Tawfeeq Consultancy

Tawfeeq Consultancy Tawfeeq Consultancy is a register business to conduct advisory and consulting in finance & wealth.

Ramai yang beranggapan takaful boleh diuruskan kemudian. Hakikatnya, masa paling sesuai untuk merancang ialah ketika sem...
04/08/2026

Ramai yang beranggapan takaful boleh diuruskan kemudian.

Hakikatnya, masa paling sesuai untuk merancang ialah ketika semuanya masih baik.

Apabila kesihatan berubah, pilihan yang ada mungkin tidak lagi sama seperti hari ini.

Jangan tunggu sehingga perlindungan menjadi satu keperluan yang mendesak.

Rancanglah lebih awal, supaya apabila diuji nanti, sekurang-kurangnya satu perkara yang tidak perlu dirisaukan ialah soal kewangan.

Kerana merancang lebih awal bukan bermaksud kita mengharapkan musibah, tetapi kita bersedia jika ia berlaku.

"Kenapa ejen takaful ni banyak tanya? Nak buat quotation pun susah?"Untuk pengetahuan anda, setiap ejen Takaful Ikhlas W...
01/08/2026

"Kenapa ejen takaful ni banyak tanya? Nak buat quotation pun susah?"

Untuk pengetahuan anda, setiap ejen Takaful Ikhlas WAJIB mengikuti latihan pematuhan termasuk Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act (AMLA).

Di dalam latihan ini, kami diajar mengenal pasti "Red Flag".

Apa itu Red Flag?

Red Flag ialah petanda awal bahawa sesuatu permohonan atau transaksi mempunyai risiko yang memerlukan semakan lebih teliti. Ia bukan bermaksud pelanggan bersalah, tetapi situasi tersebut perlu disahkan terlebih dahulu sebelum proses diteruskan.

Antara contoh Red Flag ialah:

🚩 Ada pihak ketiga yang tidak berkaitan mahu menguruskan permohonan.
🚩 Pihak ketiga mahu menjadi penerima hibah atau penama sedangkan tiada hubungan yang jelas dengan pemilik sijil.
🚩 Orang yang menghubungi bukan pemilik IC tetapi mahu memohon bagi pihak orang lain.

Baru-baru ni kami menjalankan ads di Facebook. Antara leads yang kami terima ni memang menunjukkan ciri-ciri Red Flag.

Prospek terus menghantar gambar IC seorang lelaki dan meminta quotation Hibah RM500,000 serta RM1 juta.

Apabila kami bertanya beberapa soalan, rupanya individu yang menghubungi bukan pemilik IC tersebut.

Beliau memaklumkan:

"Saya yang bayar. Saya nak jadi pewaris."

Apabila ditanya hubungan dengan pemilik IC, jawapannya:

"Kawan."

Di sinilah Red Flag mula muncul.

Walaupun niatnya mungkin baik, kami tidak boleh memproses permohonan sesuka hati.

Dalam urusan takaful, kami perlu memastikan:
✅ Pemohon benar-benar pemilik sijil.
✅ Identiti disahkan.
✅ Tujuan permohonan jelas.
✅ Tiada unsur penyamaran, paksaan atau penyalahgunaan.

Bukan sebab kami susah nak buat kerja.

Tetapi kerana kami mempunyai tanggungjawab untuk melindungi semua pihak dan memastikan setiap permohonan mematuhi undang-undang serta garis panduan syariah dan syarikat.

Dalam conversation melalui whatsapp itu, isu utamanya bukan kerana "kawan tak boleh jadi penerima hibah" semata-mata. Dalam hibah takaful, bergantung kepada produk dan syarat syarikat, boleh wujud situasi pihak ketiga dinamakan sebagai penerima hibah. Namun, apabila pihak yang berhubung bukan pemilik IC, mahu memohon bagi pihak orang lain, dan pada masa sama mahu menjadi penerima manfaat, keadaan itu menjadi red flag AMLA dan memerlukan semakan serta pengesahan yang lebih ketat.

Jadi jika ejen bertanya banyak soalan, jangan terus terasa hati.

Kadang-kadang, satu soalan yang nampak remeh itulah yang membezakan antara urusan yang sah dengan urusan yang berisiko.

Compliance bukan untuk menyusahkan pelanggan. Compliance wujud untuk melindungi pelanggan.

