28/01/2025
🌙✨ 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐬𝐭𝐢𝐰𝐚 𝐈𝐬𝐫𝐚𝐤 𝐌𝐢𝐤𝐫𝐚𝐣 – 𝟐𝟕 𝐑𝐞𝐣𝐚𝐛 ✨🌙
Hari Isra’ Mikraj disambut pada 27 Rejab, bersamaan 27 Januari 2025. Maksuknya waktu Maghrib pada 27 Januari 2025 adalah Malam Isra' Mikraj.....
Semoga perjalanan dan urusan kita sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Malam Isra’ Mikraj, adalah bukti keagungan Allah.
Malam 27 Rejab, malam agung. Malam doa mustajab.
Hari ini disambut oleh orang Islam bagi memperingati peristiwa yang sangat luar biasa yang telah dilalui Rasulullah SAW.
Sesungguhnya dalam peristiwa Israk dan Mikraj ini terdapat pengajaran bagi mereka yang mahu berfikir.
🌙✨ 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐬𝐭𝐢𝐰𝐚 𝐈𝐬𝐫𝐚𝐤 𝐌𝐢𝐤𝐫𝐚𝐣 – 𝟐𝟕 𝐑𝐞𝐣𝐚𝐛 ✨🌙
Peristiwa agung ini berlaku setelah Tahun Dukacita, di mana Nabi Muhammad s.a.w. diuji dengan kehilangan dua insan tersayang, bapa saudaranya Abu Talib dan isteri baginda, Sayyidatina Khadijah r.a.
📖 Israk: Perjalanan Nabi s.a.w. dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.
🌌 Mikraj: Perjalanan Nabi s.a.w. ke Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah s.w.t.. Peristiwa ini mengingatkan kita akan keagungan perjalanan Rasulullah s.a.w. yang penuh hikmah dan rahmat. Ayuh, kita hayati dan amalkan pelajaran dari Israk Mikraj ini. Salam Israk & Mikraj semua!