Hartini Zainal - Pewarisan Harta

Hartini Zainal - Pewarisan Harta Saya membantu individu untuk merancang pewarisan harta secara komprehensif dan patuh syariah

23/08/2025

“Tahukah anda… bila seorang ayah meninggal dan hanya tinggalkan anak perempuan, harta pusaka tetap akan ada bahagian untuk adik-beradik si ayah?”

Ramai ibu ayah tak tahu… bila mereka meninggal dunia, anak perempuan yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang mungkin tidak dapat memiliki semua harta pusaka.

Contohnya: seorang ayah ada 3 anak perempuan sahaja. Bila ayah meninggal, rumah yang mereka duduki bukan milik penuh anak-anak. Adik-beradik ayah (pakcik dan makcik) juga dapat bahagian.

Pernah berlaku kes, anak-anak perempuan yang masih belajar terpaksa keluar rumah sendiri kerana rumah pusaka perlu dibahagi dengan pakcik mereka.

Kalau anda hanya ada anak perempuan, hibah adalah jalan terbaik. Jangan biarkan hak mereka tergadai hanya kerana kita tak sempat merancang.

Nurahartini Binti Zainal

08/08/2025

Assalamualaikum..Sedikit perkongsian di petang jumaat.

Suri Rumah Tak Ada Aset

"Nama dia tak ada pada geran rumah. Tapi dialah yang basuh baju, jaga anak, masak setiap hari, uruskan seisi rumah tanpa pernah ambil cuti, walaupun sakit tetap kuat siapkan keperluan harian dengan baik"

Ramai isteri sangka mereka automatik akan ‘dapat rumah’ kalau suami meninggal. Tapi itu hanya betul jika ada hibah. Kalau tidak, rumah akan dibekukan dan dibahagi ikut faraid. Isteri hanya dapat 1/8. Bayangkan, dia yang jaga semuanya, tapi akhirnya mungkin terpaksa keluar dari rumah sendiri.

Sediakan perisai untuk dia yang banyak berkorban. Kita tak perlu kaya, cukup ada rasa tanggungjawab.

Nurahartini Binti Zainal

02/08/2025

Assalamualaikum

Bagaimana nasib anak-anak yang masih kecil, jika ibu dan bapa di takdirkan pergi dulu.

"Ada anak yang baru dilahirkan ada anak yang sedang belajar bertatih, ada yang masih tadika, sekolah rendah...

Kalau awak tiada esok, siapa akan uruskan masa depan dia?"

Ramai ibu bapa yang tak sempat buat apa-apa. Tapi tak tahu, hibah boleh jadi alat paling mudah untuk pastikan anak-anak tak terabai.

Tak perlu tunggu jadi jutawan. Cukup ada simpanan, rumah, atau Takaful. Hibahkan ikut perancangan.

Jangan tinggalkan mereka dalam ketidakpastian.

Hartini Zainal - Pewarisan Harta

25/07/2025

"Jarang kita dengar waris senyum lepas orang tersayang pergi. Tapi keluarga ini... lain sekali ceritanya."

Di hari jumaat yang mulia ini saya nak share satu kisah yg kita pun boleh tersenyum gembira membacanya.

Beberapa tahun lalu, seorang ayah yang disegani – Haji Abdullah (nama samaran), meninggal dunia dalam keadaan tenang. Umurnya 56 tahun, meninggalkan seorang balu dan 7 orang anak.

Ramai menjangka, bila ada aset lebih RM2 juta – rumah banglo, beberapa rumah lain, simpanan dan unit saham – akan timbul konflik antara waris. Apatah lagi anak-anaknya dari pelbagai latar belakang.

Tapi... mengejutkan semua orang.

Tak sampai 6 bulan selepas kematian, semua harta pusaka arwah dah diagihkan dengan lancar dan tiada siapa pun yang berselisih atau bergaduh.

Anak-anak arwah berkumpul, senyum dalam majlis tahlil dan peringatan arwah, sambil mengenang jasa ayah mereka.

Kenapa semua begitu mudah?

Kerana arwah dah siapkan semuanya semasa hidup.

✅ Telah buat hibah untuk semua
Aset tak alih seperti rumah2, tanah2 dan juga harta alihnya kepada semua warisnya dengan adil
✅ Telah tulis wasiat 1/3 dengan syarikat amanah Islam yang sah.
✅ Telah jelaskan hutang-hutang yang dimiliki
✅ Telah senaraikan harta-harta yang dimiliki dengan jelas.
✅ Dan yang paling penting – beliau berbincang awal dengan waris tentang hasrat dan rancangannya.