Baru-baru ini INFAQ Consultancy, agensi kump**an kami telah membangunkan satu aplikasi yang dipanggil Need Base Solution...
27/07/2026

Baru-baru ini INFAQ Consultancy, agensi kump**an kami telah membangunkan satu aplikasi yang dipanggil Need Base Solution. Aplikasi ini dibangunkan khas untuk membantu kami membuat semakan kesihatan kewangan pelanggan secara lebih teratur dan objektif.

Jadi semalam kami buat analisis kewangan seorang client.

Pendapatan: RM9,000
Perbelanjaan: RM1,500
Lebihan aliran tunai: RM7,500 sebulan.

Aliran tunai beliau berada pada tahap CEMERLANG. Ini menunjukkan beliau mempunyai disiplin perbelanjaan yang tinggi serta kapasiti kewangan yang baik untuk mencapai matlamat jangka panjang.

Tapi bagaimana beliau boleh mempunyai lebihan tunai yang bagus? Rahsia nak ada cashflow macam ni senang je katanya. Kena dapat suami kiriman Tuhan.🤣🤣 Memang betul, suami beliau banyak menanggung keperluan rumah.

Tapi, itu bukan perkara yang paling kami kagum. Yang kami kagum ialah mindset beliau. Walaupun ada lebihan duit, beliau bukan jenis yang rasa:

"Alah, ada duit lebih. Belanja je."

Sebaliknya beliau sentiasa bertanya:

Perlu ke beli ni?
Boleh tangguh tak?
Ada manfaat jangka panjang tak?

Ramai orang ingat masalah kewangan berpunca daripada gaji kecil.

Hakikatnya, ramai yang bergaji besar pun tetap cukup-cukup makan kerana setiap kali pendapatan naik, gaya hidup pun naik.

Perancangan kewangan bukan sekadar berapa banyak kita dapat.

Tetapi berapa banyak yang kita berjaya simpan, lindungi dan kembangkan.

Sebab itu kami selalu pesan, Pendapatan membina gaya hidup.Tetapi mindset membina kekayaan. 💙

P/s: Kami dah dapat keizinan beliau untuk share maklumat ni. ✌🏻

Sejak isu ini tular (https://www.facebook.com/share/p/196tpR3PWa/) kami ada mengikuti perbincangan di beberapa platform ...
17/07/2026

Sejak isu ini tular (https://www.facebook.com/share/p/196tpR3PWa/) kami ada mengikuti perbincangan di beberapa platform media sosial.

Menariknya, daripada apa yang kami baca, rata-rata komen netizen boleh dikategorikan kepada 3 kump**an.

1️⃣ Yang ada Medical Card & pernah buat claim.

Mereka lebih tenang. Komen pun murni-murni sebab mereka pernah melalui proses claim dan tahu setiap kes ada sebab serta prosedurnya.

2️⃣ Yang ada Medical Card tapi belum pernah claim.

Golongan ini mula rasa risau. Rata-rata komen seperti takut-takut.
"Kalau jadi dekat saya macam mana?"
"Syarikat saya okay ke?"
Soalan-soalan ini memang normal bila baca sesuatu yang sedang tular.

3️⃣ Yang langsung tiada Medical Card atau apa-apa perlindungan Takaful.

Golongan ni yang paling lantang memberi pendapat, pandangan, ulasan, opinion dan seangkatan dengan nya, sedangkan mereka sendiri belum ada perlindungan jika diuji dengan bil hospital.

Hakikatnya, satu kes yang tular tidak semestinya mewakili semua situasi.

Yang lebih penting ialah:

✔ Faham manfaat dan syarat pelan yang kita ambil.
✔ Simpan semua dokumen dengan baik.
✔ Pastikan ada ejen atau penasihat yang boleh membantu apabila diperlukan.

Jangan buat keputusan kewangan hanya berdasarkan satu posting yang sedang viral.

Kalau ada Medical Card, semak semula pelan anda.

Kalau belum ada, mungkin ini masa yang sesuai untuk mula merancang sebelum benar-benar memerlukannya.

Sejak isu ini tular, kami ada mengikuti perbincangan di beberapa platform media sosial.Menariknya, daripada apa yang kam...
17/07/2026

Sejak isu ini tular, kami ada mengikuti perbincangan di beberapa platform media sosial.

Menariknya, daripada apa yang kami baca, rata-rata komen netizen boleh dikategorikan kepada 3 kump**an.

1️⃣ Yang ada Medical Card & pernah buat claim.

Mereka lebih tenang. Komen pun murni-murni sebab mereka pernah melalui proses claim dan tahu setiap kes ada sebab serta prosedurnya.

2️⃣ Yang ada Medical Card tapi belum pernah claim.

