Delima Humaira

Delima Humaira Kerja ubah suai premis telah bermula beberapa hari kemudian oleh Kontraktor AJ Empat yang diketuai oleh En. Anuar. Kadir.

Assalammualaikum wbt., alhamdulillah dipanjatkan syukur ke atas-Nya kerana dengan izin-Nya perniagaan ini akhirnya dapat direalisasikan setelah beberapa lama dalam perancangan dan timbang tara yang penuh dengan kesangsian dan keraguan. Atas semangat ingin meneruskan pergerakan apabila meniti usia bersara maka kami telah mendaftarkan Delima Humaira Enterprise di Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 3

Ogos 2011 (3 Ramadhan 1432H). Kami berasa bertuah kerana mendapat bimbingan daripada DIMAZ (health & beauty) yang diterajui oleh Tuan Haji Che Musa bin Che Saleh dan isteri beliau, Puan Hajah Zainab binti A. Mereka telah mencadangkan reka bentuk ubah suai dan mengusahakan pemilihan perabot dan kelengkapan lain. Lesen perniagaan telah diluluskan oleh Majlis Perbandaran Kajang pada 22 September 2011 (24 Syawal 1432H). Selepas Isyak, 30 September 2011 (2 Zulkaedah 1432H), majlis bacaan Yaasin, tahlil arwah dan doa selamat telah diadakan di premis. Majlis disempurnakan oleh Profesor Madya Dr. Haji Kamaruddin bin Saleh, Pengerusi dan Imam 1 Surau Al Syumul, Bandar Rinching. Turut sama adalah ahli kariah surau dan kaum keluarga. Maka rasmilah Delima Humaira sebagai premis yang menjalankan aktiviti menyedia dan memasarkan produk kesihatan, menyewakan kemudahan bilik seminar/mesyuarat dan mengadakan seminar kesihatan. Esoknya, 1 Oktober 2011 (3 Zulkaedah 1432H), kami menjemput penduduk setempat, rakan taulan dan kaum keluarga untuk memperkenalkan perniagaan. Majlis berlangsung antara jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Kami menjamu para tetamu dengan dua ekor kambing panggang, laksa berperencah pucuk gajus dan buah-buahan. Majlis berlarutan hingga jam 12.00 tengah malam dan alhamdulillah kambing yang dipanggang akhirnya tinggal tulang! DIMAZ (health & beauty) p**a mengadakan pemeriksaan kesihatan dan mencadangkan penggunaan produk mereka. Sebenarnya, pada asasnya, produk DIMAZlah yang akan kami pasarkan. Harapan kami, biarlah DELIMA HUMAIRA ENTERPRISE terus berdiri kukuh dan mengembangkan sayapnya menjangkau aktiviti yang pelbagai. Kami telah mengenal pasti sebuah syarikat kuih pau istimewa yang berpengkalan di Ipoh dan rundingan sedang berjalan untuk memperkenalkan kuih pau tersebut ke Semenyih. Dewan seminar kami yang bergelar Anjung Delima boleh memuatkan 100 orang dan boleh digunakan untuk seminar, mesyuarat, ceramah, sebarang majlis seperti hari lahir, pertunangan, pernikahan, anniversary, reunion atau sekadar tempat persinggahan rombongan menghantar pengantin misalnya. Kami mempunyai kemudahan ict, multimedia, bilik air dan tempat solat; sementara terdapat banyak restoran dan gerai yang menawarkan pelbagai hidangan di sekitar premis (sekadar menyebut beberapa restoran: Nasi Ayam Gemas, Nuralif, MZ, Teratak Pelangi, Ratatouille, Uncle Din, Ayam Penyek Jawa, Anje, mamak…..). Kemudahan lain yang diperlukan boleh dirunding. Kawasan sekeliling p**a amat ceria dengan pelbagai tempat membeli belah yang menawarkan barangan serba ada! Tidak ketinggalan gym, spa, salun kecantikan, butik, 7E, KFC, PHut, Secret Recipe, pusat tuisyen, pusat hemodelisis, pusat pengantin, bank, hotel, kedai emas, bengkel kereta, tempat cuci kereta…… Keadaan di sekitar premis amat meriah apabila petang menjelma hingga ke tengah malam tatkala para pelanggan makan minum dan bersantai di tempat-tempat makan yang dinyatakan tadi. Semoga anda terus memberi sokongan dengan mengikuti perkembangan dan mengunjungi DELIMA HUMAIRA dari semasa ke semasa, insyaallah. Salam hormat dan terima kasih dari kami:

Sudah sedia untuk tampil lebih yakin, anggun dan berkarisma setiap hari?✨ Garam Mandian Lady Millionaire bukan sekadar m...
27/11/2025

Sudah sedia untuk tampil lebih yakin, anggun dan berkarisma setiap hari?

✨ Garam Mandian Lady Millionaire bukan sekadar mandian – ia adalah terapi aura mewah yang direka khas untuk wanita hebat seperti anda!

Dirumus dengan Garam Bukit Himalaya Kristal & adunan 7 bunga eksklusif seperti Kenanga, Mawar, Melati dan Teratai, mandian ini membantu:

💖 Membuang energi negatif
💖 Membuka aura keyakinan & kecantikan dalaman
💖 Menenangkan jiwa sambil menyegarkan tubuh
💖 Menjadikan anda lebih menyerlah di mata sendiri & orang sekeliling

Cara mudah: Hanya larutkan dalam air & siramkan ke tubuh sambil berniat positif. Tak perlu dibilas biarkan aura semula jadi menyerap ke seluruh tubuh anda.

🌸 Sesuai digunakan sebelum ke tempat kerja, temu janji penting, atau bila anda rasa letih dan ‘down’.

Jadikan Lady Millionaire rutin anda – kerana wanita berjaya tahu, keyakinan bermula dari dalam.
Nak jadi Lady Boss, mulakan dari bilik mandi. 💃✨

PM 013 341 2523 untuk tempahan sekarang!

Hadiahkan juga untuk suami dan anak lelaki anda Garam sukses MASKULIN. Anda tentu terkejut dengan kesannya.

01/08/2025

Reflexology Yang BERBALOI 💆
Jika anda rasa stress, keletihan dan berurut dapat membantu melegakan semua itu, anda boleh mendapat LEBIH...

✅ Kaki anda merasa lebih segar dan bertenaga
✅ Tubuh dan minda ikut menjadi fokus semula
✅ Membantu memelihara dan menyihatkan kesihatan organ dalaman.

Hanya dengan refleksologi yang betul
✅ Terlatih dan memperoleh persijilan berkreditasi
✅ Memiliki "passion" dan ketelitian yang tinggi.
Anda akan peroleh semua ini.😉👍

TERAPI DENGAN TANGGUNGJAWAB . ☎️011-2905 4313
• • • • • • • • • • • • • •

27/09/2022

TIPS POTONG DAGING KORBAN

13/07/2022

Cubalah bahan² yang asli

20/01/2022

Kuih tradisional dilupa jangan

28/11/2021

Kaedah masak nasi

04/10/2021

Nikmatilah keharumannya

03/09/2021

Petua² yang baik untuk dikongsi

03/09/2021

Kini, resipi dari merata penjuru alam boleh didapati dengan mudah. Tinggal antara rajin dan tidak saja

02/09/2021

Address

Jalan Tps 1 6
Semenyih
43500

Telephone

+60136775115

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Delima Humaira posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share