"Abah pernah cakap, dia tak mahu kami sekeluarga ada masalah bila dia dah tak ada,"

Warisan bukan sekadar harta. Ia jadi hadiah terakhir dari seorang bapa – untuk anak-anak hidup dengan aman, tanpa beban dan sengketa.

Urus semasa hidup, supaya tidak menyusahkan selepas mati.
Haji Abdullah telah buktikan, bila perancangan harta dibuat dengan bijak, waris bukan hanya mewarisi harta… tapi juga ketenangan.

Anda juga boleh mulakan hari ini.

Nurahartini Binti Zainal

24/07/2025

Mak ayah… kenapa begini nasib kami? Rumah yang mak ayah bina, kini kami dihalau keluar. Pak cik yang kami sangka keluarga, sanggup halau kami dari rumah pusaka sendiri… ke mana kami nak pergi sekarang?"

Jom kita dalami kisah ini sambil tengok diri dan keluarga kita.

Kisah Sedih Penuh Iktibar

Selepas kematian mak dan ayah, saya dan adik-adik terus menetap di rumah pusaka yang mereka tinggalkan. Rumah kecil itu penuh kenangan, dari lantai papan tempat kami belajar merangkak, hingga dapur tempat mak masak setiap pagi.

Tapi kami tak sangka, selepas tahlil 40 hari, pak cik—abang kepada arwah ayah—datang dengan peguam. Katanya, rumah itu bukan milik kami sebab tiada geran yang sah atas nama kami. Kami tak pernah tahu arwah ayah tak sempat uruskan hibah atau faraid. Kami fikir, rumah itu hak kami sebagai waris. Tapi rupanya, bila tiada perancangan, semuanya musnah.

Hari itu kami berdiri di luar rumah. Dengan beg pakaian, dokumen penting dan air mata yang tak berhenti. Pak cik tutup pintu, dan kunci rumah itu—rumah yang sepatutnya jadi tempat kami membesar hingga tua. Saya peluk adik yang paling kecil, dia tanya,"Abang, kita nak tidur mana malam ni?"Saya cuma mampu jawab… “Entahlah dik…”

Kisah ini adaptasi dari kisah benar yang banyak berlaku dalam masyakat kita.
📌 Jangan tunggu sehingga terlambat untuk lindungi orang tersayang.
📌 Rancang sekarang, bukan selepas kita tiada.

📞 Jangan biar anak-anak anda merintih depan rumah yang sepatutnya milik mereka

Nurahartini Binti Zainal

23/07/2025

Suami dah tiada. Tapi duit peninggalan suami pun, dia tak dapat…”

Mari saya nak story satu kisah yang banyak berlaku.

Mira (bukan nama sebenar) hanya mampu memeluk erat baju terakhir peninggalan arwah suaminya. Mereka baru sahaja berkahwin 3 tahun, dan dikurniakan seorang anak kecil.

Suaminya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan p**ang dari tempat kerja.

Beberapa minggu selepas pemergian suaminya, Mira pergi ke pejabat KWSP. Dia berharap dapat gunakan sedikit duit simpanan suami untuk menampung perbelanjaan dan masa depan anak mereka.

Tapi apa yang berlaku?

“Maaf puan… Puan bukan penama dan Duit ini bukan automatik milik puan.”

Mira terdiam. Air mata gugur satu-satu.
Yang dia dapat hanyalah wang pampasan SOCSO, yang habis dalam beberapa bulan untuk bayar sewa, susu anak, dan hutang arwah.

KWSP arwah?
Masih "tersangkut", menunggu proses faraid. Keluarga mertua p**a mula menuntut hak. Sedangkan Mira hanya mahu cukup untuk teruskan hidup.

Jangan tunggu sampai jadi macam Mira.

Jika anda sayangkan pasangan dan anak-anak, uruskan perancangan harta dari sekarang.

1) Buat penamaan KWSP
2) Sediakan dokumen wasiat / hibah / wasitah
3) Rancang cara agihan harta dengan ilmu & bimbingan

Nurahartini Binti Zainal l

Assalamualaikum. Sedikit perkongsian yang sangat kerap berlaku melibatkan barang kemas.Barang Kemas Arwah Mak – Siapa Be...
03/07/2025

Assalamualaikum. Sedikit perkongsian yang sangat kerap berlaku melibatkan barang kemas.

Barang Kemas Arwah Mak – Siapa Berhak?

👩‍🦰 Kak Long:
“Tanah, akaun bank semua kita dah settle ikut faraid. Tapi barang kemas mak ni, nak buat macam mana?”

