Persatuan AncKed Sungai Batu Official

Call Directions Website

Persatuan AncKed Sungai Batu Official Page ni adalah page baru (official page) bagi Persatuan AncKed Sungai Batu. Jemput follow ya untuk update terbaru.

Kami menawarkan 17 pakej arkeopelancongan yang menarik untuk anda. Jom singgah di Kompleks Arkeologi Sungai Batu, Kedah.

Terima kasih kepada para pelawat yang memilih perkhidmatan Persatuan AncKed Sungai Batu pada hari ini. Terima kasih juga...
21/09/2026

Terima kasih kepada para pelawat yang memilih perkhidmatan Persatuan AncKed Sungai Batu pada hari ini. Terima kasih juga atas kepercayaan dan sokongan dalam mengenali serta menghayati warisan Sungai Batu.

Sungai Batu, warisan kita, ilmu untuk semua!

Alhamdulillah, satu lagi manuskrip berjudul " From Foreign Trade Record to Archaeological Evidence: Analysis of Iron Sme...
17/09/2026

Alhamdulillah, satu lagi manuskrip berjudul " From Foreign Trade Record to Archaeological Evidence: Analysis of Iron Smelting Site at the Sungai Batu Archaeological Complex (SBAC), Bujang Valley, Kedah, Malaysia" telah diterbitkan di dalam jurnal Anthropologie International Journal of Human Diversity and Evolution. Secara umumnya kajian ini menyelidiki peranan Kerajaan Kedah Tua sebagai pengeksport besi melalui penyelidikan arkeologi di Kompleks Arkeologi Sungai Batu (SBAC). Metodologi yang digunakan merangkumi survei, pemetaan, ekskavasi, dan analisis, termasuk kaedah geofizik seperti ground penetrating radar (GPR) dan resistiviti. Dapatan kajian merekodkan 17 bengkel peleburan besi, 11 jeti sungai, 17 kawasan pengurusan pelabuhan, serta kompleks ritual dan monumen Buddha dalam kawasan seluas 4 km². Teknologi peleburan besi jenis bloomery pada suhu sekitar 1,200°C turut dibuktikan. Penemuan ini memperkukuh catatan sumber Tamil, Arab, dan China mengenai kewujudan dan kegiatan perdagangan Kedah Tua sebagai pusat tamadun maritim terawal di rantau ini.

Meriah dan penuh semangat hari ini apabila seramai 26 orang peserta daripada Program Kembara Warisan Jerai Geopark berku...
16/09/2026

Meriah dan penuh semangat hari ini apabila seramai 26 orang peserta daripada Program Kembara Warisan Jerai Geopark berkunjung ke Sungai Batu bagi menyelami lebih dekat kisah warisan dan arkeologi yang tersimpan di sini.

Lebih istimewa, lawatan Pakej 1 Arkeopelancongan pada hari ini dipandu khas oleh Penasihat Persatuan AncKed Sungai Batu, yang membawa sendiri para peserta menelusuri tapak sambil berkongsi ilmu, pengalaman dan kisah di sebalik penemuan arkeologi Sungai Batu.

Terima kasih atas kunjungan dan kesudian menjadikan Sungai Batu sebagai sebahagian daripada perjalanan Kembara Warisan Jerai Geopark.

Dari tapak arkeologi, kita kenal sejarah. Dari sejarah, kita kenal jati diri. Jumpa lagi di Sungai Batu!

Persatuan AncKed Sungai Batu,
Memandaikan masyarakat melalui ilmu dan warisan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada SMK Simpang Beluru, Kuala Kangsar, Perak atas kunjungan seramai 120 peserta bersama P...
16/09/2026

Setinggi-tinggi penghargaan kepada SMK Simpang Beluru, Kuala Kangsar, Perak atas kunjungan seramai 120 peserta bersama Persatuan AncKed Sungai Batu pada hari ini.

Terima kasih atas kepercayaan dan kesudian menjadikan Sungai Batu sebagai ruang untuk mengenali warisan arkeologi dengan lebih dekat.

Di Sungai Batu, kami bukan sekadar berkongsi cerita, tetapi berusaha mendidik pelawat dengan data terkini, dapatan kajian dan maklumat yang sahih kerana setiap ilmu yang disampaikan, biarlah bersandarkan bukti, bukan sekadar apa yang sedap didengar.

Terima kasih SMK Simpang Beluru! Semoga pengalaman hari ini menjadi ilmu yang dibawa pulang. Semoga bertemu lagi di Sungai Batu!

