P141 Parlimen Sekijang Official

P141 Parlimen Sekijang Official Sebarang aduan, pandangan serta status persatuan atau individu, boleh berhubung terus dengan pegawai kami atau hadir ke pejabat. Kami sedia membantu anda��

14/10/2022
Warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pemilih dan layak untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang berada di...
14/10/2022

Warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pemilih dan layak untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang berada di dalam dan luar negara kini permohonan undi pos telah dibuka oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Bagi Petugas Pilihan Raya, pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera dan petugas media untuk permohonan undi pos kategori 1A boleh memohon secara manual menggunakan Borang 1A yang dimuat turun dari portal rasmi SPR di laman web https://www.spr.gov.my.

Dan bagi kategori 1B warganegara Malaysia yang berada di luar negara dan 1C agensi atau organisasi boleh memohon secara dalam talian melalui sesawang yang disediakan https://myspr.spr.gov.my/login


Tarikh: 16/10/2022Tempat: Perkarangan Lot Parking Bandar Utama (berhadapan lot parking Nagoya)Waktu: 8:30 MalamSama-sama...
14/10/2022

Tarikh: 16/10/2022
Tempat: Perkarangan Lot Parking Bandar Utama (berhadapan lot parking Nagoya)
Waktu: 8:30 Malam

Sama-sama kita memeriahkan Program Jelajah Trak Ayuh Malaysia yang akan diadakan pada hari ahad 16 Oktober ini bersama Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, dan YB Nurul Izzah.

Tarikh: 12/10/2022Tempat: Bilik mesyuarat Pejabat Parlimen SekijangWaktu: 8Malamtelah diadakan Mesyuarat Pembentukkan Ja...
13/10/2022

Tarikh: 12/10/2022
Tempat: Bilik mesyuarat Pejabat Parlimen Sekijang
Waktu: 8Malam

telah diadakan Mesyuarat Pembentukkan Jawatankuasa Pilihan Raya Parlimen Sekijang yang dipengerusikan oleh Puan Hajah Natrah Binti Ismail, Pengerusi Pakatan Harapan Parlimen Sekijang.

Pentadbiran kerajaan BN-PN telah gagal menangani  masalah kewangan negara menyebabkan nilai ringgit jatuh. Keadaan ini m...
13/10/2022

Pentadbiran kerajaan BN-PN telah gagal menangani masalah kewangan negara menyebabkan nilai ringgit jatuh. Keadaan ini membuatkan kehidupan rakyat semakin terbeban dan terhimpit dengan kenaikan harga makanan.

Dasar-dasar kewangan dan ekonomi negara juga disalahgunakan pemimpin- pemimpin BN-PN bagi mendapat laba politik dari parti yang memerintah dan kepentingan peribadi.

Masanya telah tiba untuk kita membuat perubahan dalam PRU15 kali ini. Inilah sebabnya mengapa kita semua melawan BN-PN. Ia bukan sekadar memberi mandat kepada Pakatan Harapan,tetapi ia adalah perjuangan semua rakyat Malaysia melawan BN-PN .

Dalam usaha untuk memulihkan ekonomi dan kejatuhan nilai ringgit bukan hanya sekadar melalui penyesuaian dasar kewangan atau kestabilan politik tetapi dengan memperbetulkan tadbir urus negara.

Tarikh:11/10/2022Lokasi: Pejabat Parlimen Sekijang & Tapak Projek Lingkungan Jambatan Sungai Kenawar.YB Hajah Natrah Ism...
13/10/2022

Tarikh:11/10/2022
Lokasi: Pejabat Parlimen Sekijang & Tapak Projek Lingkungan Jambatan Sungai Kenawar.

YB Hajah Natrah Ismail telah mengadakan Sidang Akhbar bersama Sin Chew Daily, The China press Bhd, Harian Metro Segamat di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sekijang berkaitan:

1)Persiapan untuk menghadapi bencana banjir.
2)Isu pembaikan lencongan sungai di bawah landasan keretapi bahru.
3)Persiapan menghadapi PRU15 melalui aplikasi CISTA
4)Isu terkini di Parlimen Sekijang

YB Natrah juga telah membawa pemberita akhbar ke jambatan kawasan pembaikan lencongan sungai di bawah landasan keretapi bahru.

Rakyat Malaysia dinasihatkan agar lebih berhati-hati apabila ditawarkan pekerjaan dengan gaji lumayan terutama di luar n...
12/10/2022

Rakyat Malaysia dinasihatkan agar lebih berhati-hati apabila ditawarkan pekerjaan dengan gaji lumayan terutama di luar negara bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.

Jangan mudah percaya terhadap tawaran yang sewenang-wenangnya menjanjikan pekerjaan dengan pendapatan yang lumayan dan perlu memastikan tawaran itu benar-benar sahih selain mendapatkan maklumat mengenai syarat bekerja di negara yang di tawarkan.

Sindiket penipuan pekerjaan ini menyasarkan mangsa dengan gaji yang lumayan dan mereka yang menjadi mangsa ini kebanyakannya membabitkan golongan muda, ada yang ditipu oleh rakan sendiri dengan menawarkan peluang pekerjaan selepas diugut oleh pihak sindiket.

Justeru itu kerajaan di gesa mengetatkan garis panduan perjalanan rakyat Malaysia, sekiranya syarikat berkenaan tidak tersenarai dengan Kementerian Dalam Negeri jangan biarkan mereka keluar negara.

Rakyat mahu kerajaan yang dipilih mendengar keluhan dan permasalahan yang dihadapi mereka hari ini dan besarlah harapan ...
12/10/2022

Rakyat mahu kerajaan yang dipilih mendengar keluhan dan permasalahan yang dihadapi mereka hari ini dan besarlah harapan mereka untuk melihat barisan pemimpin yang telus dan terus menjaga kebajikan mereka.

Agenda utama adalah untuk melawan kemiskinan supaya semua dapat kecapi hasil kejayaan ekonomi negara ini. Kegagalan kerajaan BN-PN menguruskan negara dengan baik apabila ekonomi merudum, nilai ringgit jatuh, kos sara hidup tinggi, harga barang mahal dan kehidupan rakyat tidak terjamin mesti ditolak dalam PRU-15 nanti.

Rakyat harus memainkan peranan yang penting dan bijak memilih pemimpin dan kerajaan yang terbaik dalam Pilihan Raya Umum ke 15 untuk menjaga kebajikan seluruh rakyat.

Address

No. 19, Jalan Desa 1, Taman Desa
Segamat
85000

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 10:00 - 17:00
Saturday 10:00 - 17:00

Telephone

+6079431813

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when P141 Parlimen Sekijang Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to P141 Parlimen Sekijang Official:

Share