👩‍🦱 Adik Perempuan:
“Sebenarnya barang tu saya yang belikan untuk mak… dia nak pakai masa pergi kenduri kat kampung. Sekarang mak dah tak ada, saya nak ambik balik lah.”

👨‍🦱 Abang:
“Eh, tak boleh macam tu je. Nilai barang kemas tu RM70 ribu. Itu dah kira harta pusaka, kena ikut faraid. Kami adik-beradik lelaki pun berhak!”

👩‍🦱 Adik Perempuan:
“Tapi saya tak niat nak hadiahkan pun, saya cuma belikan sebab dia nak pakai. Bukan bagi terus.”

👩‍🦰 Kak Long:
“Kalau macam tu, kita bincang baik-baik. Kalau memang mak punya, kita faraidkan. Tapi kalau ada bukti ia masih hak adik, kita bincang elok-elok.”
---
💬 Pengajaran:
Jangan ambil mudah soal barang kemas. Nilai boleh tinggi, tapi hubungan adik-beradik lebih mahal harganya. Bincanglah secara hikmah & bertolak ansur.

Assalamualaikum. Sedikit perkongsian untuk semua.👉 Ibu bapa yang punya anak bawah umur adalah antara golongan yang palin...
30/06/2025

Assalamualaikum. Sedikit perkongsian untuk semua.

👉 Ibu bapa yang punya anak bawah umur adalah antara golongan yang paling kritikal untuk merancang pewarisan harta.

Bukan sebab harta itu banyak, tetapi kerana kasih dan tanggungjawab itu besar.

Tahukah anda?
Anak-anak di bawah umur adalah antara golongan paling terkesan bila berlaku kematian ibu atau ayah. Mereka masih kecil, belum mampu membuat keputusan sendiri, apatah lagi mengurus harta peninggalan.

Tiada siapa benar-benar memikirkan tentang masa depan pendidikan, nafkah, atau keperluan emosinya. Semua fikir soal harta. Anak itu hilang tempat tinggal, hilang kasih sayang, dan paling menyedihkan — haknya atas harta pusaka terabai.

Sedangkan… jika semasa hidup, ibu bapanya telah mengurus harta dengan bijak, contohnya melalui:
✅ Hibah Harta
✅ Pelantikan penjaga harta (pemegang amanah)

…pasti nasib anak ini akan lebih terjamin. Harta arwah tidak akan dibekukan, malah boleh digunakan untuk menampung kehidupannya hingga dia dewasa.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

"Dan ujilah anak-anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk menikah. Kemudian jika menurut pendapatmu mereka telah cerdas (pandai memelihara harta), maka serahkanlah kepada mereka hartanya. Dan janganlah kamu memakannya (harta anak yatim) melebihi batas kepatutan dan (janganlah kamu) tergesa-gesa (menyerahkannya) sebelum mereka dewasa. Barang siapa (di antara pemelihara itu) mampu, maka hendaklah dia menahan diri (dari memakan harta anak yatim itu) dan barang siapa miskin, maka bolehlah dia makan harta itu menurut cara yang patut. Kemudian, apabila kamu menyerahkan harta itu kepada mereka, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi. Dan cukuplah Allah sebagai pengawas."
(QS. An-Nisa' 4: Ayat 6)

❤️❤️Jangan tunggu ‘nanti’. Rancang sekarang, demi anak-anak yang kita cintai.

Ramai ibu bapa angkat membesarkan anak angkat dengan penuh kasih sayang. Diberi makan, pakaian, pendidikan — malah kadan...
27/06/2025

Ramai ibu bapa angkat membesarkan anak angkat dengan penuh kasih sayang. Diberi makan, pakaian, pendidikan — malah kadang lebih dari anak kandung sendiri.

Namun satu perkara sering terlepas pandang.

🔴 Anak angkat TIDAK berhak mewarisi harta secara faraid.

Contoh kes:

> Seorang ayah angkat meninggal dunia. Dia tinggalkan rumah, tanah, dan simpanan. Anak angkat yang dijaga sejak bayi... tidak dapat satu sen pun kerana tiada wasiat atau hibah dibuat.

Bayangkan, Anak yang selama ini memanggil “ayah” dan menjaga di saat sakit, akhirnya terpinggir hanya kerana hukum faraid tidak mengiktiraf hubungan itu.

💡 Islam tidak zalim — malah memberi ruang. ✅ Harta boleh dihibahkan kepada anak angkat semasa hidup. ✅ Wasiat boleh dibuat (sehingga 1/3 harta) jika tiada hibah.

