AYAM BISMI adalah jenama ayam HALAL di Malaysia yang berkonsepkan perniagaan ‘Dari Ladang Terus Ke Dapur’ pengguna. Berstatuskan syarikat BUMIPUTERA yang memiliki 19 buah ladang dengan kapasiti ternakan melebihi 2 juta ekor ayam. Berjaya meluaskan pasaran melalui sistem ejen dan stokis yang kini telah melebihi 600 ejen di Semenanjung Malaysia.
Sejarah Panjang Ayam Bismi Di Malaysia
Ayam Bismi
telah menjalankan aktiviti memproses dan menjual ayam segar sejak tahun 1988. ditubuhkan untuk mengambil alih aktiviti memproses dan menjual Ayam Bismi. Manakala pada tahun 2009, Ayam Bismi Sdn. ditubuhkan bagi mengendali sepenuhnya aktiviti memproses ayam di kilang selain sebagai medium penggerak kepada pemasaran di bawah jenama Ayam Bismi.
Kapasiti memproses ayam pada awalnya hanya sekitar 3000 ekor sehari. Namun dengan kemajuan teknologi serta tenaga kerja sedia ada, kini kilang Ayam Bismi mampu memproses melebihi 30,000 ekor sehari.
Selain itu, Ayam Bismi mempunyai rumah sembelihan yang berstatus HALAL JAKIM serta memiliki sijil MESTI yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sekaligus menjadikan jenama Ayam Bismi sebagai produk Ayam Halal di Malaysia. Secara khususnya, produk utama Ayam Bismi adalah ayam segar yang dipasarkan oleh 15 outlet di sekitar negeri Kedah dan Perlis. Namun seiring peredaran masa, produk Ayam Segar Beku yang lebih mesra pengguna juga diwujudkan dan diedarkan melalui sistem ejen dan stokis seluruh Semenanjung Malaysia.
Melalui proses rekrut ejen dan stokis yang dijalankan berterusan oleh Syarikat, sehingga kini, Ayam Bismi sudah mempunyai 600 ejen dan stokis yang turut sama menjadikan jenama Ayam Bismi dikenali ramai, di samping aktiviti jualan dan pemasaran yang dijalankan oleh pasukan Ayam Bismi. VISI
MENJADI JENAMA AYAM HALAL YANG PALING DIPERCAYAI DI SELURUH MALAYSIA
MISI
Kami adalah entiti perniagaan ternakan bersepadu dari ladang terus ke dapur anda. Kami menjanjikan ketenangan fikiran dengan menyediakan ayam halal segar pada kualiti premium. Kepakaran kami adalah di dalam bidang penternakan, pemprosesan dan pengedaran ayam Halal. Ayam Bismi adalah satu bentuk dakwah dalam mendidik pengguna Muslim tentang kepentingan makan makanan yang Halal untuk mendapatkan kasih sayang Allah.
DI AYAM BISMI, KAMI MEMUPUK NILAI :
KASIH SAYANG
KERJASAMA
MENYUMBANG
INTEGRITI
TOYYIBAN
Jom kesedapan Ayam Bismi Sekarang! Klik Link di bawah untuk membuat tempah dan penghantaran ke Rumah:
http://bit.ly/ayambismimelaka
http://bit.ly/ayambismimelaka
http://bit.ly/ayambismimelaka