Golongan ini mula rasa risau. Rata-rata komen seperti takut-takut.
"Kalau jadi dekat saya macam mana?"
"Syarikat saya okay ke?"
Soalan-soalan ini memang normal bila baca sesuatu yang sedang tular.

3️⃣ Yang langsung tiada Medical Card atau apa-apa perlindungan Takaful.

Golongan ni yang paling lantang memberi pendapat, pandangan, ulasan, opinion dan seangkatan dengan nya, sedangkan mereka sendiri belum ada perlindungan jika diuji dengan bil hospital.

Hakikatnya, satu kes yang tular tidak semestinya mewakili semua situasi.

Yang lebih penting ialah:

✔ Faham manfaat dan syarat pelan yang kita ambil.
✔ Simpan semua dokumen dengan baik.
✔ Pastikan ada ejen atau penasihat yang boleh membantu apabila diperlukan.

Jangan buat keputusan kewangan hanya berdasarkan satu posting yang sedang viral.

Kalau ada Medical Card, semak semula pelan anda.

Kalau belum ada, mungkin ini masa yang sesuai untuk mula merancang sebelum benar-benar memerlukannya.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, saya ingin memaklumkan bahawa Guarantee Letter (GL) untuk rawatan ibu saya telah pun diluluskan tengah hari semalam.

Justeru, saya telah membuat keputusan untuk memadamkan posting saya semalam berkaitan isu tersebut.

Sejujurnya, saya bukanlah seorang yang gemar membawa perkara-perkara sensitif ke media sosial. Malah, mereka yang mengikuti Facebook saya sejak dahulu tahu bahawa saya hampir tidak pernah menulis atau mengulas isu-isu yang boleh mencetuskan kontroversi. Misi saya selama ini sangat mudah — mengajak manusia menjadi orang yang lebih baik, saling membantu dan menyebarkan kebaikan.

Namun, apabila sesuatu yang melibatkan hak, keadilan dan lebih-lebih lagi melibatkan ibu sendiri, saya tidak boleh hanya berdiam diri. Jika GL itu terus ditolak, saya memang telah bersedia untuk meneruskan perjuangan ini sehingga ke penghujungnya.

Hakikatnya, masih banyak perkara yang saya pilih untuk tidak dedahkan kepada umum. Perjalanan saya memperjuangkan polisi insurans ibu saya yang telah dibayar bertahun-tahun tanpa gagal bukanlah sesuatu yang mudah. Saya percaya, tidak semua perkara perlu dikongsikan kepada masyarakat. Ada masanya kita perlu memilih jalan yang lebih damai demi menjaga keharmonian semua pihak.

Apa yang berlaku semalam telah membuka mata ramai. Ribuan komen, mesej, panggilan telefon dan perkongsian pengalaman daripada masyarakat membuktikan bahawa isu ini bukan hanya berlaku kepada keluarga saya, tetapi turut dirasai oleh ramai pemegang polisi yang lain.

Saya juga menerima sokongan daripada ramai individu dalam industri kesihatan, selain tidak kurang juga kritikan daripada sebahagian pihak dalam industri insurans yang merasakan tindakan saya boleh menjejaskan mereka. Saya menghormati semua pandangan tersebut.

Percayalah, tujuan saya bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak atau menutup periuk nasi sesiapa. Sebaliknya, saya berharap apa yang berlaku menjadi satu peringatan dan ruang muhasabah kepada semua pihak agar sentiasa mengutamakan keadilan, ketelusan, profesionalisme dan empati dalam menguruskan amanah yang melibatkan nyawa serta kebajikan manusia.

Saya percaya, setiap industri mempunyai ramai individu yang baik dan berintegriti. Apa yang kita perlukan ialah sistem yang sentiasa diperkasakan supaya lebih berhati-hati dalam isu-isu seperti kenaikan premium, pengurusan polisi dan kelulusan Guarantee Letter kepada pemegang polisi yang telah lama memenuhi tanggungjawab mereka.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang mendoakan ibu saya, memberi kata-kata semangat, berkongsi pengalaman serta berdiri bersama kami. Sokongan anda semua amat saya hargai.

Semoga apa yang berlaku ini menjadi satu case study yang baik untuk semua pihak, agar lebih ramai rakyat mendapat layanan yang adil dan lebih berperikemanusiaan pada masa hadapan.

Bagi pihak keluarga, saya memilih untuk menutup lembaran ini di sini.