Jangan biarkan anak yang kita sayang menangis selepas kita tiada.

🕌 Rancang harta. Laksana hibah atau wasiat.

Kerana kasih itu bukan hanya di dunia, tetapi sampai ke akhirat. 🌹

Hartini Zainal
Daie'Pewarisan Harta Islam

Assalamualaikum.Hari ni saya ingin berkongsi tentang 1 kes sebenar yang berlaku:Kes: Tanah Arwah Ayah Terbiar & Bergaduh...
25/06/2025

Assalamualaikum.
Hari ni saya ingin berkongsi tentang 1 kes sebenar yang berlaku:

Kes: Tanah Arwah Ayah Terbiar & Bergaduh Sesama Adik-Beradik

Seorang ayah meninggal dunia, meninggalkan sebidang tanah pusaka di kampung. Tanah itu tidak diurus semasa hayatnya — tiada hibah, tiada wasiat 1/3, dan tiada penama.

Anak-anak seramai 6 orang. Mula-mula semuanya akur. Tapi bila ada yang cadang nak jual tanah, seorang anak bantah, seorang lagi mahu bahagi sama rata, ada p**a yang duduk atas tanah itu sejak dulu dan tak mahu keluar.

Akhirnya apa jadi?👇👇

➡️Tanah tidak boleh dibahagi kerana tiada dokumen perlantikan pentadbir.

➡️Bergaduh dalam keluarga, tidak bertegur sapa.

➡️Kes terpaksa dibawa ke mahkamah pusaka, bertahun-tahun belum selesai.

➡️Tanah itu jadi semak samun dan tidak dimanfaatkan langsung.

Kesimp**annya :

Harta yang tidak diurus semasa hidup akan menjadi beban selepas mati.

Waris yang ditinggalkan akan menanggung kesusahan, perbalahan dan tekanan.

Sama2 kita ambil ikhtibat agar semua ini tidak berlaku dikemudian hari.

Hartini -Zainal
Daei Pewarisan Harta Islam

Assalamualaikum buat sahabat2 saya yang berdekatan, jom luangkan masa hari sabtu nanti ya. Ilmu percuma untuk sahabat2 s...
29/04/2025

Assalamualaikum buat sahabat2 saya yang berdekatan, jom luangkan masa hari sabtu nanti ya. Ilmu percuma untuk sahabat2 sekitat Kuala Terengganu.

👇👇👇

*Jom Sembang Pusaka!*
*Harta Anda: Pusaka atau Puaka?*

_Ramai ingat pusaka ni remeh je… tapi bila jadi isu, boleh bergaduh satu keluarga!_

_Nak elak drama tu, jom join borak santai sambil kutip ilmu pasal pusaka ikut cara Islam & undang-undang Malaysia._

📍 Tempat: *Dewan Imam A'aasim, Masjid Al-Muktafi Billah Shah Kuala Terengganu*
📅 Tarikh: *3 Mei 2025 (Sabtu)*
⏰ Masa: *9.00 pagi*
💸 Yuran: Percuma je!
☕ Sarapan pagi disediakan!

*Apa yang best?*
✅ Dapat ilmu penting tentang pewarisan harta
✅ Boleh tanya terus pada pakar
✅ Ada tawaran menarik untuk peserta
✅ Terhad kepada 50 orang je!

Klik sini & daftar cepat:
👉 https://bit.ly/kspkt25

*Tulis Pengenal: Hartini*
Hubungi Pn Hartini : 013-915 1959
Atau wasap www.wasap.my/60139151959/nakhadirtaklimat

Jangan tunggu sampai harta jadi punca ‘puaka’ dalam keluarga…
Mai kita settle awal-awal, sambil minum kopi!

21/04/2025

Assalamualaikum semua. Semoga kita semua dalam perlundungan dan dipermudahkan dalam apa jua urusan.

Doa meminta perlindungan Allah & Dipermudahkan Urusan Setiap Masa

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ.

Tuhan yang Selamanya Hidup, Tuhan Yang Abadi, Dengan belas kasihanMu, aku meminta perlindungan, permudahkanlah semua urusanku dan jangan tinggalkan aku sendiri walaupun hanya sekelip mata.

Address

R01-01-10, Pangsapuri Serumpun, Blok R01, Jalan Ecohill 1/2, Setia Ecohill
Semenyih
43500

Telephone

+60139151959

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hartini Zainal - Pewarisan Harta posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hartini Zainal - Pewarisan Harta:

Share