Rakan Digital Sarikei

Call Directions Contact the business

Rakan Digital Sarikei Membantu usahawan tentang selok-belok perniagaan secara digital dan memberi bimbingan secara percuma

“Kelas apa tok, mcm ni kelas tok”Pernah dengar s*k yang kita nak tarik pelanggan dengan jualan kita dari mata sidak. Mcm...
08/09/2022

“Kelas apa tok, mcm ni kelas tok”

Pernah dengar s*k yang kita nak tarik pelanggan dengan jualan kita dari mata sidak. Mcm dari mata jatuh ke hati gittewww…

Yalah kelas tok dipolah RD untuk bantu para usahawan dengan produk sidak pun. Apa faktor untuk polah produk kita menarik, “eye catching” pun faktor. Bahkan kelas kali tok nak bantu usahawan supaya FAHAM bebena tentang produk sidak pun.

Lebih-lebih kinek semua dah maok digital nak. Mun nak digitalkan produk, cara kita persembahkan produk pun maok cun, baruk pelanggan jatuh cinta. Bena nis*k??

Kelas kali tok PERCUMA dan terbuka untuk semua terutama usahawan baru yang baru berjinak-jinak dengan business dan berjinak-jinak nak masuk jualan ke Platform Digital mcm Shopee. Ktk orang nang dipersilakan untuk join kelas tok.

Sikdapat 14, 15 haribulan masih ada. Sila-sila jak untuk tanya hal kelas, boh supan tanyak. Boh lupak juak daftar untuk masuk kelas tok okeh?

https://api.whatsapp.com/send?phone=601115492704&text=Hi%20RD!

PEDI dan Komuniti.Pusat Ekonomi Digital Keluarga atau lebih dikenali sebagai PEDi adalah sebuah inisiatif yang bertujuan...
06/09/2022

PEDI dan Komuniti.

Pusat Ekonomi Digital Keluarga atau lebih dikenali sebagai PEDi adalah sebuah inisiatif yang bertujuan utama untuk menyediakan kemudahan ICT kepada komuniti.

Bukan itu sahaja, dengan adanya pusat PEDi ini juga komuniti setempat yang ingin menceburi bidang perniagaan boleh mengikuti program atau kelas yang dianjurkan. Hal ini kerana pihak PEDi akan memberi pendedahan tentang strategi mempromos*kan pelan perniagaan mereka serta membantu mendigitalisas*kan perniagaan mereka secara sistematik.

Di era digital kini, kita tidak mahu komuniti setempat merasa ketinggalan dengan pendedahan isu digital. Maka, pihak PEDi banyak menganjurkan aktiviti atau program yang membantu komuniti setempat supaya dapat memenuhi permintaan dan keperluan mereka.

Rasanya macam ada lagi yang kurang cakna dengan Rakan Digital,kan?Baiklah😉Rakan Digital merupakan sebahagian daripada ka...
05/09/2022

Rasanya macam ada lagi yang kurang cakna dengan Rakan Digital,kan?

Baiklah😉

Rakan Digital merupakan sebahagian daripada kakitangan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai PEDI.

Rakan Digital adalah individu yang bertugas untuk membimbing dan memperkasakan strategi-strategi pemasaran untuk para usahawan mendigitalisas*kan perniagaan mereka.

Bukan itu sahaja, RD juga turut membantu secara langsung dan tidak langsung untuk memasarkan produk jualan usahawan yang mendaftar di bawah program atau kelas yg dianjurkan oleh pihak RD.

Jadi, sesiapa yang berminat, atau ingin memulakan perniagaan mahupun sudah memiliki perniagaan tapi berhasrat untuk mengembangkan dan mengukuhkan perniagaan secara lebih sistematik dan teratur, jangan segan untuk menghubungi Rakan Digital Sarikei. Kami sedia membantu anda!

Assalamualaikum Goodmorning 🌸🌞
05/09/2022

Assalamualaikum
Goodmorning 🌸🌞

15/08/2022

Jangan lupak okay Khamis tok kelas untuk sesiapa jak yang ada isu dengan akaun Shopee. Mun dah ada akaun pun boleh join, apatah gik nok yang belum ada akaun. Dialu-alukan.

Kelas Shopee Basic 1.0 tok diadakan secara percuma dan terbukak untuk sesiapa yang maok join. Mun maok, datang jak ke PEDI Kampung Seberang jam 10 pagi.

Mun nak bertanyak apa-apa kemusykilan kah boleh DM kmk or direct WS kmk pun boleh. Boh supan.

Jumpa ktkorang Khamis kelak okay!

Assalamualaikum dan Selamat Pagi 🌸Mulakan hari anda dengan ‘mindset’ yang betul dan perkara yang lain pasti akan berjala...
15/08/2022

Assalamualaikum dan Selamat Pagi 🌸

Mulakan hari anda dengan ‘mindset’ yang betul dan perkara yang lain pasti akan berjalan seiring dengan mindset kita.

Semoga hari serta urusan anda terus dipermudahkan! Jangan nak Monday blues sangat ye🤭

Assalamualaikum dan selamat pagi🌸Berita baik untuk warga setempat, dimana pada Khamis, 18 Ogos 2022, RD akan mengadakan ...
11/08/2022

Assalamualaikum dan selamat pagi🌸

Berita baik untuk warga setempat, dimana pada Khamis, 18 Ogos 2022, RD akan mengadakan kelas Shopee Basic 1.0 secara PERCUMA.

Dimaklumkan bahawa ada usahawan yg menghadapi masalah dan kesukaran untuk menggunakan platform Shopee sebagai “seller” sepenuhnya.

Jadi, RD Sarikei akan mengadakan kelas serta memberi bimbingan kepada usahawan yg ingin menyertai.

Kelas pada kali ini akan memberi pendedahan kepada usahawan tentang cara membuka akaun sebagai “seller” mengikut polisi yg ditetapkan oleh Shopee serta membantu para usahawan yg menghadapi masalah berkaitan dengan Shopee.

Apa tunggu lagi?? Kosongkan masa anda dan sertai kami Khamis ini!

*sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi Cik Atiqah di
https://wa.link/u771bp

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi Selamat Datang ke page Rakan Digital SarikeiRakan Digital merupakan sebahagian daripada...
03/08/2022

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi
Selamat Datang ke page Rakan Digital Sarikei

Rakan Digital merupakan sebahagian daripada kakitangan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai PEDI.

Rakan Digital adalah individu yang bertugas untuk memperkasakan strategi-strategi pemasaran secara digital kepada para usahawan serta memberi bimbingan untuk apa-apa isu terkini yang berkaitan dengan keusahawanan.

Sesiapa yang ingin memulakan perniagaan atau sudah memiliki perniagaan tapi berhasrat untuk mengembangkan dan mengukuhkan perniagaan secara lebih sistematik dan teratur, jangan segan untuk menghubungi Rakan Digital Sarikei. Kami sedia membantu anda!

Address

Pusat Ekonomi Digital Kampung Seberang
Sarikei
96100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+601115492704

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rakan Digital Sarikei posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Rakan Digital Sarikei:

Shortcuts

Share