Semoga Allah SWT memberkati kita semua dan terus memimpin kita untuk menjadi insan yang membawa manfaat kepada orang lain. Jumpalah saya face to face kalau nak tahu lebih lanjut ya. Tegurlah jika berselisih. Saya orang kampung serba kelurangan sedia untuk berkongsi apa yang saya lalui ini.

Terima kasih.

p/s : Terima kasih Oh! Media Kata Hati Media dan semua sahabat-sahabat media lain yang tak tersebut disini.

🚨 3D = Financial DisasterRamai orang fikir masalah kewangan hanya berlaku bila tak pandai urus duit.Hakikatnya, ada 3 pe...
07/07/2026

🚨 3D = Financial Disaster

Ramai orang fikir masalah kewangan hanya berlaku bila tak pandai urus duit.

Hakikatnya, ada 3 perkara yang boleh menjatuhkan kewangan seseorang walaupun dia rajin bekerja dan disiplin menyimpan.

❌ Disability (Hilang Upaya)
Pendapatan mungkin terhenti, tetapi komitmen bulanan tetap berjalan.

❌ Disease (Penyakit)
Kos rawatan boleh mencecah puluhan atau ratusan ribu ringgit dalam sekelip mata.

❌ Death (Kematian)
Bukan kita yang menanggung, tetapi keluarga yang ditinggalkan mungkin perlu meneruskan hidup dengan komitmen yang masih ada.

Sebab itu, perancangan kewangan bukan sekadar menyimpan duit.

Ia juga tentang menyediakan perlindungan apabila perkara yang kita tidak jangka berlaku.

Kerana apabila 3D berlaku, yang diuji bukan sahaja emosi, tetapi juga kewangan keluarga.

Adakah kewangan anda bersedia jika salah satu daripada 3D ini berlaku?

Baru-baru ini, ada seorang prospek WhatsApp kami dan bertanya satu soalan yang agak mengejutkan.Pada mulanya, kami sangk...
06/07/2026

Baru-baru ini, ada seorang prospek WhatsApp kami dan bertanya satu soalan yang agak mengejutkan.

Pada mulanya, kami sangka kebanyakan orang sudah memahami fungsi Hibah Takaful. Rupanya, masih ramai yang keliru.

Disebabkan soalan itulah, kami sedar bahawa masih ramai yang kurang jelas tentang apa yang sebenarnya dilindungi oleh Hibah Takaful dan apa yang tidak dilindungi.

Mungkin ada juga yang mempunyai persoalan yang sama, tetapi belum pernah bertanya.

Sebab itu, kami kongsikan perbualan ini. Harapan kami, lebih ramai masyarakat dapat memahami fungsi sebenar Hibah Takaful.

Soalan seperti dalam gambar, jawapannya ialah tidak.

Hibah Takaful bukan perlindungan untuk kehilangan pekerjaan atau kontrak tidak disambung.

Fungsi utama Hibah Takaful adalah untuk menyediakan sejumlah wang kepada penerima hibah apabila berlaku kematian terhadap orang yang dilindungi.

Ringkasnya, setiap pelan takaful mempunyai tujuan dan manfaat yang berbeza. Sebab itu penting untuk memahami skop perlindungan setiap pelan supaya tidak timbul salah faham atau jangkaan yang tidak tepat apabila berlaku sesuatu.

Ada soalan lain tentang Hibah Takaful yang masih mengelirukan? Tinggalkan di ruangan komen. Kami akan cuba jelaskan dalam bahasa yang mudah difahami.

PELAN TAKAFUL HIBAH DIJAMIN LULUS TANPA SYARAT: KHAS SEBAGAI PELUANG KEDUA BUAT GOLONGAN YANG ADA SEJARAH KESIHATAN SEDI...
17/06/2026

PELAN TAKAFUL HIBAH DIJAMIN LULUS TANPA SYARAT: KHAS SEBAGAI PELUANG KEDUA BUAT GOLONGAN YANG ADA SEJARAH KESIHATAN SEDIA ADA & GOLONGAN OKU! 💼

Pendaftaran kini dibuka terus tanpa sebarang keperluan Medical Check-Up atau dokumentasi kesihatan yang rumit. Komitmen penuh untuk memberikan perlindungan yang adil kepada semua.

​"CONFIRM LULUS!" – PELAN HIBAH TAKAFUL IKHLAS LINDUNG KINI DIBUKA!

Ini adalah peluang kedua dan solusi alternatif yang direka khas untuk memastikan semua golongan—termasuk golongan OKU, mereka yang mempunyai sejarah kesihatan sedia ada, mahupun yang bekerja dalam sektor berisiko tinggi—kini boleh memiliki perlindungan dengan adil.

