS SANDAKAN MELAKAR LEMBARAN BAHARU

UMS Sandakan 14 September 2026 (Isnin). Majlis Pembukaan Program Suai Mesra (MSM) bagi sesi akademik 2026/2027 Universiti Malaysia Sabah (UMS) berlangsung hari ini, menandakan permulaan kehidupan akademik mahasiswa baharu UMS. Bagi FPL, ia melakar lembaran baharu dengan pertambahan bilangan pelajar pra siswazah kini berjumlah melebih 600 orang

Majlis yang diadakan secara serentak di Kampus Induk, Kampus Labuan dan Fakulti Pertanian Lestari Sandakan (FPL) berkenaan disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansur, JP, Naib Canselor UMS. Sementara di FPL disaksikan oleh Prof. Dr. Abdul Hamid Bin Ahmad, Dekan dan pegawai utama fakulti. Seramai 161 orang mahasiswa baharu mendaftar bagi sesi akademik 2026/2027.

SANDAKAN 13 Sept 2026 (Ahad). Fakulti Pertanian Lestari UMS Sandakan menerima pelajar sulung Program Perladangan Kepersi...
13/09/2026

SANDAKAN 13 Sept 2026 (Ahad). Fakulti Pertanian Lestari UMS Sandakan menerima pelajar sulung Program Perladangan Kepersisan Pintar.

Prof Dr. Rahman Bin Nordin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar hadir beramah mesra dengan ibu bapa pelajar. Turut hadir Prof. Dr. Abdul Hamid Bin Ahmad, Dekan. Sebagai rekod jumlah sasaran kemasukan pelajar bagi sesi 2026/2026 ialah seramai 173 org.

SANDAKAN 11 Sept 2026 (Jumaat). Sesi perkongsian berjudul  Urus Masa Pacu Prestasi: Kenali Dashboard Itqan bersama Pn. R...
11/09/2026

SANDAKAN 11 Sept 2026 (Jumaat). Sesi perkongsian berjudul Urus Masa Pacu Prestasi: Kenali Dashboard Itqan bersama Pn. Roslianah Binti Opao, Penolong Pendaftar Kanan diadakan di Fakulti Pertanian Lestari. Program ini merupakan sebahagian daripada pengisian Bulan Integriti Fakulti Pertanian Lestari 2026. Ia dilaksanakan secara dalam talian melibatkan 163 orang warga fakulti dan UMS.

SANDAKAN 10 Sept 2026 (Khamis). Bengkel Semakan Kurikulum diadakan di Fakulti Pertanian Lestari. Program semakan ini mel...
10/09/2026

SANDAKAN 10 Sept 2026 (Khamis). Bengkel Semakan Kurikulum diadakan di Fakulti Pertanian Lestari. Program semakan ini meliputi tiga program pengajian UH6621001 Pengeluaran Tanaman, UH6622002 Teknologi Hortikultur, UH6621002 Pengeluaran Ternakan dan program pengajian pasca siswazah. Dalam ucapan pembukaannya Prof. Dr. Abdul Hamid bin Ahmad, Dekan menyatakan bahawa, beberapa siri semakan telahpun dilaksanakan sebelum ini. Semakan pada kali ini adalah bagi memenuhi format MQF2.0. Beliau mengharapkan komitmen dan kerjasama penuh para peserta untuk menjayakan bengkel ini. Bengkel sehari ini diketuai oleh Dr. Chee Fong Tyng, Timbalan Dekan Akademik dan HEP.

UMS Sandakan 7 September 2026 (Isnin). Bahagian Pentadbiran mengadakan Sesi Perkongsian 6 Amalan Positif Integriti dan E...
10/09/2026

UMS Sandakan 7 September 2026 (Isnin). Bahagian Pentadbiran mengadakan Sesi Perkongsian 6 Amalan Positif Integriti dan Etika Kerja. Ia diadakan sempena dengan sambutan Bulan Integriti Fakulti Pertanian Lestari 2026. Enam elemen berkenaan ialah menghindari rasuah, menepati masa, komunikasi profesional dan beradab, pemakaian kemas, mesra, pantas dan tepat, dan ruang kerja kemas dan teratur. Sesi perkongsian disampaikan oleh Dr. Roslan Hj. Gimba, Ketua Pentadbiran. Manakala etika berpakaian UMS disampaikan oleh Pn. Dg. Zuraidyah Hj. Mohd Yunus, Penolong Pegawai Tadbir.

UMS Sandakan 9 September 2026 (Rabu). Majlis Kesyukuran diadakan di Fakulti Pertanian Lestari. Dalam ucapannya Prof. Dr....
09/09/2026

UMS Sandakan 9 September 2026 (Rabu). Majlis Kesyukuran diadakan di Fakulti Pertanian Lestari. Dalam ucapannya Prof. Dr. Abdul Hamid Bin Ahmad, Dekan mengucapkan tahniah kepada warga kampus di atas kecemerlangan yang telah dicapai. Ia bukan sahaja dapat meningkatkan kerier diri masing-masing malah menjulang nama fakulti dan universiti. Beliau turut menzahirkan rasa terima kasih di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Dekan. Sebagai rekod, beliau dilantik semula sebagai Dekan bagi tempoh 2026-2028 selepas tempoh dua tahun tamat pada Ogos lalu. Majlis berkenaan dihadiri oleh 106 kakitangan.

Address

Batu 10 Sg Batang
Sandakan
90000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6089634000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Pertanian Lestari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Fakulti Pertanian Lestari:

Shortcuts

Share