08/09/2026

InsyaAllah kajian terkini bertajuk "Crossing the Traditional Wall: A Consilient Framework for Interdisciplinary Historical Reconstruction of Pre-Literate Periods" akan diterbitkan. Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk membina satu kerangka teori dan metodologi baharu bagi merekonstruksi naratif sejarah zaman pra-rekod bertulis melalui pendekatan pelbagai bukti yang bersifat konvergen, di mana kerangka tersebut berpaksikan kepada prinsip seperti kebebasan evidentiari, konvergen inferensial, dan penyelesaian konflik yang telus, serta dioperasikan melalui peringkat aliran kerja metodologi yang menggabungkan sumber teks, bukti arkeologi, data saintifik, dan rekonstruksi eksperimental secara bersepadu. Kajian ini menyimpulkan bahawa era tanpa rekod bertulis sepatutnya tidak dianggap sebagai tidak boleh diakses secara sejarah, sebaliknya penyelidikan interdisiplin yang menggunakan kerangka consilience yang telus bukan sahaja menambah maklumat baharu, malah mengstruktur semula asas evidentiari yang menjadi sandaran pembentukan, pengujian, dan pembenaran naratif sejarah itu sendiri.

Semoga Bermanfaat

KENYATAAN TEGAS ANCKED SUNGAI BATUJangan main nama Persatuan AncKed Sungai Batu tanpa kebenaran. Sebarang pakej, jualan,...
05/09/2026

KENYATAAN TEGAS ANCKED SUNGAI BATU

Jangan main nama Persatuan AncKed Sungai Batu tanpa kebenaran. Sebarang pakej, jualan, tempahan atau urusan yang dibuat tanpa melalui pihak kami adalah BUKAN tanggungjawab Persatuan AncKed Sungai Batu.

Rujukan rasmi hanya melalui pihak kami. Nak yang sah? Rujuk kami. Nak melalui orang lain? Risiko tanggung sendiri.

Dua orang lagi pelawat hari ini hadir dengan satu misi, menyelami kisah warisan Sungai Batu dari dekat! Tak kering gusi ...
05/09/2026

Dua orang lagi pelawat hari ini hadir dengan satu misi, menyelami kisah warisan Sungai Batu dari dekat! Tak kering gusi kami berkongsi pengalaman sepanjang Pakej 1 Arkeopelancongan bersama mereka. Dari “crash” to “artifak”, macam-macam cerita dan ilmu dikongsi!

Terima kasih kerana memilih AncKed Sungai Batu untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan arkeopelancongan hari ini. Nak rasa pengalaman yang sama? Jom tempah pakej anda dengan kami!

Sungai Batu menerima tetamu dari Perak hari ini. Menerusi Pakej 11 Arkeopelancongan, para pelawat berpeluang menyusuri t...
05/09/2026

Sungai Batu menerima tetamu dari Perak hari ini. Menerusi Pakej 11 Arkeopelancongan, para pelawat berpeluang menyusuri tinggalan dan kisah yang menjadikan Sungai Batu antara tapak arkeologi penting di Kedah.

Terima kasih kerana memilih Persatuan AncKed Sungai Batu sebagai teman untuk mengenali sejarah ini dengan lebih dekat. Kalau anda masih merancang nak datang… jangan sekadar simpan dalam wishlist. Jom contact kami dan pilih pakej, Pilih tarikh bersama kami. Jom turun sendiri ke Sungai Batu!

Tempahan pakej arkeopelancongan kini dibuka.
Sungai Batu sejarah yang lebih bermakna apabila anda mengalaminya sendiri.

Hari ini kami bersama pelawat dari Selangor yang memilih pakej arkeopelancongan bersama Persatuan AncKed Sungai Batu. Da...
04/09/2026

Hari ini kami bersama pelawat dari Selangor yang memilih pakej arkeopelancongan bersama Persatuan AncKed Sungai Batu. Datang bukan sekadar bergambar, tetapi bertanya, dengar dan faham sejarah. Sebab sejarah bukan bahan untuk main tangkap muat atau sekadar tahu tajuk besar sahaja. Tanya, dengar dan semak fakta. Isu semasa panas, jangan sampai fakta sejarah pun ikut terbakar. Terima kasih memilih AncKed!

Hari ini Persatuan AncKed Sungai Batu menerima kunjungan Sasana International School melibatkan 27 orang pelajar dan 2 o...
03/09/2026

Hari ini Persatuan AncKed Sungai Batu menerima kunjungan Sasana International School melibatkan 27 orang pelajar dan 2 orang guru yang memilih untuk meneroka sejarah melalui perkhidmatan arkeopelancongan kami.

Yang menarik, antara perkara paling hangat hari ini, isu 2 juta tuyere! Bukan sekadar dengar cerita, tetapi pelawat turut bertanya terus kepada ahli AncKed untuk mendapatkan penjelasan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan di tapak.

Sebab itu kami selalu pegang satu prinsip:
Kalau nak cerita sejarah, jangan main tangkap muat. Tanya orang yang buat kerja di lapangan!

Terima kasih Sasana International School kerana memilih AncKed Sungai Batu. Datang dengan persoalan, pulang dengan pemahaman. Tahniah !

Address

Sungai Batu Archaeological Site
Semeling
08100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan AncKed Sungai Batu Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share