Kenapa pelan ini menjadi pilihan ramai bulan ini?
​🔹 Kelulusan Tanpa Syarat: Tiada syarat Medical Check-Up diperlukan dan tiada pengisytiharan status kesihatan terkini.
🔹 Pampasan Bermula RM50,000 sehingga RM250,000: Ditransfer terus kepada penama sebagai Hibah (tanpa melalui proses pusaka yang lama).
🔹 Perlindungan Kemalangan Serta-Merta: Cover terus tanpa tempoh menunggu, siap dengan manfaat Hibah Berganda sehingga 4X ganda mengikut lokasi kejadian.
🔹 Polisi Pemulangan Sumbangan: Jika berlaku kematian akibat penyakit sedia ada dalam tempoh menunggu (usia sijil di bawah 2 tahun), 100% jumlah sumbangan yang telah dibayar akan dip**angkan semula kepada waris. Adil dan tiada kerugian.
🔹 Manfaat Ekstra: Termasuk Khairat Kematian sehingga RM20,000 dan Wakaf.

​Sesuai untuk persediaan awal dari usia muda sehinggalah perlindungan hari tua (perlindungan sehingga umur 80 tahun).

​⏰ Sesi permohonan terkini: 1 Jun – 30 Jun 2026 sahaja.

​Klik butang di bawah untuk semak anggaran sumbangan bulanan anda sekarang sementara kaunter permohonan masih dibuka.

Kini kami menawarkan khidmat nasihat membuat perancangan ringkas untuk pengurusan kewangan menggunakan aplikasi 'Need Ba...
15/06/2026

Kini kami menawarkan khidmat nasihat membuat perancangan ringkas untuk pengurusan kewangan menggunakan aplikasi 'Need Base Solution' dari INFAQ Consultancy.

Ia memberi gambaran ringkas analisa keperluan semasa dan hala tuju kedudukan kewangan meliputi simpanan, perlindungan dan pelaburan.

Semoga usaha ini dapat memberikan kita semua nilai tambah dalam meningkatkan dan memperkemaskan kembali pengurusan kewangan kita bersama.

P/S: Berikut merupakan contoh tangkap layar hasil analisa kewangan daripada salah seorang klien kami atas keizinannya.

Hubungi dengan whatsapp kami untuk dapatkan khidmat nasihat 'Need Base Solution' ini.

Orang Muda Tak Peduli, Atau Sebenarnya Ada Sebab Lain? 🤔Sejak kebelakangan ni, kami sedang menjalankan kempen iklan di F...
15/06/2026

Orang Muda Tak Peduli, Atau Sebenarnya Ada Sebab Lain? 🤔

Sejak kebelakangan ni, kami sedang menjalankan kempen iklan di Facebook berkaitan perancangan kewangan dan perlindungan Takaful.

Ada satu perkara yang menarik perhatian kami.

Berdasarkan laporan kempen yang kami jalankan, golongan yang paling sanggup menonton video sehingga habis dan bertanya lebih lanjut kebanyakannya berumur 50 tahun ke atas.

Sedangkan sasaran utama kami adalah golongan berumur 25 hingga 40 tahun.

Kami tertanya-tanya…

Adakah apabila usia semakin meningkat, barulah seseorang sedar tentang pentingnya membuat persediaan kewangan?

Atau sebenarnya golongan muda sudah sedar, cuma belum bersedia untuk mengambil tindakan?

Yang menariknya, masa adalah antara faktor yang mempengaruhi sesuatu perancangan kewangan.

Semakin usia meningkat, kebiasaannya kos perlindungan juga akan meningkat. Pada masa yang sama, faktor kesihatan turut memainkan peranan dalam proses permohonan.

Ironinya, ketika pilihan semakin terhad, kesedaran p**a semakin tinggi.

Apa pandangan anda?

Golongan muda hari ini kurang membuat perancangan kewangan kerana:

💭 Masih rasa ada banyak masa?
💭 Fokus kepada komitmen lain?
💭 Merasakan kosnya mahal?
💭 Atau sekadar belum nampak kepentingannya?

Kami benar-benar ingin mendengar pandangan anda.

Bagi anda, apakah sebab utama golongan muda hari ini masih belum mengambil perlindungan kewangan?

Address

Jalan Eco Majestic 9/1A
Semenyih
43500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tawfeeq Consultancy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tawfeeq Consultancy:

Shortcuts

Share